√ Cari Tempat Makan Menarik Dengan Saji.my - Adarain

Cari Tempat Makan Menarik Dengan Saji.my

Tentang Saji.My Paltform tempat makan best


Mencari tempat makan menarik bukan sahaja ada pada rancangan jalan-jalan cari makan yang popular di tv3 malah saji.my juga turut memaparkan tempat-tempat makanan yang menarik di seluruh Malaysia.

sekadar gambar hiasan

Banyak tempat makanan menarik yang telah dilawati oleh saji.my. Ini secara tidak langsung memudahkan pengunjung untuk memilih tempat makanan yang menarik mengikut negeri di Malaysia.

Secara ringkasnya, domain saji.my cukup ringkas dan mudah diingati. Theme blog yang simple dengan warna utamanya iaitu biru, putih dan hijau. Tidak terlalu serabut serta kemas dan sedap mata memandang.

Buka sahaja web saji.my, akan muncul satu borang di mana bagi mereka yang tidak mahu ketinggalan artikel baru dari saji.my bolehlah mengisi borang tersebut untuk melanggan.

Uniknya pada saji.my ialah di mana saji.my telah membahagikan tempat makanan yang menarik mengikut 3 kategori iaitu breakfast, launch dan dinner. Sangat memudahkan bagi pengunjung untuk memilih kategori yang telah disediakan pada bahagian atas sekali.

Tambahan lagi, wujud peta pada web tersebut memudahkan lagi pengunjung untuk mengetahui lokasi secara terperinci berkenaan dengan tempat makanan menarik melalui saji.my

Pada bahagian footer, mungkin admin web ini dapat memisahkan dengan Misi dan Visi web saji.my ini dengan yang lain kerana berlaku campur aduk dengan Nasi arab, Oh burger bakar dan jadi reviewer.

Tempat Makan Menarik Di Johor


Nampaknya makanan menarik yang berada di Muar sudah pun saya pergi kesemuanya yang secara kebetulan saya tinggal di Muar, Johor Bahru.

Tempat menarik makanan di Muar yang telah dinyatakan pada saji.my adalah Mee Bandung Hanifah, Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Restoran Murtabak JD Singapore dan banyak lagi.

Kesemua tempat makanan tersebut ternyata memang sedap dan rugi bagi mereka yang tinggal di Muar tetapi tidak merasai lagi kelazatan pada tempat tersebut. Walaupun tempatnya tidaklah seperti 5 bintang akan tetapi rasa makanannya seperti 5 bintang.

Chicken Chop Hutan Bandar


Cumanya saya mahu tambah satu lagi tempat makan menarik di Johor Bahru iaitu di Hutan Bandar, Johor bahru. Tempat tersebut terkenal dengan masakan ala barat (western food) serta harga yang cukup murah berbanding tempat makanan yang lain iaitu chicken chop berharga RM5 sahaja.

Tempat tersebut yang diberi nama Chicken Chop Hutan Bandar di buka seawal 5 petang dan berakhir pada 1 pagi. Boleh dikatakan tempat tersebut selalu dipenuhi dengan pelanggan sama ada baru mahupun tetap.

Makanan ala barat yang disediakan pula sangat sedap walaupun servisnya agak lambat sedikit. Saya faham servisnya lambat atas dasar pelanggan yang terlalu ramai dan pekerjanya yang sedikit. Tetapi penantian itu berbaloi dengan rasanya yang lazat.

Chicken Chop yang berharga Rm 5 sangat banyak sehingga rakan saya tidak mampu untuk menghabiskan makanan tersebut. Tetapi bagi saya dengan makanan itu habis sahaja ditelan dalam perut.
Antara menu makanan ala barat yang disediakan ialah Lamb Chop, grilled chicken dan banyak lagi.

Berikut adalah alamat Chicken Chop Hutan Bandar:

Alamat : Chicken Chop Hutan Bandar
Hutan Bandar Johor Bharu
Jalan Tasek Utara, Taman Bakti, 80200 Johor Bahru

Get notifications from this blog

40 comments

  1. next time kalau outstation JB lagi...memang nak jalan2 cari makan la...lama dah x buat aktiviti tu...

