√ Pengalaman Kena Tipu Perangkap Masuk MLM - Adarain

Pengalaman Kena Tipu Perangkap Masuk MLM

Kena tipu join Masuk MLM - Nak kongsikan dengan pembaca berkenaan dengan MLM. Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan di mana aku bersama sorang lagi rakan telah ditipu untuk masuk MLM pada tahun 2012.

kebanyakan ramai orang muda-muda dari IPTA dan juga IPTS mudah terpengaruh dengan menyertai MLM ni. Tetapi aku kurang gemar mengetahui apatah lagi masuk MLM ni sejak dari dulu lagi.

Sebelum aku ditipu untuk join MLM, kawan2x aku ada yang cuba ajak aku untuk join MLM ni, aku ni nak tak nak aku layankan je la apa yang dibentangkan oleh member aku nak jaga hati kan, dia ceritalah dari A sampailah ke Z, bila dia dah habis cakap dengan pantas aku cakap aku akan join kalau kau berjaya menjadi jutawan dengan produk MLM ni.

Kena Tipu Perangkap Masuk MLM
MLM sekadar gambar hiasan

Dia pun tersenyum sipu je dan sampai sekarang tak kaya-kaya jadi macam mana aku nak join MLM, kalau kawan aku sendiri pun tak kaya tak dapat pendapatan yang lebih dari RM1000 sebulan.

Jangan cakap lebih!


Kena Tipu Join Masuk MLM (Multi level Marketing)


Berbalik pada kisah aku ditipu oleh seseorang yang bernama aku sebenarnya tak berapa ingat tapi aku gelar di sini samad bukan nama sebenar.


Kisah dia mula begini, pada masa itu aku ada program di Universiti di mana program itu ialah merupakan satu ceramah perubatan sihir dan saka selama satu hari bermula pagi dan petang.  Ceramah ini tidak tertumpu pada pelajar universiti aku je tp orang luar Universiti juga dijemput untuk hadir ceramah ini. Kami membuat satu promosi secara besar-besaran dengan menampal poster-poster di semua kawasan universiti dan juga luar universiti.

Kawan aku beritahu aku ada seorang ni nak berbincang dengan aku berkenaan dengan program ni kamudian aku jawab dan berbincang sambil merancang mahu berjumpa. Bila dah set masa dan tempat aku pun ajak kawan aku untuk teman sekali jumpa dengan samad tu. Bila dah jumpa, bukan main peramah lagi siap belanja makan dan minum. Dalam kami makan dan minum, sempat lagi kami berbincang sikit pasal program kami dan juga program masa akan datang dan si samad ni pula dengan kata-katanya akan membantu menguruskan program akan datang.

Aku sebagai ketua program sangat tertekan dengan situasi seperti ni lagi-lagi bila program tersebut bakal berlangsung. Nak buat program semuanya nak kena pakai duit. Kalau tak ada duit, program tak jalan. Untuk Program kursus perubatan Islam: Sihir dan saka dikenakan bayaran, jadi ini sedikit sebanyak dapat memberi pendapatan disamping memberi pengetahuan berkenaan dengan sihir dan saka.

ALHAMDULILLAH, ramai yang hadir pada program tersebut dan penceramah yang dijemput pula sangat menyeronokkan dengan gaya penyampaian yang berkesan terhadap mereka yang hadir pada program tersebut.

===
Selesai program tersebut, pada malamnya si samad ni ajak aku pergi ke majlis agama menurutnya, jadi dalam kepenatan nak tolak pula takut kecil hati jadi aku mengiyakan untuk pergi bersama dengan si samad ni. Tapi aku tidak keseorangan, aku ajak rakan aku yang lain untuk pergi 'majlis' itu. Bila sampai sahaja, aku dah mula rasa panik dan berasa sedikit pelik dengan majlis tersebut. Majlis tersebut berlangsung di satu tempat kat Kuala Lumpur aku tak tahu apa nama tempatnya.

Tak berapa tahu sangat pasal KL.

Punyalah ramai di dewan tu dengan pakaian yang smart macam nak pergi pejabat aku pula dengan rakan aku hanya pakai baju melayu dengan seluar slack. Simple je.

Masa tu aku tak tahu lagi Ni majlis MLM, si samad pula berada di belakang sekali dengan hanya berdiri memerhatikan kami berdua yang tengah duduk. Apabila majlis bermula, masa itulah barulah aku tahu ni program MLM ditujukan kepada budak -budak baru yang nak masuk MLM. Penceramah tu siap beritahu kepada orang ramai siapa yang kena tipu bawa ke sini jangan marah kerana korang adalah yang bertuah untuk datang ke sini.

Dalam hati aku dengan marah:


Kepala otak ko Bertuah!

