Agenda Politik Syiah
Kenapa aku beli buku ini? Perkara pertama yang menyebabkan aku teringin sangat nak beli buku ini ialah ingin mengetahui lebih mendalam berkenaan dengan Syiah yang selama ini menjadi berita hangat di seluruh dunia Islam pada masa kini. Perkara kedua ialah buku ini telah diterjemahkan secara sah daripada buku asal berjudul 'Syiah Memang Sesat' oleh Dr. kamaluddin Nurdin Marjuni di mana Dr. kamaluddin merupakan pensyarah aku sepanjang aku belajar di Universiti.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Buku ini menghidangkan secara terperinci berkenaan:
- Punca sebenar yang menjadi perpecahan umat Islam sehingga mencetuskan permusuhan ketat.
- Perpecahan dalam Syiah dan kesannya terhadap Ahli Sunnah.
- Benarkah imam-imam Syiah Maksum?
- Mencari titik penyatuan Syiah dan Ahli Sunnah.
Kepada mereka yang ingin dapatkan buku ini boleh dapatkan di pts.com.my atau di kedai buku berdekatan dengan tempat korang. Semoga buku ini memberi manfaat kepada diri ini yang cetek ilmu dan sentiasa menagih ilmu untuk bekalan di akhirat. Jom singgah sini untuk mengetahui 23 ciri-ciri ajaran Syiah
11 Comments
Bahaya Syiah ni.. kat negara kita pun dah ramai, sangat takut akan situasi macam ni..
Saya berminat nak membeli buku ini, disebabkan tertarik untuk mengetahui maklumat yang lebih tepat tentang fahaman Syiah
Elok jugak baca buku ni, makin lama makin luas pengaruh syiah. Sekurang2nya kita tau macamana benda ni mempengaruhi.
Elok jugak untuk tambah pengetahuan dengan membaca buku macam ni. Jangan terpengaruh dengan Syiah je dah.
fuh.. memang bahaya syiah sekarang ni.. makin menular di kalangan rakyat kita hingga ke alhi politik.. harap2 kerajaan bertindak lebih agresif menangani masalah ni..
Buku ini bisa jadi rujukan yang tepat untuk mengetahui siapa sebenarnya Syiah itu dari pada melalui internet mungkin sumbernya kurang terpercaya
Thanks utk info, boleh lah cari buku ni nnti. Syiah ni ibarat kanser, dalam diam makan dalam.. lama2 membunuh..
hoho..macam best aje buku nih..
menarik juga buku nih...
buku-buku sebegini bagus sebab kita leh tahu bagaimana dan kenapa sebenarnya, kalau tak rajin membaca memang kita tak tahu
Menari buku ini....saudara boleh buat artikel banyak-banyak tentang amalan Syiah ni, supaya rakan-rakan lain dapat memehami apa yg terkandung di dalam buku ini. Dapat pahala lagi jika berkongsi maklumat kepada rakan-rakan dan sama-sama memahami apa itu Syiah?