√ Jangan Mengambil Kesempatan - Adarain

Jangan Mengambil Kesempatan

Apa yang dimaksudkan dengan mengambil kesempatan? Adakah mengambil kesempatan bermaksud jangan lepaskan peluang? Atau jangan abaikan kesempatan yang ada? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mengambil kesempatan? Apa yang masyarakat sekarang faham dengan istilah mengambil faham?

Banyak pula soalan

Bagi aku sendiri, mengambil kesempatan bermaksud menggunakan peluang yang orang berikan dengan tujuan menyenangkan diri sendiri. Kita boleh sahaja menggunakan peluang yang diberikan oleh sesiapa sahaja tetapi biarlah peluang itu tak menyusahkan mana-mana pihak.

[caption id="attachment_655" align="aligncenter" width="480"]Jangan Mengambil Kesempatan Anak ayam mengambil kesempatan bermain dengan arnab.
Sumber gambar dari google.com[/caption]

Pengalaman Rakan Mengambil kesempatan


Bila bercakap tentang sikap mengambil kesempatan ni, aku teringat akan beberapa orang rakan yang pernah mengambil ke atas aku untuk menyenangkan diri diorang sahaja. Berkenaan dengan pinjam-meminjam laptop atau dalam bahasa melayu nya kita sebut komputer riba tapi jarang orang melayu sebut komputer riba, hebat english katakan. Masa aku mula-mula masuk universiti masa dulu, aku dah siap-siap beli komputer riba untuk buat assignment nanti. Bila dah masuk universiti tak adalah nak fikir sangat nak beli komputer riba.

Di universiti masa tu aku duduk asrama sebelum berpindah ke rumah sewa. Bila duduk asrama inilah satu masalah yang timbul. Masa itu, diorang belum beli laptop lagi, jadi diorang pinjam laptop dengan broadband sekali aku dengan alasan nak buat assignment tapi aku tengok sibuknya ke lain seperti bermain Myspace, youtube dan macam-macam lagi. Aku tak kisah pun dalam hal ni tapi kalau dah main laptop sampai berjam-jam macam laptop sendiri syoknya. Mana hati tak marah. Adakah mereka benar-benar ikhlas berkawan atau mengambil kesempatan?

Kisah dari rakan, lain pula ceritanya, Semasa di Universiti, rakan saya menjadi 'driver' tak bergaji untuk rakan-rakan yang lain. Sebenarnya untuk membantu rakan-rakan lain memang tak jadi masalah untuk rakan aku itu. Tetapi ia menjadi masalah bila rakan-rakan kerap sangat minta bantuan untuk hantar diorang ke mana-mana dorang nak pergi. Dan kadang kala, tempat yang diorang nak pergi tu agak jauh dan diorang langsung tak hulurkan duit belanja minyak. Sebagai seorang yang masih lagi belajar secara terang-terangan rakan aku tak mempunyai duit dan hanya mengharapkan duit daripada ibu bapa sahaja. PTPTN rakan aku tak pinjam. Di situ, rakan aku dah mula mempunyai masalah kewangan.

Ada pada suatu hari tu, rakan aku mendapat kemalangan teruk sehingga membuatkan kereta kesayangannya juga rosak teruk. Sejak dari itu, baru rakan aku sedar siapa sebenarnya rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dan siapa rakan yang hanya berkawan untuk mengambil kesempatan sahaja.

Dalam dunia blog pula lain ceritanya, mengambil kesempatan dengan copy-paste dari blog yang lain tanpa pengetahuan lagi-bila bila berada dalam contest. Semata-mata mahu menang mahupun menaikkan traffik mereka sendiri. Tanpa sedar mereka telah melanggar etika dalam penulisan.

Buka Perniagaan online sediri


Nasihat kepada semua pembaca, janganlah suka mengambil kesempatan ke atas diri orang lain. Lakukan perkara dengan rasa ikhlas dan jujur. Tak rugi kita jujur dan ikhlas dalam apa jua perkara dan aku yakin sekiranya kita ikhlas dalam melakukan apa pun, ALLAH sendiri akan membantu kita dalam segala hal pun. Oleh itu, buanglah sikap suka mengambil kesempatan  ke atas orang lain untuk tujuan menyenangkan diri sendiri.

 

Get notifications from this blog

15 comments

  1. pernah juga kawan ambil kesempatan, kalau tak bagi cakap tahi idung masin, bila bagi buat harta sendiri.. hahah now PS2 tu mmg kat uma dia je, perli tak jalan, nk mintak pulak cakap kita bukan main sangat.. hoho

    ReplyDelete
  2. Biasalah dik, kwn2 ni ada macam-macam ragam... Blend kan dengan keadaan, ada masa kita kena tegas, ada masa kita boleh berlembut :)

    ReplyDelete
  3. Kalau kawan makan kawan tu yg banyak tu...

    ReplyDelete
  4. biasalah...sebab tu ada pepatah "rambut sama hitam, hati lain-lain" ataupun "lain padang, lain belalang" (kita bukan belalang...hohho)

    manusia ni mmg sifat suka ambil kesempatan...kena pulak kita jenis yg macam tak kisah...tp akhirnya, kadang2 kalah jugak dgn bisikan setan yg nak rosakkan hati kita...wanau'zubillah

    bagus bro entri2 camni...at least, kita cuba baiki diri kita utk tak ambil ksempatan lebih2....

    ambil kesempatan dan mintak tolong...lain rasanya =)

    ReplyDelete
  5. Ramai gak kawan-kawan jenis macam tu...elakkan diri jer!

    ReplyDelete
  6. memang banyak, itu yang kena berwaspada.

    ReplyDelete
  7. tak boleh nak percaya kawan seratos peratos even close friends too. Cuma berharap kesilapan dulu tak berulang kembali.

    ReplyDelete
  8. aku pun ada juga sama, tapi kawan punya pasal itu yang kena jaga hati kawan kalo tak mmg boleh bawah gadoh tu..

    ReplyDelete
  9. pada sesetengah, kesempatan ni seperti rezeki datang bergolek.. pada den, kalau diberikan peluang, diberikan keizinan, kesempatan itu adalah rezeki :)

    ReplyDelete
  10. dah banyak kali berjumpa dengan manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan kita.. kita tolong dia dengan ikhlas, tapi dia boleh pula demand.. moralnya nak berbuat baik pun kena berpada-pada..

    ReplyDelete
  11. hetchu org yg amek kesempatan! kecik2 dah buat perangai..bawak le zaman keje skali tu nnti..huhu

    ReplyDelete
  12. wah..makin maju..congrats bahrain !
    hmmm..mengambil kesempatan dlm kesempitan~

    ReplyDelete
  13. aku dah banyak kali kena tipu dgn kawan2. tapi memang patut kita berhati2 walaupun berkawan dari kecil

    ReplyDelete
  14. Hehe..pernah gak kena masa duk belajar dulu..pengalaman brharga semua tu..hehe..dalam blog pun, pernah gak kena copy paste..saya diamkan aje..sebab tak tahu nak buat mcm mana..haha

    ReplyDelete