Dari saat itulah aku sangat menyesal campur marah. Masa itu aku dalam kepenatan yang teramat sangat ditambah pula dengan majlis macam ni. Serabut! Habis penceramah ni membebel aku dengan tahan marahnya sambil ditenangkan oleh kawan aku disapa oleh si samad dan terus bawa kami berdua ke bahagian tingkat atas sekali katanya tingkat atas sekali merupakan orang-orang jutawan produk MLM tersebut.

Bila dah sampai ke tingkat atas sekali, kami berdua dipertemukan dengan seorang wanita yang jutawan. Dengar lagi wanita itu berceramah dari kesih sedihnya sehinggalah dia menjadi jutawan. Aku tak boleh nak layan sangat dengan cerita dia sebab memang aku dah penat teramat. Jadi wanita tu sediakan borang untuk aku sertai MLM ni, aku dengan rasa rendah diri menolak terus pelawaan dia sampai bertengkar kami kat situ.

Orang dah tak nak dahlah, jangan dipaksa. Aku tak makan dengan pujukan 'kucing-kucing' ni.

Kami berdua minta si samad hantar kami pulang. Dalam kereta pula, dengar si samad ni berceramah lagi dengan katanya rugi tak masuk MLM dan macam-macam lagi. Aku minta rakan aku yang layankan dan aku pandang ke tingkap sahaja sambil memerhatikan lampu jalan.

Tapi yang seronoknya, sebelum balik si samad ni belanja makan lagi tu. Makan je lah.. org dah offer jangan ditolak

Dah habis makan, barulah kami pulang ke rumah masing-masing dengan hati yang sangat kecewa kerana ditipu masuk MLM.

Padan muka si samad sebab tak dapat tarik aku masuk MLM.  Aku dari dulu sampai sekarang memang anti-MLM macam itu. Selepas dari peristiwa tu, tak ada lagi khabar dari si samad. Ini bermakna janji-janji yang katanya nak sponsor program kami masa akan datang hanyalah rekaan semata-mata. Template, peta-peta, contoh kertas kerja dan program yang diberikan oleh samad masa itu semua aku buang kat tong sampah.

==
Semoga ini menjadi pengajaran buat aku agar tidak terlalu percaya dengan mereka yang tidak dikenali malah memberi janji manis. Mungkin pada masa itu aku terdesak mendapatkan kewangan untuk program aku masa akan datang.

Get notifications from this blog

38 comments

  1. Aku pernah jugak kena macam ni. Member datang ambil kat rumah pastu keluar pergi makan2. Pendekkan cerita last2 terjebak duduk dalam dewan dengar cerita pasal MLM. Belum sempat diorang 'berceramah' dengan lebih panjang lebar lagi aku pun bangun n keluar dari situ. Tapi sebelum keluar tu ada yang sekat aku tak bagi keluar. Aku cakap ada hal lebih penting kena uruskan. Bila dapat keluar rasa lega sangat2, terus aku tahan teksi pastu balik rumah, tidur, lagi best..

    ReplyDelete
  2. wahh acik pernah yg sama sampai bergaduh dengan kawan tu...naseb badan

    ReplyDelete
  3. Pernah juga kena macam ni...siap guna perempuan lagi nak pujuk, last2 aku tgk pompuan tu ke laut...

    ReplyDelete
  4. Siap kena tahan lagi kat pintu keluar?Macam samseng je lagak diaorang ni ye?

    ReplyDelete
  5. Apa nama MLM ni? Pernah juga terkena dulu. Tapi bila upline mintak duit ribu-ribu sebagai modal, terus tolak mentah-mentah. Dah la modal sampai berbelas ribu. Kena buat personl loan plak tu.

    ReplyDelete
  6. Agaknya apa dah jadi pada si Samad tu, entah dah jutawan kot...?

    ReplyDelete
  7. setuju bro. memang ada MLM yang mcm tu. kena berjaga2 gak la.

    ReplyDelete
  8. memang kena berjaga2x lepas nie. Cukupla sekali sahaja.

    ReplyDelete
  9. lupa plak nama MLM ni, MLM pasal education masa tu.. Mintak modal punyalah banyak, dulu masa student mana ada duit sangat.

    ReplyDelete
  10. hahaha, ke laut juga dia pergi.

    ReplyDelete
  11. wah! lagi teruk sampai bergaduh..

    ReplyDelete
  12. aku nak kuar naik teksi pula krang tak cukup duit, Nilai ngan KL tu jauh..terpaksalah dengar sampai habis.

    ReplyDelete
  13. tuuuu diaaaaa... alkisah panjang lebar.. aku rasa masing-masing ada pengalamannya... hmmm.. oh MLM.. kalau cara betul, takpe..

    ReplyDelete
  14. sy pun baru2 ni ada juga kawan ajak masuk MLM, lagi advance dia punya cara nak tarik orang, siap bawak orang2 yang berpengaruh dalam team MLM tu, yang pastinya, kereta diorang tak nak kalah, mewah2 bagai, mungkin cara ni berkesan kot nak tarik ahli baru, patut la dia beria ajak sy pergi minum, siap belanje karoke, hehe, tapi kurang berkesan la, walaupun aku dapat naik kereta honda civic type R mugen euro version tu hehe. Just nak tengok, kaya ke tak dia nanti.

