Itulah Penangan Berkawan
Melewati hari-hari indah bersama rakan-rakan seumpama saat yang paling menyeronokkan. Berehat, makan, minum, bersiar-siar, lepak, bertukar-tukar masalah, pendek kata semuanya banyak dilakukan bersama. Tak terkata betapa kukuhnya ikatan ini, hinggakan dunia dirasakan milik bersama. Apa yang ada pada kawan? Sehari tak jumpa kawan, hidup rasa tak bermakna, dunia dirasakan sepi. Itulah penangan berkawan.
Sejauh mana keakraban ini hingga boleh membuatkan fikiran begitu tenang dan lupa segala masalah. Hanya yang berkawan sepenuh jiwa mampu merasakannya. Bukan setakat itu sahaja, keunikan persahabatan, berborak sampai pagi pun sanggup. Mata tak terasa kelat. Cerita disudahkan satu-persatu. Masih bersusun lagi cerita, lawak, sesekali kutukan dilemparkan, perasaan marah jauh sekali terpancar. Namun, ia tambah mengeratkan lagi tali persahabatan. Tanpa disedari, ikatan persahabatan dirasakan lebih akrab daripada hubungan pertalian darah sekalipun. Itulah penangan berkawan.
[caption id="attachment_1434" align="aligncenter" width="604"] sumber gambar dari vk.com[/caption]
Betapa mengagungkan kawan, sampaikan seorang kawan terasa hati yang lain pun turut terasa pedihnya. Seorang kawan sakit, semuanya terasa sakit juga. Seumpama kata pepatah, "cubit paha kiri, paha kanan terasa juga". sanggup lakukan apa sahaja demi kawan. Asalkan kawan tak hilang, tak lari, tak mati dan yang penting tak lupakan kawan sendiri. Ada juga yang aku saksikan, sanggup berhabis kerana kawan dari keluarga sendiri dengan alasan kawan sejati sukar ditemui. Itulah penangan berkawan.
Itulah Penangan Berkawan
Berkawanlah selama seratus, seribu, sejuta tahun tapi akhirnya tali ikatan yang terjalin pasti akan terputus jika tak kena pada gayanya. Kalau terlalu baik, di akhirnya nanti pasti ada cacat-celanya. Banyak penyebab yang boleh terjdi. Mungkin hanya dengan satu kesalahan kecil sahaja. Dalam persahabatan perlu wujudkan persefahaman barulah betul. Fahamilah, sejauh mana persahabatan yang dilalui bersama, keseronokan diwujudkan bersama, bahagia dicipta bersama tapi kawan tak selamanya akan bersama. Akhirnya, itulah penangan berkawan.
Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia
Serius, aku bukanlah pandai sangat bila bab berkawan apatah lagi dalam mencari kawan tapi dalam dunia persahabatan ni mungkin aku bolehlah berhujah sedikit sepanjang tahun melalui sehingga kini. Tak kira bagaimana rupa dan corak persahabatan. Aku rasa dah boleh baca. Sebahagian orang tak sedar bahawa mereka sendiri taksub dalam berkawan dan ada juga berkawan atas dasar kasihan. Sekadar picisan pesanan agar berkawan biarlah berpada-pada, jangan terlalu taksub bimbang nanti memakan diri sendiri.
Get notifications from this blog
Walau selama mana pun berkawan, tetap juga kena beringat. Terkadang perkara paling kecil boleh jadi punca putus kawan
ReplyDeleteada orang cakap..berkawan biar biar seribu..berkasih biar satu..betul ke?
ReplyDeleteya. Berkawanlah seramai mungkin.
ReplyDeleteBerkahwin biar empat orang aje..
berkasih sampai empat pun tak apa..hehehe.. janji adil.
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian info. . Pada
ReplyDeletezaman remaja biasanya kita akan melebihkan kawan daripada segalanya. . Ini disebabkan pada ketika itu, sebahagian besar masa dalam hidup remaja banyak dihabiskan bersama kawan. . Terutamanya bagi mereka yang tinggal di asrama dan rumah sewa. .. Disebabkan itu, kita dinasihatkan supaya pandai memilih kawan.. tersilap pilih, diri sendiri yang merana. .
susah senang bersama, itulah kawan sejati yg susah nak dicari
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteBagus berkawan dan bagus berpada - pada . Hikmah berkawan tentu ada. Kerana hidup saling perlu memerlukan.
Sama-sama. Masa bersama kawan banyak berlaku ketika zaman remaja.
ReplyDeleteMungkin perlu ada kriteria yang perlu dipatuhi untuk mencari kawan.
ReplyDeletepayah nak cari kawan susah senang. kawan senang tu banyak....
ReplyDeleteBerkawan jangan memilih, ruginya kita nanti. :)
ReplyDeleteKawan masa susah kadang-kadang satu pun tak ada.
ReplyDeletebetul! kalau memilih sampai ke sudah memang tak ada kawanlah jawabnya.
ReplyDeleteada kritteria yang kita hendak tapi jangan terlalu memilih sangat.
ReplyDeleteSemoga menjadi peringatan buat kita semua.. t kasih Bahrain.. :)
ReplyDeletesama-sama :)
ReplyDeletewooo..setakat ni susah nak jumpa kawan.kalau ada dua ke tiga orang sahaja gila-gila dan perahsia haa..kalau biasa blog dan fb tu jelah
ReplyDeletekawan ketawa ada di mana2
ReplyDeletekawan menangis sukar dicari
dan biasanya hal2 seperti itu lebih banyak ada di sekolah-sekolah mas, kalau di luar sekolah kan kondisional, kesibukan masing kan berbeza
ReplyDeletekawan online pun ramai jugak nih.. huhu.. rakan maya jarang2 jumpa...
ReplyDeletebetul tu bro... kalau kawan yg kita dh angap sahabat dunia akhirat... lame tak lepak rase lain jer... :)
ReplyDeleterambut sama hitam hati lain2... ada yg menjadi ada yg tidak... lumrah manusia... apa pun pengalaman mendewasakan...
ReplyDeleteterpisah dengan kawan2..x pernah dapat berjumpa..entah bila la agaknya kan.....bertemu kembali..bergelak ketawa bersenda gurau...keadaan yang dulu semasa remaja x mungkin berulang...semua dah ada tanggungjawab sendiri....
ReplyDeletelamanya x bersua dgn rakan sekuliah..rindu kat mereka
ReplyDeletepenangan kawan..sela;i kena kata2 pedih..btter yg jujur drpda berpura2 baik :)
ReplyDeletekadang-kadang terlalu jujur pun boleh menyakitkan hati. :)
ReplyDeleteDalam soal ini, saya sendiri juga sudah serik dalam mempercayai kawan. Walaupun berkawan itu menyeronokkan, tapi impact sekiranya terjadi salah paham sangat menyakitkan.
ReplyDeleteItulah indahnya berkawan kalau kena dengan gayanya.. :)
ReplyDeleteKawan susah dan senang itula yang susah dicari kan :)
Memang susah hendak cari,
ReplyDeletesusah nak cari kawan sejati..sebab kawan pun punya kehidupan sendiri
ReplyDeleteSebab tu kena pilih kawan yang betul2 leh jadi kawan..hehe
ReplyDeleteYang penting jaga adab semasa berkawan :) Tak kisah la dgn siapa pun kan kan
ReplyDelete