√ Kisah Aku Dalam Masalah Pendengaran - Adarain

Kisah Aku Dalam Masalah Pendengaran

Lambat Bercakap Berpunca Dari Masalah Pendengaran


Masa zaman kecil dahulu, aku mula start bercakap ketika aku masuk darjah satu di sekolah kebangsaan. Itupun, selepas 6 bulan ketika aku darjah satu baru boleh bercakap dengan sepenuhnya seperti orang lain.


Lambat bercakap ada kaitan dengan pendengaran.


Parent mula sedar aku ada masalah pendengaran apabila aku tidak mendengar ketika aku sedang khusyuk menonton televisyen dan pada masa yang sama parent aku panggil nama aku berulang-kali.


Sejak itu, aku melakukan check up secara bulanan bersama doktor pakar telinga di salah satu Klinik swasta Kluang, Johor bahru sehingga aku tingkatan lima.




Sebenarnya aku ada masalah pendengaran tetapi aku still masih boleh dengar apa yang orang cakap. Cumanya, pendengaran aku bukanlah 100% seperti orang lain.



Selepas Doktor pakar telinga di kluang bersara terus aku cari alternatif lain dengan menyambung check up di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pula. 




[caption id="attachment_1568" align="aligncenter" width="400"]Kisah Aku Dalam Masalah Pendengaran sumber dari google.com[/caption]

Aku dapat rasakan yang masalah pendengaran aku semakin teruk sejak aku belajar di universiti. Appointment untuk check-up dengan pihak Hospital Muar pun macam tak berjalan dengan baik.



Nak Bedah Tapi Tak Jadi


Ada sampai tahap memang kena bedah, bila dah buat tarikh semua untuk pembedahan tiba-tiba tak jadi pula. Kes ni dah dua kali berlaku di hospital yang sama. Kemudian aku minta doktor untuk berjumpa dengan ketua doktor bahagian Otolaryngology.


Bila di bincang dengan ketua doktor tesebut, barulah aku tahu tak ada yang pakar dalam masalah aku dalam hospital Muar.


Marah tak marah aku tapi pendam je la mampu dengan doktor tersebut. Rasa dipermainkan kejap bedah kejap tak jadi kemudian keadaan pendengaran pun masih sama sahaja. Aku nak jumpa doktor pakar bukan doktor biasa.



Jalan Penyelesaian Di Hospital Sultan Ismail


Dr tersebut terus buat surat untuk berjumpa doktor yang benar-benar pakar telinga di Malaysia yang berada di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.


Ini adalah kali pertama aku dengar nama Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru. Kalau sebelum ini, bila dengar pasal hospital di Johor bahru mesti orang johor especially macam aku akan terbayang pada Hospital Sultanah Aminah sahaja.


Apabila temu janji sudah tiba, terus datang ke johor bahru untuk ke Hospital Sultan Ismail berjumpa dengan Doktor Pakar.


Sememangnya Doktor yang aku jumpa di Hospital Sultan Ismail memang pakar dalam bahagian telinga. Hampir masalah tentang telinga aku di ceritakan satu persatu. Kes aku adalah kes pertama di Johor Bahru dan kes kedua di Malaysia menurut Doktor tersebut.


ALHAMDULILLAH, jumpa jalan penyelesaian. INSYA ALLAH, dalam jangka masa pendek akan dilakukan pembedahan telinga di bahagian kiri dahulu pada hujung bulan ini. Pembedahan pertama akan dilakukan ketika dalam sedar tetapi akan diletakkan ubat bius nanti. Pembedahan pertama tidak terlalu serius.


Untuk jangka masa panjang akan dilakukan sekitar bulan April kerana telinga bahagian kanan agak teruk sedikit yang memerlukan pengesahan dari kerajaan dahulu untuk membeli alat yang akan dimasukkan ke dalam telinga sebelum melakukan pembedahan kali kedua.


Doakan semoga segala urusan berjalan dengan lancar.

Get notifications from this blog

80 comments

  1. moga dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  2. Semoga pembedahan berjalan dengan lancar bro.

