√ Umat Islam Berpecah Belah - Adarain

Umat Islam Berpecah Belah


Tahukah korang, Nabi kita iaitu Nabi Muhammad telah berdoa kepada ALLAH S.W.T, tetapi telah ditolak salah satu daripada doa Nabi Muhammad. Berikut adalah hadis Sahih yang boleh dipercayai mengenai doa nabi yang di tolak oleh ALLAH S.W.T.

Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

  1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

  2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

  3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku tidak diperkenankan (telah ditolak).

Doa yang ditolak oleh ALLAH S.W.T iaitu minta dijauhkan daripada pergaduhan sesama umat Islam. Dari dulu sampai sekarang kemelut tentang pergaduhan umat Islam tidak pernah tamat, pasti ada kesinambungan yang tak berkesudahan. Orang barat pula memerhatikan suasana pergaduhan umat Islam sambil bertepuk tangan tanda kegembiraan. Apakah ini 'cantik' kita melihatnya? sama-sama kita renungkan.

Get notifications from this blog

7 comments

  1. Adalah lebih baik bersatu padu....baru jadi kuat

    ReplyDelete
  2. semoga kita dijauhi dari peperangan, pergaduhan antara sesama Islam

    ReplyDelete
  3. semoga kita sentiasa bersatu padu. Aminn..

    ReplyDelete
  4. sepatutnya sesama islam bersatu padu kerana kita bersaudara...

    ReplyDelete
  5. Dah tak nak gaduh2 dah lepas baca artikel ni..ok?hehe

    ReplyDelete