√ Filem Escape Plan: Perancangan Penuh Teliti - Adarain

Filem Escape Plan: Perancangan Penuh Teliti

Apabila dua pelakon lagenda bergabung dalam filem Escape Plan ianya suatu perkara yang hebat dan menarik untuk ditonton. Siapa tidak kenal dengan Sylvester Stallone yang terkenal dengan filem Rambo dan juga Arnold Schwarzenegger yang terkenal dengan filem terminator.

Nama mereka berdua cukup gah dan popular di hollywood. Walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan dan hari semakin hari dimakan usia tetapi lakonan dari mereka berdua sememangnya bertenaga dan tidak menghampakan.

Jangan sangka orang yang sudah berusia tidak mampu beraksi dalam filem dengan hebat sekali. Dato' Jalaluddin Hassan pun mungkin tidak mampu melakukan aksi lasak seperti mereka berdua.

[caption id="attachment_897" align="aligncenter" width="532"]Filem Escape Plan: Perancangan Penuh Teliti Sumber gambar dari google.com[/caption]

Sinopsis Filem Escape Plan


Filem Escape Plan ini berdurasi selama 1 jam 55 minit dan diklafikasikan sebagai 18sx. Kl gangster 2 telah diklafikasikan sebagai pg 13 walhal filem itu penuh dengan kata-kata kesat dan aksi yang melampau.

Sylvester Stallone  sebagai Ray Breslin dan Portos dalam filem ini merupakan bekas pendakwa dan menyamar sebagai penjenayah untuk menguji tahap keselamatan dalam penjara.

Dia menghabiskan masa hidupnya di penjara semata-mata untuk belajar reka bentuk penjara, memerhatikan tabiat pengawal penjara dan mencari kelemahan pengawal penjara sekaligus memudahkan dia untuk melarikan diri dari penjara tanpa sebarang halangan.

Pada Satu hari, dia (Ray Breslin) dan rakan perniagaannya Lester Clark ditawarkan perjanjian berjuta-juta dolar oleh ejen CIA, Jessica Miller untuk menguji keselamatan sebuah penjara rahsia yang tidak diketahui dan ingin melihat jika dia (Ray Breslin) dapat melarikan diri dari penjara rahsia tersebut.

Bina Perniagaan secara online dengan bantuan Pakar


Ray Breslin bersetuju dengan perjanjian itu dan secara tiba-tiba dia telah ditangkap di New Orleans, Louisiana. Dan dia diberi kod nama dalam Bahasa Sepanyol iaitu "Portos" dalam penjara tersebut. Dari situ dia telah bertemu dengan Arnold Schwarzenegger sebagai Emil Rottmayer dan Mannheim.

Penjara tersebut sangat berbeza dengan penjara-penjara yang ada di U.S kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat berpandukan buku hasil tulisan Ray Breslin. Adakah mereka berdua berjaya menyelamatkan diri dari penjara tersebut?

Ulasan Filem Escape Plan


Sememangnya lakonan mereka berdua tidak pernah mengecewakan dan jalan cerita filem ini memang menghiburkan dan semua penonton boleh faham dengan jalan cerita filem ini.

Bukan senang sebenarnya nak keluar dari penjara yang penuh dengan sistem keselamatan yang ketat di tambah pula dengan pengawal penjara yang ramai serta berhadapan dengan warden yang sangat kejam.

Memerlukan penelitian secara rapi tanpa sedikit pun kesilapan. Sedikit kesilapan berkemungkinan besar mereka tidak mampu keluar dari penjara tersebut buat selama-lamanya.

Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk memudahkan mereka melepaskan diri dari penjara tersebut tanpa sebarang halangan.

Filem ini juga banyak aksi dan juga di selitkan sedikit komedi yang pasti membuatkan korang semua tertawa antaranya ialah di mana mereka menyebut 'say cheese' di hadapan cctv, melukis gambar yang mencuit hati di hadapan warden dan sebagainya.

Secara keseluruhan, filem ini sangat menghiburkan dan penuh dengan pelbagai aksi. Untuk filem ini aku beri 4/5 bintang.

