√ Fantasi Dan Realiti Kehidupan - Adarain

Fantasi Dan Realiti Kehidupan

Antara Fantasi Dan Realiti Kehidupan


Kehidupan tak datang dengan manual atau panduan, kehidupan umpama lebuh raya yang panjang. Bila kita tengah sedap memandu di lorong kanan seolah-olah tidak ada penghalang walaupun sekadar memandu kerete MyVi. Kita tetap gembira macam kita tengah memandu lamborgini. Tapi akan tiba detik bila kita terpaksa perlahan dan bertukar lorong. Mungkin sebab kita diasak kereta dari belakang ataupun jalan yang kita lalu itu tak elok

[caption id="attachment_645" align="aligncenter" width="532"]Fantasi Dan Realiti Kehidupan Sumber gambar dari google.com.my[/caption]

Macam itulah kehidupan, bila kita rasa semuanya berjalan lancar akan tiba satu hari yang kita sendiri tak pasti apa punca dan penyebabnya tiba-tiba hidup kita jadi kelam-kabut, banyak cabaran dan halangan yang entah dari mana datangnya. Yang paling penting jangan cepat melatah, pujuk hati dan tanya diri betul-betul ke kita nak mengalah hanya sebab benda-benda remeh temeh. Apatah lagi kehidupan ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan pemikiran yang negatif.

Permulaan kehidupan kita dulu pun bukannya calang-calang  kejadian, kita terpaksa menjadi survivor dan berjuang untuk terus bertahan selama sembilan bulan dalam tempat yang paling selesa di dunia iaitu perut ibu kita. Tapi itu semua dulu dari bertatih kemudian pandai berjalan hingga berlari, kita semakin mendekati realiti. Tahun demi tahun berlalu, peningkatan usia bukan sahaja membawa pengalaman tetapi juga mengajar kita tentang pengajaran.
Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan

Baik atau buruk kehidupan, kita yang putuskan. Bukan ke mudah kalau hidup kita ini ada direktori. Asal ada sahaja masalah, selak sahaja, tengok muka surat berapa, cari penyelesaiannya. Kalaulah hidup semudah itu. Tapi kalau hidup aman sejahtera sahaja tidak best juga kan?
 tak ada thrill! kata orang putih.

Gaya hidup yang mudah tak semestinya menjanjikan kesempurnaan dan gaya hidup yang susah itu tidak semestinya mencerminkan kepayahan.

Kita tak boleh hidup bersandarkan fantasi semata-mata. kita perlu bangun dan gapai impian itu dengan betul-betul. Jangan sekadar harapan tinggal  kenangan sahaja. Aku bagi contoh:

[caption id="attachment_642" align="aligncenter" width="448"]Zalora Malaysia sumber gambar dari google.com.my[/caption]
Sebagaimana yang kita tahu Zalora merupakan satu perniagaan online yang semakin popular di Malaysia dengan pakaiannya yang cantik-cantik di tambah pula dengan harga yang berpatutan. Sudah tentu ramai orang di luar sana terpikat dan menyimpan perasaan untuk membeli barangan di Zalora. Tidak mustahil jika  kita sediakan tabung khas untuk umtuk membeli barangan dari Zalora. Pepatah ada mengatakan Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dengan tabungan itu kita mampu untuk membeli barangan dari Zalora. Maka impian menjadi realiti dan bukan sekadar harapan sahaja.

Jika kita benar-benar mahukan sesuatu, maka lakukan sesuatu ke arah itu.
Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Untuk akhirnya, bangunlah dengan senyuman dan hadapi kehidupan dengan ketabahan. Jangan dibiarkan masalah-masalah kecil mengacau hidup kita. Hidup ini terlalu singkat, Jadi bergembiralah selagi berkesempatan. Semua halangan yang mendatang kita sambut dengan fikiran terbuka. Fantasi boleh menjadi realiti jika kita berusaha.

Get notifications from this blog

19 comments

  1. Promote ZALORA nie... Ya, hidup itulah lumrahnya :)

    ReplyDelete
  2. betul tu bro..itu lah lumrah kehidupan..begitu luga blogger..ada kalanya wujud halangan untuk berkongsi cerita mahupun pandangan..

    ReplyDelete
  3. Assalam Bahrain. Good.

    ReplyDelete
  4. wahh..hang promosi zalora kah?

    ReplyDelete
  5. saya cukup percaya bahawa fantasi boleh menjadi realiti jika ia munasabah dan boleh diterima akal..

    ReplyDelete
  6. sama2 kita hadapi realiti hidup dgn penuh kesabaran =)

    ReplyDelete
  7. Yang penting mesti sentiasa berusaha..belajar daripada kesilapan. Macam join contest juga.. :)

    ReplyDelete
  8. bila dah selalu join kontes memang macam tu..bro terbawa-bawa

    ReplyDelete
  9. setuju sangat, lumrah kehidupan, kita blogger kene rilex.

    ReplyDelete
  10. Sempat lagi tu promote zalora. Hehe

    ReplyDelete
  11. betul tu berdasarkan fantasi yang boleh dicapai dengan realiti..

    ReplyDelete
  12. bro selalu menang contest sampai terbawa2x contest sampai sini..hahah

    ReplyDelete
  13. Hari tu ada tulis perkataan zalora tapi tak beri link. Dia orang tulis minta beri link dan exchange dengan RM50, memang pantas kerja dia orang.

    ReplyDelete
  14. Kehidupan dunia adalah satu perjalanan.. dimana & bilakah kita akan sampai, hanya Allah yg mengetahui. Semoga kita semua sentiasa dibawah naungan Nya.. amin. Thanks sharing

    ReplyDelete
  15. Great post! Thank you for sharing.

    ReplyDelete