    ReplyDelete
  15. tak sangka ada cerita yang hebat tentang MLM...walaupun MLM tak semua begitu...saya faham penipuan itu menyebabkan orang serik dan jangan serik kalau orang belanja makan..dia ikhlas dapat pahala lagi tu.

    ReplyDelete
  16. saya masuk MLM supplement shaklee. setakat ni takda lak keburukan nya pada saya. modal pn rendah, housewife pun boleh join. takda kena labur sampai kena buat loan bank 20k bagai

    ReplyDelete
  17. Aku awal-awal memang rejek dah kalau ada orang ajak join.

    ReplyDelete
  18. Aku dah puas terkena... Memang tak pernah join MLM... Lagipun dulu kerja dekat syarikat MLM tau dah diorang punye kerja mcm mana...

    ReplyDelete
  19. aiza pun hampir terkena masa mula-mula kerja dulu.. satu malam tu dia ajak keluar sebab kononnya ada birthday party kat rumah kawan dia di Puchong.. aiza pun ikut je la sebab dah kawan ajak.. sebelum tu dia siap belanja makan lagi.. rupa-rupanya dia bawa jumpa kawan-kawan dia yang semuanya jadi dealer produk korset premium beautiful.. terus aiza minta dia hantar balik ke rumah.. buang masa je layan benda macam tu..

    ReplyDelete
  20. tak agak-agak kawan bro, tak elok tak beritau tujuan matlamat macam tu. boleh burukkan imej syarikat.

    ReplyDelete
  21. aku pun pernah kena bro, dengan kawan baik sendiri. percaya kita kat kawan baik kita nie last2 kita yang hutang sane sini, ape daa sampai mati dahh tak caya MLM

    ReplyDelete
  22. Nasib baik la bro ni jenis org yg tegas. Kalau tak mesti dah sain n join program ni. Tak pepasal kena tanggung sorang2.

    ReplyDelete
  23. Mujur akhirnya tak terjebak dgn MLM ni kan..:)

    ReplyDelete
  24. den ni jenis baik dengan kawan, kawan ajak pergi, den pergi. tapi kawan ajak join, den say no.. so bila dah say no tu mula la tengok muka kawan masam macam makan asam.. huhu

    ReplyDelete
  25. memang banyak promoter program begini.. Kalau datang perjumpaan memang diorang berlagak cam orang kaya..

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah saya tidak pernah terjerumus ke MLM soalnya ada saudara saya yang sudah mengalami kerugian hingga jutaan tanpa hasil dari program ini alhasil kitanya juga jadi menghindar dan lebih suka blogging untuk mengisi waktu luang :)

    ReplyDelete
  27. mlm memang kena teliti dulu dia punya produk dan juga tengok lesen dia sah ke tidak... takut ada yang tipu..ataupun ianya merugikan sahaja...

    ReplyDelete
  28. aku pun sama macam ko, anti MLM jugak

    ReplyDelete
  29. Saya pun menjalankan bisnes networking, tapi bukan MLM . kalau diikutkan MLM tu tak salah..tp cara orang nak pengaruhi kawan tu yg salah. before this bnyk MLM yg saya join sbb 'ikut kawan'.. tp saya tak mampu nak tipu kawan mcm diorang tipu.. thats why saya quit. but still minat bisnes ..finally Alhamdulillah..saya dah jumpa the right company. tak perlu nak tipu bagai..

    ReplyDelete
  30. MLM ni x salah..yg salah nye org nye..
    Mcm sy pndptn tmbhn sy dpt dri networking..modal pun rendah x.membebankn..produk pn satu family pkai..sy Penh gagal dlu..Tp sy tau gagal 2 azam garm berniaga

    ReplyDelete
  31. Yang penting kena dengan caranya, Pastikan barang yang dipromote berkekalan dalam pasaran dan berkesan jangan sekadar cari orang sahaja.

    ReplyDelete
  32. Saya pun tak suka mlm. Boleh bermasam muka sesama kawan/keluarga dibuatnya.

    ReplyDelete
  33. betul2x.. boleh bergaduh dibuatnya kalau kita tak masuk mlm ni..

    ReplyDelete
  34. Aku pernah kene jugak bro..hahah dia mintak modal besar dlm 5k acikk diaa last sekali aku baca ayat kursi ayat pelindung lah ..hohoh mana tau tuhan buka pintu rahmat..heheh pastu aku terfikir lah kan member aku ni kan kabo dia tgh masyuk buat benda ni klau nk kaya kene lah modal besar jadi aku cdg ape kate aku pinjam duit member aku yg buat mlm ni bila aku dah kaya aku bayar dua kali ganda ..hahaha terus senyapp shiakkk..

    ReplyDelete