√ Masalah Dan Tangisan Dalaman - Adarain

Masalah Dan Tangisan Dalaman

Luaran selalunya tak melambangkan apa yang dirasai di dalam hati seseorang manusia. Dalam dunia ni penuh dengan pelakon-pelakon yang tak kita sedari bakatnya. Bakat mereka mula terserlah apabila mereka cuba menyembunyikan perasaan sengsara yang dirasai dalam hati, jiwa dan akal.

Semuanya kerana tidak mahu orang lain mengetahui tentang kesunyian dan kepahitan yang dirasainya. Mungkin kerana tak mahu masyarakat turut memperlekehkan mereka. Biasalah, manusia memang suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri kerana ketamakan di dunia.

Rahsia Ilmu Pengasih


Apabila perasaan bergelora ini tak diubati, jiwa manusia mula hilang. Akal dan hati mula mati. Mulalah segelintir yang lemah mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah yang membebani mereka ke jalan yang tidak sepatutnya. Lebih-lebih, segelintir memilih jalan yang memakan diri mereke sendiri. Akhirnya diri sendiri yang merana...

Masalah Dan Tangisan Dalaman Manusia


Memang sudah menjadi lumrah hidup, setiap perjalanan pasti mempunyai halangan yang kita terpaksa tempuh sungguhpun muncul tanpa keizinan kita. Cuma, kita perlu beringat bahawa tiada yang mudah di dunia ini dan tiada pula yang sukar .

[caption id="attachment_822" align="aligncenter" width="338"]Masalah Dan Tangisan Dalaman Sekadar gambar hiasan
Sumber dari pakarcinta.com[/caption]

Apa yang kita perlu lakukan adalah menjadikan kekuatan diri dan niat yang ditanam di dalam hati sebagai pendinding untuk kita meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

Tak salah jika kita ingin menjerit dan tak salah jika kita mempunyai perasaan marah. Cuma kita perlu belajar, agar berusaha untuk mengelak dari menuding jari ke arah orang lain, terutamanya kepada diri kita sendiri sekiranya masalah mula timbul.

Sungguhpun pada awalnya kita rasa puas, tapi kita tak sedar bahawa dalam diam ia boleh memakan diri sendiri. Sikap negatif ini akan membuatkan kita lupa tentang perkara positif yang terselindung disebaliknya. Pasti kita pernah mendengar kata-kata:
Setiap masalah yang datang adalah ujian dan setiap perkara yang berlaku ada pengajarannya

Oleh itu, jadikan ia sebagai ujian yang mempunyai 1,001 pengajaran di sebaliknya.

Dulu aku pernah baca satu blog ini yang mengatakan:
Dunia ini memang zalim dan manusia kebanyakkannya memang tamak

Dan ada juga yang pernah berkata-kata kat aku bahawa:
Orang yang berjaya adalah orang yang berusaha untuk hidup dan orang yang gagal adalah orang yang suka memberikan alasan.

Oleh itu, beringatlah, perjalanan hidup akan menjadi mudah jika kita memudahkannya dan perjalanan akan menjadi lebih sukar jika kita menyukarkannya. Semoga kejayaan akan menjadi kenyataan.

Untuk akhirnya, aku tinggalkan kata-kata dari Hafiz Hamidun iaitu:
Allah Maha Adil. Di saat-saat kita susah, pasti akan diberikan jalan menempuhinya walaupun dihujung usaha dan kesabaran.

Get notifications from this blog

22 comments

  1. Allah tu Maha Adil, cuma kita adakalanya lupa untuk bersujud dengannya, syukur dan redha bila di berikan dengan berjuta nikmat dan di duga dengan kesusahan.. Ada orang mengeluh pada aku dulu, panasnya.. Aku pun berkata , saudara.. Bersabarlah, baru di dunia ini, dekat neraka Allah 70Kali api dunia.. Dia pun marah dan mengatakan kubur asing2.. Aku terdiam.. Aku terdiam terpaku..

    Sikap tamak pastinya bukan membawa kepada keuntungan, mungkin ada sedikit untung tetapi bersifat sementara..

    ReplyDelete
  2. Tak semua orang selesa untuk luahkan apa yang dia rasa kepad orang lain. Nampak luaran gembira dan ceria, tapi dalamannya penuh dengan sengsara.

    ReplyDelete
  3. sentiasa berdoa supaya hidup kita di berkati olehNYA

    ReplyDelete
  4. mana hang dapat gambar lelaki menangis tu aa...

    ReplyDelete
  5. Assalam. Saya baru sahaja lepas melayan perasaan marah. Tapi sempat berfikir , lantas teringat dan menggunakan kaedah ini :
    Nabi SAW bersabda maksudnya :
    ”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
    (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

    Alhamdulillah. Berkesan.

    ReplyDelete
  6. saat amat perit terkadang tak boleh kata cuma kita perlu bijak menguruskannya

    ReplyDelete
  7. menangislah disaat itu..mungkin tangisan itu dapat meredakan segalanya

    ReplyDelete
  8. Lumbrah kehidupan supaya kita tidak lupa kepada pencipta

    ReplyDelete
  9. yap, setiap perkara berlaku ada hikmaahnya,,

    ReplyDelete
  10. yap, betul tu. Tiada seorang pun tahu betapa segsaranya kita.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih berkongsi hadith.

    ReplyDelete
  12. yap, tangisan dapat mnghilangkn sedikit hati yg sakit

    ReplyDelete
  13. yap, jangan sampi kita lupa terus.

    ReplyDelete
  14. setiap kali solat terasa nak menitis air mata tu tak salah itu cara terbaik kita mengadu padaNya subhanaAllah :)

    ReplyDelete
  15. Tak ada apa yg nak dikejarkn dalam dunia sebenarnya melainkan kita kena akur dgn segala yg jadi. Sakit, Sedih, Luka, Gembira, Susah, Senang, malahan semuanya adalah bukti bahawa kita hanya hamba yang perlu melalui semua fasa tu.

    Maka, tak salah kalau seseorg itu cuba mengalirkan air mata sekalipun laki-laki kerana itu sahaja cara pengubat hati kerana terlalu sakitnya ujian.

    Apapun, setiap ujian itu sudah ketentuan dan sesuai dgn individu itu sndr. Kita akan sentiasa diuji sebagai tanda Allah syg kita.

    ReplyDelete
  16. Ada masa menangis itu perlu..kan bro..lelaki pun ada perasaan gok...

    ReplyDelete
  17. betul tu bro, laki pun menangis juga tapi tak ditonjolkan.

    ReplyDelete
  18. saya kalau ada masalah pun akan pendam.. sebab saya ni jenis suka memendam..

    ReplyDelete