    ReplyDelete
  3. hello hello...
    ada hikmahnya tuh, harap2 pendengaran makin jelas..

    ReplyDelete
  4. Semoga semua berjalan lancar..banyak2 doa dan bersedekah...aminn...

    ReplyDelete
  5. Tq share experience ni Bahrain.... suka Okje membacanya.... Moga operation tu berjalan lancar ye..
    Bila pergi Hospital Sultan Ismail tu singgah JJ sekali besar JJ kat situ tu hehe

    ReplyDelete
  6. Hospital pakar tapi tak semua ada pakarnya

    ReplyDelete
  7. semoga segalanya berjalan lancar bro...tu hanya dugaan hidup...semoga tabah ye

    ReplyDelete
  8. Amin...Semoga dipermudahkan segala urusan bro, insyallah...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. May Allah ease everything.. everything that happens ada hikmahnya

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkan segalanya . amiiiin .

    MG juga ada ank buah yg lambat bercakap
    tahun dia dah 5 ke 6 tahun tapi belum boleh bercakap
    bila bwk ke doktor, doc ckp ok
    tp ntah knp blom bercakap
    tak tahula mak dia dh bwk jmpe pakar ke belum

    mak dia lebih tahu apa nk buat
    MG tanak cakap lelebih sbb bab anak yg kurg normal dgn org lain ni sensitip sikit

    any tips from u?

    ReplyDelete
  11. Bab anak kurang normal memang sensitif,
    seeloknya jumpa dengan doktor pakar yang lebih berpengalaman untuk 'pencerahan' lebih lanjut baru puas hati mendengar berbanding Doktor biasa @ baru. Apa pun, terpulang kepada mak dia untuk kebaikan anaknya bila dah besar nanti.
    kita hanya mampu memberi kata dorongan @ nasihat secara berhikmah untuk mereka yang mempunyai anak yang lambat bercakap @ kurang normal.
    Lebih baik mencegah sebelum terlambat. :)

    ReplyDelete
  12. Amin~. Harapnya begitulah berjalan dengan lancar. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. ya,memang tidak semua yang pakar dalam bidang tertentu dalam hospital. Tidak hairanlah, kemungkinan orang kaya atau vvip mendapatkan pihak yang lebih pakar di luar negara.

    ReplyDelete
  14. sama-sama, amin~. terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas pesanan yang diberikan ;)

    ReplyDelete
  16. hello hello back.
    INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  17. terima kasih bro..tas pkongsian pngalaman...
    ya itulah bab hospital pnya lama buat temujanji hasilnya jawapan yg mgecewakan x ada pkar yg sesual dgn kes dihadapi..siapa yg x rasa bengang or sentap :)

    semoga dpermudahkan urusan bro :)

    ReplyDelete
  18. In shaa Allah, Bahrain.. saya doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar... aamiin. :)

    ReplyDelete
  19. Memang lama buat temujanji tapi itulah hasil tak seperti apa yang disangka. ALLAH tahu mana yang terbaik.

    ReplyDelete
  20. semoga selamat menjalani pembedahan saudara bahrain....

    ReplyDelete
  21. bawak bersabar ya kawan. ada hikmah. sekurangnya ada jalan penyelesaian terhadap masalah kurang pendengaran tu.

    hospital kat Muar tu memang camtu. Saya terpaksa ke hospital pakar kat JB sebab kat muar takde doktor pakar yang khas untuk sakit saya.

    ReplyDelete
  22. semoga cepat sembuh bro. ni semua dugaan. kos dia tak tinggi ke bro? kalau hospital area bandar kecil macam muar ke batu pahat gitu memang susah nak ada doktor pakar. biasanya kena pergi ke J atau KL baru ada. macam biasalah, kena ada appointment lagi.

    ReplyDelete
  23. bahayakn bila jadi macam ni..semoga dipermudahkan ya!!!

    ReplyDelete
  24. waahh...dari kecik problem, ding dong2 spital, baru skarang akhirnye akan boleh baik... boleh spital kat muar tu wat gitu eh... haiishh...
    apa pun semoga dipermudahkan dan selamat semuanya insyaAllah..