    ReplyDelete
  2. Tapi rasanya blog diorang tak konsisten update kan.... cuma mempunyai koleksi kedai makan yang banyak sebagai rujuakn....

    ReplyDelete
  3. tak pernah masuk lagi laman web saji tuh , tengoklah jap-jap lagi ke...

    ReplyDelete
  4. senang skit nak cari tempat makan cam nih, bagus2

    ReplyDelete
  5. Dah dekat 20 tahun tak ke hutan bandar JB...macam manalah rupanya. Masih hutan lagi atau tinggal nama saje?

    ReplyDelete
  6. Thanks for info Bahrain..dah lama kita tak visit saji.my..rasanya dulu cuma ada resepi aje...

    ReplyDelete
  7. sama-sama, sekarang ni ada sedikit penambahan :)

    ReplyDelete
  8. 20 tahun, lama tu. ada perubahan sedikit. :)

    ReplyDelete
  9. ada masa boleh singgap ke sana :)

    ReplyDelete
  10. nampak sedap aje makanan diatas tuuu. hoho..

    ReplyDelete
  11. salam ziarah,

    terima kasih info ini...nanti boleh terjah website saji..

    ReplyDelete
  12. chicken chop rm5 mesti beratur panjang punyalah, lambat sikit...habis.

    ReplyDelete
  13. mujur perut saya sudah terisi kalau tak mahu pi cari gprs gak ni

    ReplyDelete
  14. Bagus info ni.. memudahkan utk cari tempat2 yg bersesuaian dgn selera & keadaan.. t kasih diatas perkongsian Bahrain.. :)

    ReplyDelete
  15. kalau dilihat dari gambar websitenya wah nyediain juga nih makanan indonesia, saya lihat ada makanan khas solo jawa tengah indonesia mas, wih keren abis nih buat para pelancong yang mengunjungi malaysia dan mencari makanan indonesia, recomeded sangat ini mas

    ReplyDelete
  16. ko review saji, aku review makanan yang ko post kan nih, hehehe

    ReplyDelete
  17. Sama-sama. Perkongsian bersama

    ReplyDelete
  18. saya belum habis lawat keseluruhan blognya. Tak sangka ada makanan Indonesia. ternyata ada pelbagai makanan ada tak kira di Malaysia mahupun masakan di luar negara.

    ReplyDelete
  19. hehe hari ini nak meketerdarah dekat mana ya ?

    ReplyDelete
  20. saji.my ni masuk jugak kn MSMW2014 ni kn....

    ReplyDelete
  21. baguslah saji.my ni sesuai kalau nak cari tmpt mkn yang best n menarik :)

    ReplyDelete
  22. Memang sesuai kalau nak cuba tempat makanan yang baru dan menarik :)

    ReplyDelete
  23. meketerdarah la mana-mana janji sedap :)

    ReplyDelete
  24. fyna tak pernah lak terjah website tue. pasni boleh lah try-try usha.

    ReplyDelete
  25. saji.my memang membantu pada yang kaki makan macam aku.... tq saji.my

    ReplyDelete
  26. wah...bagus laa saji.my nie...kalau time2 tengah2 outstation and tatau nak makan mana bleh refer kat sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  27. memang menarik review bro..rasanya macam belum pergi laman web tersebut!

    ReplyDelete
  28. masalah juga bg saya kalau selalu masuk blog makanan..nnt mesti nak pergi try hehe

    ReplyDelete
  29. Terbaiklaa saji macam Google Food lak tengok hehe

    ReplyDelete
  30. Bahaya juga tu..haha sebab boleh habis duit gara-gara makan je. :)

    ReplyDelete
  31. google food sedap pula nama tu. haha

    ReplyDelete
  32. Yup..banyak yang menarik yang ada dalam saji.my ni..kalau boleh luaskan lagi lokasi tu..hehe

    ReplyDelete
  33. okeh. nak gi melawat saji.my. dah lama tak singgah.

    ReplyDelete
  34. penah makan chicken chop kat hutan bandar tu. ikutkan biasa je tapi maybe sebab harganya murah kot tu yg femes. kalo kat area shah alam n kl ni mmg x dpt ler RM5 :D

    ReplyDelete
  35. rasanya sama seperti makanan western yang lain cuma harga buat aku terkejut. RM5 je.

    ReplyDelete