Filem Paling Seram Hollywood 2013

Selain daripada filem genre fantasi dan aksi, genre seram juga menjadi pilihan aku untuk menonton di kala aku kebosanan.

Dunia perfileman hollywood 2013 nampaknya sudah ke hadapan dengan filem seramnya yang sekarang setanding dengan filem asia.

Filem seram tidak semestinya ada watak hantu sahaja. Kadang-kadang kalau pakai watak hantu pun bosan juga. Watak pembunuh yang kejam, alien juga boleh disenaraikan sebagai filem seram ataupun menggunakan haiwan yang ganas.

Filem Paling Seram Hollywood 2013


Berikut adalah 5 filem paling seram hollywood 2013 yang telah aku tengok mengikut pilihan aku sendiri.

1) The Conjuring
Filem The Conjuring yang diambil dari kisah benar arahan James Wan merupakan filem paling seram di hollywood pernah dihasilkan. Ceritanya tidak terlalu meleret dan membuatkan ramai penonton terkejut dengan filem tersebut. Tidak banyak hantu yang muncul tetapi bunyi yang memainkan peranan dalam filem ini sehingga penonton rasa gelisah untuk menonton filem tersebut.

[caption id="attachment_503" align="aligncenter" width="532"]The Conjuring Sumber gambar dari http://www.daddymojo.net/[/caption]

2) Insidious Chapter 2
Tercetusnya filem Insidious chapter 2 adalah kerana keberhasilan filem Insidous pertama yang berjaya mengutip ratusan juta.

Filem ini bagi aku pun seram walaupun agak mengarut dengan terperangkap di dalam dunia kegelapan bersama devil. Sekali lagi, James Wan berjaya membuatkan filem ini antara yang paling seram.

3) Mama
Secara ringkasnya filem ini mengisahkan 2 orang kanak-kanak yang telah dipinggirkan oleh ibu bapanya telah menetap di sebuah pondok yang usang dan menetap di situ. Kemudian, kanak-kana tersebut telah dijumpai oleh pak ciknya dah menjaga 2 orang kanak-kanak tersebut.

Tanpa disedari, 2 orang kanak-kanak mempunyai 'penjaga' yang mengikutnya ke rumah. Adakah 'penjaga' yang digelar mama oleh kanak-kanak tersebut akan melepaskan mereka? pergi tengok sendiri.

4) Dark Skies
Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang hidup harmoni tetapi dikejutkan dengan 'pendatang' yang tidak diundang. Rumah keluarga tersebut telah ditanda oleh pendatang tersebut untuk menculik anak lelaki.

Salah seorang daripada anak lelaki keluarga tersebut telah hilang selepas diculik oleh 'pendatang'. Pendatang tersebut ialah alien. Adakah anak lelaki keluarga tersebut berjaya ditemui?

Satu kelainan untuk filem ini sebab menggunakan watak alien. Selalunya kita akan nampak alien dengan genre aksi ataupun fantasi yang menghiburkan. Tapi serius aku cakap, filem ini buat aku rasa sakit hati di penghujung cerita filem ini. Nak tahu kena tengok sendiri.

5) You're Next
Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang sudah lama berpisah akhirnya berjumpa semula sempena hari ulang tahun perkahwinan ibu bapanya. Kejadian tidak diingini berlaku apabila sedang mereka makan malam, salah seorang daripada keluarga tersebut mati akibat dipanah oleh pembunuh.

Selepas kejadian tersebut, seorang demi seorang mati dibunuh oleh pembunuh kejam. Dapatkah ahli keluarga tersebut menyelamatkan diri?

Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!


Filem ini tak banyak drama bercakap terus straight to the point bunuh. Akibat ketamakan harta, sanggup bunuh ibu bapanya sendiri dan watak perempuan menjadi heroin untuk filem ini.
Filem Paling Seram Hollywood 2013 Filem Paling Seram Hollywood 2013 Reviewed by adarain on January 05, 2014 Rating: 5

41 comments:

  1. nampaknya bro juga kaki wayang seram..tak takut ke?

    ReplyDelete
  2. saya belum berkesempatan lagi layan movie tu semua

    ReplyDelete
  3. Saya jarang tonton filem seram hollywood...tapi kebanyakan filem di atas memang ada elemen yang boleh buat jantung dag dig dug

    ReplyDelete
  4. terkadag rasa nak tengok cerita hantu kat pawagam tapi pikir nanti anak takut.tu jiwa anak maish kecil.kalu teringin sy beli cd dan tengok sorang2 atau dengan dia

    ReplyDelete
  5. Berkesempatan jugak tengok Insidious Chapter 2 hari tu. Boleh tahan la best.

    ReplyDelete
  6. dari ke lima filem paling serem tersebut ternyata belum satupun pernah saya tonton...:)

    ReplyDelete
  7. Ada anak memang tak boleh nak kasi tengok. Filem seram boleh buat kanak-kanak terpengaruh dengan benda yang tak betul.