    ReplyDelete
  25. semoga dipermudahkan
    banyakkan berdoa yer :)

    ReplyDelete
  26. Kak Jie hilang sebelah pendengar secara kekal sejak 3 tahun lepas.

    Tiba-tiba sewaktu memandu..terus pening muntah2 tak boleh bangun, jalan macam zig zag

    Rujuk hospital sg Buloh, buat semua ujian buat mri scan dan doktor sahkan saraf dah rosak.

    Memang kadang2 cakap menjerit sebab tak berapa nak seimbang. Kalau bunyi, boleh dengar tapi tak dapat titik punca bunyi datang dari mana...telefon bunyi pun tak dpt nak tuju arah mana..kecuali telefon tu ada depan mata

    ReplyDelete
  27. Kadang-kadang kita terpaksa layan karenah doktor yang kurang cekap dalam menjaga kebajikan pesakit.

    ReplyDelete
  28. Terima kasih, kos hospital kerajaan tak mahal lagi-lagi bila kita atau parent ada kerja dengan kerajaan. Induk utamanya KL dan JB sahaja yang ada pakar. Buat appointment yang melecehkan pesakit sebenarnya kalau tunggu sekajap tak apa tapi sampai berjam-jam.

    ReplyDelete
  29. Boleh malarat kalau tak di rawat dengan segera. AMIN~.

    ReplyDelete
  30. Nak buat macam mana layan sahaja karenah doktor di sana. AMIN~.

    ReplyDelete
  31. Terima kasih kerana berkongsi cerita. Itulah yang di alami saya berkenaan dengan masalah pendengaran. Boleh dengar cumanya tidak dapat mencari tepat dari mana muncul suara atau bunyinya. Kadang-kadang pasal kes telefon tu, kawan saya yang tegur ada bunyi phone barulah saya ada perasan phone saya berbunyi.

    ReplyDelete
  32. Sebenarnya bukan hospital Muar shj yg hadapi masaalah kekurangan doktor pakar. Hampir semua hospital kerajaan hadapi masaalah ini juga. Doktor2 biasanya guna hospital kerajaan utk menimba pengalaman dan memperhebatkan CV. Bila dah hebat, akan pindah ke private hospital yg tawarkan gaji tinggi atau buka klinik sendiri.
    Semoga masaalah pendengaran bro semakin baik dan pulih selepas ini. Insya-allah...

    ReplyDelete
  33. Terima kasih atas info yang diberikan, owh, dengan berpindah ke private hospital salah satu punca kerajaan punca kekurangan doktor pakar. AMIN~

    ReplyDelete
  34. semoga semuanya nanti baik-baik ajer yer bro...amin...

    ReplyDelete
  35. Assalam
    Untuk pembedahan kali ke dua nanti mudahan - mudahan berjalan dengan baik ya En Bahrain . Insyaallah. Amin.

    ReplyDelete
  36. bersabar denga dugaan di berikan.macam rakan saya tapi berlainan sitausi pasal nak hamil. btw dia selalu ke klinik berbayar selama 2 tahun juga habis semua benda di kaji pada dua pasangan itu serius tak ada anak.last akhir tahun depa klinik berbayar suruh pi klinik kerajaan.memang pasangan sakit jiwa juga sebab 2 tahu habis masa tenaga di situ. skarg apa cerita tak tahu.btw masih berurusan dengan klink kerajaanlah jawabnya walaupun lammbat katanya.
    wahualam..

    ReplyDelete
  37. kalau kita rasa kita lalui kehidupan ini susah benar salah masih ada orang susah dari kita lagi.ingat iti jer adarain.kuat semangat dan jangan berhenti berdoa selalu ya.moga urusan kamu di permudahkan.

    ReplyDelete
  38. masalah pendegarana ni bukan bleh dibuat main..satu nikmat yg besar juga tu yg tuhan beri dekat kita

    ReplyDelete
  39. Satu nikmat yang perlu dihargai.

