√ Jangan Langgar Lampu Merah! - Adarain

Jangan Langgar Lampu Merah!

Semalam mak aku ajak pergi makan secret recipe, aku pun ikutlah lagipun dah lama tak makan dekat secret recipe walaupun mahal sekali-sekala bolehlah pergi, kalau pergi hari-hari boleh bankruptlah duitkan. Bapa aku pula tak ikut sebab katanya ada hal.


Kita orang pun gerak bersama adik beradik tetapi singgah dulu kedai gunting rambut kasi pendek rambut, seterusnya singgah pula rumah mak ngah belah ibu kebetulan pula adik beradik belah mak semua datang tu yang singgah jap.


Walaupun nenek dan atok dah meninggal dunia, hubungan adik beradik belah mak aku sangat kuat. Rumah mak ngah menjadi rumah persinggahan bila tiba musim raya ataupun cuti. Bila mak dah puas bercerita & bergelak tawa bersama adik-beradiknya, kita orang pun geraklah menuju tempat yang ingin dituju iaitu secret recipe.


Bila sampai dekat dengan traffic light dan lampu menunjukkan warna merah, kami pun berhentilah. Mak ngan aku pula focus kat lampu traffic light tu menanti pertukaran lampu merah ke hijau tanpa menoleh ke kiri atau kanan, betapa khusyuknya kitaorang melihat.


Bila lampu hijau je, kitaorang pun geraklah kan pastu entah macam mana di bahagian kanan kita orang tetiba ada untie cina bawa motor dengan anaknya cuba hendak memberhentikan motor sebab nak elak dari terlanggar kereta mak aku, antie itu sempat mengelak tetapi malangnya jatuh, yelah masa itu hujan dan jalan pula licin memang sahlah kalo tekan brek tayar belakang secara mengejut boleh jadi tidak stabil dan boleh jatuh kalau bawa laju sangat.




[caption id="attachment_376" align="aligncenter" width="245"]Traffik light kredit gambar - google.com[/caption]

Kita pula jadi serba salah dengan insiden tersebut dan kita orang tak boleh nak berhenti sebab tidak ada tempat parking kat tepi jalan raya dan nak patah balik pula sangat jauh. Tapi sebenarnya untie itu yang salah, yelah, mungkin lampu kuning ataupun merah dia main langgar je lampu itu dan untie pun set mind, dia ingat boleh lepaslah dari kereta kita orang tapi tak lepas pula, tu yang dia brek mengejut lalu jatuh, nasib baik tak jatuh kat tengah jalan raya, cuba kalau jatuh kat tengah jalan raya?


Mahu nak kena langgar kereta belakang kalau kereta belakang bawa laju lah, untie itu cuma jatuh kat persimpangan jalan. Bila kita lihat melalui cermin, untie itu walaupun jatuh tetapi tidak apa-apa dan cuba start enjin dan berlalu pergi. Kereta belakang kita orang pula terpaksa berhenti sebab memberi laluan kepada untie dan kebetulan terjatuh di hadapan keretanya.


Kemudian, kita orang pun sampailah tempat yang dituju iaitu secret recipe. Kita orang pun berborak pasal insiden tadi. Cuma yang kelakarnya, aku sempat tengok mimik muka untie tadi apabila cuba buat brek mengejut, dah macam apa dah.hahaha. kita orang pun gelak besar sambil makan kek yang telah dioder.


Kesimpulannya, dalam jalan raya kita hendaklah berhati-hati dan jangan cuai. Masa traffic light, korang jangan pula redah bila lampu dah kuning ingat boleh lepas tapi ajal yang dapat apatah lagi lampu merah memanglah kena berhenti tetapi ada juga manusia yang tidak sabar main langgar je. Itu yang taknak, Ini yang aku rasa tabiat manusia yang tak boleh nak elak dengan sikap sabar.


Hari ini pula, dekat tempat aku ada kemalangan di traffic light yang melibatkan seorang maut berbangsa cina mungkin gara-gara tidak sabar. INSYA ALLAH, jika kita sabar semuanya berjalan lancar dan kita pun tak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.


Dalam al-Quran pun ada menyebut, di mana ALLAH S.W.T bersama-sama dengan orang yang bersabar. Di sini aku tinggalkan pilihan untuk korang pilih, tak tahan sabar padah yang kita dapat dan jika bersabar pula di kira ibadah, mana satu pilihan kita?.  SILA JANGAN LANGGAR LAMPU MERAH!

Get notifications from this blog

7 comments

  1. Bersabar sentiasa menguntungkan kita...

    ReplyDelete
  2. kekadang, gua langgar gak. haha..

    ReplyDelete
  3. Biasanya saya ambil pendekatan tengok dulu sebelum jalan walaupun lampu hijau sebab ramai orang kuat berani mati kat negara kita!

    ReplyDelete
  4. Samalah bro, aku pun tgk dlu kanan kini walaupun dah hijau...

    ReplyDelete
  5. Aku pernah accident sebab pecut time lampu kuning..

    ReplyDelete
  6. nasib tak de apa2 semoga lebih berhati-hati lagi.

    ReplyDelete
  7. Menjelang dan setelah hari raya, jalanan akan sangat padat dengan lalu lintas kendaraan. Lampu merah bisa menjadi alat untuk kita supaya kita tetap aman dan berhati2 dalam berperjalanan

    ReplyDelete