    ReplyDelete
  8. Takut tu memang takut. Ada member takut tu ada. haha

    ReplyDelete
  9. aku agreed ngan no 1 tu...aku rasa dalam tahun 2013, citer the conjuring laa antara filem yang paling seram...yang lain tu no komen sebab ade beberapa cerita yang aku belum tengok lagi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. The conjuring tu best juga.. yg lain2 belum tengok lagi. T kasih diatas perkongsian Bahrain.. :)

    ReplyDelete
  11. dah lama tak layan filem-filem seram, filem seram berat sangat....heee

    ReplyDelete
  12. Hampir semua kata The Conjuring yang paling seram di Hollywood.

    ReplyDelete
  13. Paling seram bagi aku the conjuring dengan the insidious. Kalau sepanjang zaman, haruslah the exorcist. Malaysia punya paling seram bagi aku ialah filem 'Rahsia'

    ReplyDelete
  14. okeh. aku baca pun dah ngeri nih.

    tak nak tengok ahh.

    ReplyDelete
  15. filem seram...out of list. lemah semangat aku dgn filem2 mcm ni

    ReplyDelete
  16. belom lihat tuh film the conjuring kayaknya serem banget

    ReplyDelete
  17. No 1 buat ambe rasa nak p cari cd...hohoho

    ReplyDelete
  18. benda-benda macam ini adalah permainan minda sahaja maa..ada juga yang cakap emosi sahaja

    ReplyDelete
  19. Teringin nak tgk conjouring tu tapi tak tau berani ke tak.. hahaa
    Nak beli vcd pun pikiaq bnyk kali :D

    ReplyDelete
  20. itulah masalahnya tapi kalau iklan tv pun dia takut jugalah bro uhu...

    ReplyDelete
  21. Menarik semua filem ni...satu pun belum tengok lagi, tapi sinopsisnya menarik.
    Tunggu siarannya di Astro je la...

    ReplyDelete
  22. the conjuring memang seramlah, tgk dia punya poster je dah seram..

    ReplyDelete
  23. Jalan cerita nmpk mcm menarik tp bab seram dan menakutkan tuuuu woii...!!

    ReplyDelete
  24. Assalam
    Nampaknya En Bahrain seperti tidak pernah ketinggalan ya menonton filem - filem baru. Seronok baca ulasannya. Terima kasih ya.

    ReplyDelete
  25. semua filem kat atas tu dah tengok.
    tapi nak tengok kena tengok time.
    malam tak berani nak tengok.
    maklum la duk sorang2..haha

    ReplyDelete
  26. kalau saya seserem seremnya film horor luar negri tak lebih serem dari film horor lokal Indonesia mas

    ReplyDelete
  27. Filem indonesia memang seram. first time tengok filem seram dari indonesia kalau tak salah, tajuknya nenek grondong yang suka makan anak. memang seram.

    ReplyDelete
  28. Duduk sorang je..berani hang. Aku tengok filem seram time waktu tghari kalau tak ada kerja dan bosan.

    ReplyDelete
  29. Memang seram boleh naik bulu roma, kalau perempuan mesti terjerit-jerit.

    ReplyDelete
  30. The Exorcist dan Rahsia tak pernah tengok lagi. Ini kali pertama dengar nama filem tu. Seram sampai dapat jolokan seram sepanjang zaman dari Bro fadhil.

    ReplyDelete
  31. den tak berapa suka tengok citer seram , den tak suka perasaan terkejut...hehe

    ReplyDelete
  32. Sejak ada anak kecil, jarang betul berpeluang tengok Movie. Cerita seram nih lagilah kurang nak tengok sebab takut kacau tidur nanti :P

    ReplyDelete
  33. Film2 diatas harus saya hindari ni soalnya saya paling tidak suka dengan hal2 yang berbau seram apalagi mistis

    ReplyDelete
  34. Tidak ramai yang suka dengan filem Seram ataupun misteri.

    ReplyDelete
  35. The Conjuring saya pun rasa filem itu antara yg tseram pernah saya tgok..wlaupun ramai yg ckap filem tu x brapa seram :P

    ReplyDelete
  36. How to download it? You wanna to share it for me?

    ReplyDelete
  37. Belum tengok lagi semua cerita ni..hehe

    ReplyDelete
  38. filem seram ni memang genre filem favourite...rasa puas bila dapat layan movie seram ni...:D

    ReplyDelete
  39. hmm dark skies tak tengok lagi

    ReplyDelete
  40. […] sebelum ini aku ada berkongsi tentang filem hollywood paling seram dan filem korea paling best dan untuk kali ini mahu berkongsi pula movie cina yang tehebat […]

    ReplyDelete

Powered by Blogger.