√ Program Pencetus Ummah Perlu Diteruskan - Adarain

Program Pencetus Ummah Perlu Diteruskan

Sejak dulu lagi, kita telah 'dihidangkan' dengan rancangan hiburan realiti yang tidak membawa faedah kepada orang ramai di Malaysia khususnya, kepada remaja masa kini seperti Akademi Fantasia, Fun Dance, One In A Million, Bintang Mencari bintang, Mentor dan sebagainya.

Namun, sejak akhir-akhir ini penerbit mula membuka mata dengan membuat satu program realiti yang berkaitan dengan keagamaan seperti Akademi Al-Quran,  Imam muda dan yang terbaru adalah Pencetus Ummah.

Imam Muda telah mencetuskan satu fenomena yang luar biasa kerana tidak pernah walau di negara luar pun tidak pernah menerbitkan rancangan seperti Imam muda di Malaysia sehingga mendapat perhatian dunia ketika itu.

Program Imam muda telah melahirkan Imam muda yang berjaya dan terkenal di seluruh Malaysia antaranya ialah Imam Muda Asyraf yang disenangi oleh pengikutnya.

Pencetus Ummah: Fenomena Luar Biasa


Baru-baru ini, Astro oasis sekali lagi menerbitkan sebuah rancangan Pencetus Ummah yang menarik sehingga menjadi trending di laman sosial di facebook.

Setiap Minggu peserta perlu memberikan Tazkirah dengan tajuk dan masa yang telah ditetapkan kemudian perlu menjawab soalan spontan dari penonton. Soalan Spontan dari penonton bagi aku adalah perkara yang sangat mencabar kerana tanpa ilmu yang cukup boleh jadi tersalah fakta dan hukum fiqh yang diberikan kepada penonton.

Artis yang datang sama ada secara jemputan mahupun sukarela amatlah digalakkan, ini kerana dapat mengetahui Islam dengan lebih dekat lagi. Antara artis yang datang adalah Rozita Che Wan, Raja Azura dan sebagainya. Tiada jurang pemisah antara Program Pencetus Ummah dengan artis.

Ulasan Mimbar Akhir Pencetus Ummah


Ingin diucapkan beribu tahniah kepada  PU (pencetus Ummah) Hafiz kerana menjuarai Program Pencetus Ummah dan membawa pulang RM50,000 percutin Luar Negara dan Kereta Toyota. Naib Johan PU Shahul diikuti tempat ketiga PU Yeop dan yang terakhir tempat keempat ialah PU Rahmat.

[caption id="attachment_1354" align="aligncenter" width="768"]Program Pencetus Ummah Perlu Diteruskan Sumber dari Facebook: Pencetus Ummah[/caption]

Pada malam tersebut, Dr Ridhuan Tee telah menyampaikan tazkirah yang sangat memberi kesan kepada penonton sehingga mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata dengan tajuk 'IBU'.

Tak kurang juga hebat PU Hafiz yang membawakan tajuk tazkirah Kehidupan Rasulullah sehingga kewafatannya yang begitu sayu sehingga membuatkan Juri Ustaz Kazim Elias hampir mengalirkan air mata. Sememangny PU Hafiz layak bergelar juara pada malam itu.

Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!


Secara keseluruhannya, kesemua peserta memberikan tazkirah dengan penuh semangat serta pesanannya yang sampai kepada 'hati' penonton. Program Pencetus Ummah perlu diteruskan bagi memberi peringatan serta kesedaran kepada orang ramai untuk mengetahui Islam dengan lebih dekat.

Get notifications from this blog

15 comments

  1. selalu duk tgk kwn update pasal PU ni.tapi sampai ke hari ni xsempat lagi nak tengok :(

    ReplyDelete
  2. Yea..program2 yg menarik dan menjadi santapan rohani begini mmg sgt2 baik diteruskan. At least kurang la sket tarikan ke program2 yg lagro tu

    ReplyDelete
  3. PU ni fenomena juga ye. kami takdak astro.. tp dpt la tempias2nya di FB.

    sy dah tonton ceramah dr ridhuan tee tu.. mmg meruntun jiwa

    syabas kpd penerbit2 program islamik seperti ini. kurang2kanlah program2 mencipta artis dan sebagainya

    ReplyDelete
  4. setuju. program PU patut diteruskan. :)

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat supaya program PU nih diteruskan lagi. Sangat bermanfaat untuk ummah dibandingkan dengan program hiburan yang berlambak.

    ReplyDelete
  6. Bagus la kan..semoga program macam ni akan diteruskan lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  7. bagus sekali acara2 suguhan yang bermanfaat

    ReplyDelete
  8. Saya setuju Program Pencetus Ummah ini perlu diteruskan pada masa akan datang terutama tahun 2014 ini dan seterusnya. :)

    Paling menarik dan seronok bila ramai selebriti @ Artis Malaysia datang, ini menunjukkan artis Malaysia juga menonton PU selama ini.

    ReplyDelete
  9. tahniah kpd penganjur program yang melahirkan program berilmian dan hasil yang baik

    ReplyDelete
  10. memang menarik PU ni..ciktom smpt tgk skali je umah kawan..umah sewa xsewa astro..huhu

    ReplyDelete
  11. betul tue. fyna sangat suke PU nih. terbaik!!!

    ReplyDelete
  12. sangat bagus untuk tontonan semua di zaman sekarang ni...tak perlu mengejar populariti melalui nyanyian mahupun tarian...

    ReplyDelete
  13. Tahniah PU Hafiz yup memang perlu diteruskan rancangan sebegini berbanding dengan rancangan hiburan yang lain

    ReplyDelete