    ReplyDelete
  40. Terima kasih sebab bagi nasihat yang berguna sebagai penguat untuk diri sendiri. AMIN~

    ReplyDelete
  41. insyaAllah semuanya dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  42. masalah tersebut mmg ada sejak lahir atau disebabkn kecederaan lain(i.e pernah xcden)?
    family sy termasuk anak buah pun agak kurang dengar. tak pasti sebab apa...sbb tak pernah check detail.. btw... moga semuanya dimudahkan. aamiin

    ReplyDelete
  43. Sejak lahir lagi. better check detail mana tahu ada jalan penyelesaian. Belum cuba belum tahu. AMIN~

    ReplyDelete
  44. nak juga lah buat temu janji dengan doktor telinga ni, sejak dua menjak asyik gatal jer dalam telinga nih

    ReplyDelete
  45. kalau kurang dengar,pusing terasa di kepala

    ReplyDelete
  46. Salam,
    Anda antara insan bertuah! Bersyukurlah... Kekurangan jadikan kekuatan. Semoga urusan anda dipermudahkan. Insyaallah...segalanya akan lancar, amiin.

    ReplyDelete
  47. Kalau gatal biasanya doktor akan bagi ubat cecair untuk dimasukkan dalam telinga.

    ReplyDelete
  48. ya betul tu, kepalanya terasa pusing pening kadang-kadang sampai 2 hari berturut.

    ReplyDelete
  49. waalaikumussalam, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. terima kasih. amin~.

    ReplyDelete
  50. InsyaAllah smoga semuanya berjalan lancar ye :)

    ReplyDelete
  51. sabarlah bro menghadapi dugaan hidup ini..

    ReplyDelete
  52. Tak sangka dalam keramahan bro terselit gak keperitan dengan dugaan sebegini..apa yang saya harapkan agar bro kuat dah tabah menghadapi setiap dugaan hidup ni..dan semoga penbedahan itu berjalan dengan baik dan akan boleh mendengar macam orang lain..sabar yer bro..take it easy..bleh?

    ReplyDelete
  53. Aku ingat kes mata aku je teruk. Rupanya bro Bahrain lagi la. Sabar bro. Aku pernah termenung menitis air mata tapi teringat pesan kawan, "Dugaan Allah bagi pada hambanya yang mampu tanggung sahaja."

    ReplyDelete
  54. Terima kasih atas pesanan tersebut. ;). INSYA ALLAH, ada hikmah di sebalik semua ini.

    ReplyDelete
  55. sabar ye, Allah sedang uji awak...dan awak telah melaluinya dengan baik setakat ni...

    semoga pembedahan berjalan dengan lancar hendaknya...amin...

    ReplyDelete
  56. Semoga selamat menjalani pembedahan bro. Aminnnn

    ReplyDelete
  57. Salam Bro Bahrain...bila baca kisah bro...Semoga tabah dalam menghadapi cabaran ini..kena kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan...biasakan diri tenang dengan sindiran,sikap terasa,kata2 belakang yang kurang enak...>ini perkara2 negatif contoh yang MESTI dihadapi dengan kesabaran.Sebab apa saya kata begini?Sebab saya adalah orang yang paling memahami hati perasaani bro Bahrain.Kehidupan saya serupa dengan bro..cuma saya tidak membuat rawatan/pembedahan seperti Bro Bahrain..hanya mengharapkan 'Hearing AID' yang harganya mmg mahal untuk meneruskan kehidupan.Salam perkenalan..:-)

    ReplyDelete
  58. waalaikumussalam,terima kasih sebab memberi kata perangsang. Semua pernah dilalui ALHAMDULILLAH saya seorang jenis penyabar dan bukan jenis cepat melatah. Hearing aid memang mahal agaknya tetapi kekal untuk selama-lamanya jika kita pandai menjaga. Cuma tukar bateri sahaja. Saya tak boleh pakai heating aid sebab tak muat.

    ReplyDelete
  59. Bersabarlah kawan, semua yang diderita pasti ada akhirnya...semoga pembedahannya berjalan dengan baik dan lancar...