Get notifications from this blog

38 comments

  1. xsangka..jail depa dalam....ehhh..mana syok cerita nooo..bagi depa tengok..hahahah

    ReplyDelete
  2. jadi penasaran nih pengen nonton filemnya :)

    ReplyDelete
  3. saya tertarik dengan review filem ini..menarik.Saya ambik pengajaran bahawa kalau kita fokus dan belajar jadi blogger yang hebat maka tidak mustahil boleh kaya dan hidup mewah

    ReplyDelete
  4. aku dah tgk dan aku rasa filem ni best

    ReplyDelete
  5. Betul tu, dengan usaha yang gigih tidak mustahil kita boleh mengecapi kekayaan.

    ReplyDelete
  6. tengok review bro ni macma best citer ni

    ReplyDelete
  7. bila nak ke pawagam ni ker kira hujung minggu ni memang tak done huu

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak tengok wayang. Boleh la layan cerita ni. Nak tunggu Thor lama lagi.

    ReplyDelete
  9. sepertinya ini film action, pasti seru nie :)

    ReplyDelete
  10. Kalo dah 2-2 pelakon heibat hollywood ni bergabung, memang meletop la filem ni. Ok..bleh aim for next movie

    ReplyDelete
  11. kalau artis luar yang sudah kawakan tentu masih sangat laku, setidak untuk menuinjukan / memberi semangat untuk partnetnya yang masih muda, masak jangan sampai kalah semangat dengan yang lebih tua usianya

    ReplyDelete
  12. Filem yang penuh aksi yang mendebarkan dan penuh aksi-aksi lasak. Sangat sesuai untuk kita lihat. Lihat kepada ulasan anda memang menarik minat saya untuk menonton. Selamat menonton semua filem ini "Escape Plan".

    ReplyDelete
  13. demm..gua tak tengok lagi cerita nih..

    ReplyDelete
  14. Ascape from Alcatraz pernah saya tonton lama dulu. Filem lama.

    Kini Ascape Plan. Lebih 'segar'. Saya baru lihat trailernya , memang menarik - mendebarkan.

    ReplyDelete
  15. Walawey....kena pergi tengok ni. Memang suka tengok wayang kalau 2 orang ni berlakon.

    ReplyDelete
  16. filem lebih kurang sama ke? mesti menarik

    ReplyDelete
  17. Memang kena pergi tengok, memang takkan menyesal.

    ReplyDelete
  18. saya memang peminat kedua-dua pelakon tersebut...teringat cerita the expendable & the expendable 2 pulak...

    tapi lepas nih arnold dah nak berhenti berlakon balik...nak berkempen jadi presiden amerika tahun 2015 nanti...kita tunggu dan lihat je la...huhu

    ReplyDelete
  19. citer ni mmg best..... citer dia bijokkk :P

    ReplyDelete
  20. lepas baca review ni, memang teringin dah nak tengok filem ni :)

    ReplyDelete
  21. perancangan yang betul2 teliti.. mesti ada mastermind dalam cerita nih...segalanya akan terbongkar.. kui2..

    ReplyDelete
  22. Ramai cakap best tapi itulah belum ada masa nak p tengok.

    ReplyDelete
  23. Memang best, tapi mungkin dah tak ada kot kat pawagam, nanti boleh download filem ni.

    ReplyDelete
  24. akak tak sabar tunggu filem ni release kat tenet hehe. Tengok trailer dia macam best je (^_^)

    ReplyDelete
  25. Emm bila lah ada masa nak tengok citer ni..hehe

    ReplyDelete
  26. nampaknya kena cari link download pasni..ehehee..cambest tu

    ReplyDelete
  27. Menariknya cerita nie walaupun kita dah tengok suasana penjara tersebut .... memang tak boleh agak langsung penjara tu dalam BANGUNAN APA kan....

    ReplyDelete
  28. memang best, nak download kena tunggu gambar lawa punya.

    ReplyDelete
  29. yap, memang tak boleh nak agak, tapi kalau dah tahu tempat memang boleh stress juga nak cari jalan keluar.

    ReplyDelete
  30. Cerita macam menarik je sebab aku memang suka cerita-cerita yang berlatarkan kisah penjara ni. Lagipun padanan kedua-dua hero filem aksi dekad 80'an ni pastinya akan buat cerita ni meletop. Sekarang ni pun dah jarang keluar filem-filem yang buat stail filem aksi hollywood tahun 80'an dulu.

    ReplyDelete
  31. tgk 10 kali pn tak kisah sbb mmg super bestttt

    ReplyDelete
  32. aku dah tingok cite ni. action memang best tapi ade babak persenda islam

    ReplyDelete