    ReplyDelete
  60. Ya Allah sampai kene bedah ker.. apapun saya doakan semua nyer berjalan dengan lancar..
    Moga keadaan pulih dengan 100% aimn.. kuat kan semangat k.. :D

    ReplyDelete
  61. Adnan Mohd Nordin10 June 2015 at 19:09

    Salam, setiap penyakit ada ubat/penyembuh kecuali ajal. Saya pun ada masalah pendengaran sdkt sebelah kiri telinga. Mungkin ini adalah penemuan yg diilhamkan Ilahi utk sdra Bahrain utk mencapai kesembuhan pendengaran melalui ikhtiar zahir. Bagaimana keadaan sdra skrg? Saya kira sdra sudah menjalani pembedahan di HSI, JB pd tahun 2014, dan skrg saya tulis komen ni pd bln Jun, 2015. Saya harap benar sdra Bahrain blh e-mel saya di : hadznan02@gmail.com, atau post komen ke blog ni. Tak lupa saya doakan pd Allah S.W.T semoga sdra sembuh sepenuhnya dan banyak-banyak berdoa dan ingatkan Allah S.W.T selalu yg Maha berkuasa atas segala-galanya, hanya sedikit ujian yg diberikan kepada kita.....wassalam

    ReplyDelete
  62. Waalaikumussalam, ALHAMDULILLAH, pembedahan kecil pada tahun lepas berjalan dengan lancar. Kesannya memang telinga dapat dengar dengan jelas selepas dimasukkan tube ke dalam telinga tapi ada pantang yang perlu dijaga seperti tak boleh mandi laut dan bila naik kapal terbang tarasa sedikit sakit. Dengar dengan jelas kadang2x ok kadang2x tak mgkin sebab terlalu banyak cecair dalam telinga. Next temu janji nnti saya nak keluarkan balik tube dalam telinga saya. Lebih selesa kalau tiada benda dalam anggota badan. Lain orang lain pengalamannya.

    ReplyDelete
  63. Adnan Mohd Nordin10 June 2015 at 19:48

    Alhamdulillah, insyaallah akan beransur-ansur sembuh sepenuhnya nanti, cuma makan masa sedikit dan patuhi pantang larangnya. Boleh saya tahu berapa kos rawatannya dan rawatannya dijalankan di mana?

    ReplyDelete
  64. Rawatan buat di Hospital Tun Ismail dan kos saya ditanggung kerajaan sebab ayah saya kerja kerajaan.

    ReplyDelete
  65. Adnan Mohd Nordin10 June 2015 at 22:22

    Terimakasih atas penerangan sdra Bahrain, insyaallah saya akan ke HSI untuk mendapatkan rawatan telinga satu hari nanti.....wassalam

    ReplyDelete
  66. Slm.. nk tau saudara bahrain d ukm k? Anak sy d kolej permata pintar, ukm. Tk.

    ReplyDelete
  67. Ank sy jg ada masalah hampir sama dgn saudara. Kini, dia mdpt rawatn d hospital pantai batu pahat. Risau sy, pnah dia sakit teruk & x dgr langsung d hostel. Katanya mcm nk pecah telinganya. Dr kata nk kena bedah msuk tiub sbb byk cecair. Tpi dia x nk buat lgi sbb ank sy bru 13 thn. Dia msih nk tgu pkembgn. Tiap2 bln kena cek.
    Apa nasihat saudara?

    ReplyDelete
  68. Turut simpati dengan akak, nasihat saya ialah dengar kata Dr Pakar Telinga. Mungkin Dr kena tahu perkembangan setiap bulan sebelum betol2x boleh melakukan pembdahan dengan segera.

    Masuk tiub kat telinga tak memerlukan pembedahan yang besar, hanya bedah kecil sahaja dan tak kena tahan wad. Hari tu bedah hari tu boleh balik. Pendengaran pun semakin jelas. Tiub itu hanya sementara untuk kasi keluar semua cecair dan jika berada dalam keadaan yang memuaskan DR akan cabut balik tiub tersebut.

    ReplyDelete