√ Penantian Kini Berakhir MH370 - Adarain

Penantian Kini Berakhir MH370

Siapa sangka hajat mangsa MH370 untuk Ke Beijing, China tidak kesampaian dan berlaku musibah yang tidak diingini berlaku. Setelah 17 hari berhempas pulas mencari mangsa MH370 akhirnya pencarian kini telah terjawab.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak telah mengumumkan berita tentang MH370 pada sidang media pada pukul 10.00 pm 24 Mac 2014. Perdana Menteri Malaysia dalam kenyataan penuh sidang media mengesahkan bahawa lokasi terakhir MH370 di Selatan lautan Hindi.

Berikut adalah kenyataan penuh sidang media Perdana Menteri:


Petang ini saya telah diberi taklimat oleh wakil daripada Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan perkiraan lanjut ke atas data berkenaan.

Menggunakan satu bentuk analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberi beberapa petunjuk yang lebih jelas mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang lokasi pendaratan. Oleh itu dengan perasaan yang amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini yang diperolehi, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan satu sidang media esok (Selasa) dengan butiran lanjut. Buat masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda tentang perkembangan baru ini secepat mungkin. Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada keterbukaan dan menghormati ahli keluarga yang terlibat, dua prinsip yang menjadi panduan dalam siasatan ini.

Malaysia Airlines sudah berhubung dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal untuk memaklumkan kepada mereka perkembangan ini. Buat mereka, beberapa minggu lepas merupakan masa yang amat memilukan;  saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan di saat-saat sukar seperti ini.


Anda juga boleh melihat maklumat yang telah dikemaskini oleh MAS untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Lokasi Terakhir MH370 di lautan Hindu


Umumnya, lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia dengan keluasan 68,556 juta km² dan kedalamannya boleh mencecah sehingga ke 3600m ke 7000m mengikut beberapa kawasan. Tambahan lagi, lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya.

Sebut sahaja lokasi terakhir MH370 di lautan Hindi maka ketahuilah bahawa tiada yang terselamat. Adalah suatu yang agak mustahil untuk penumpang dan anak-anak kapal MH370 hidup dilautan Hindi yang sunyi dan sejuk.

Ini mungkin agak menyukarkan operasi pihak penyelamat untuk menemui pesawat dan juga kotak hitam yang berada di lautan Hindi. Penantian kini telah berakhir namun ada lagi yang belum terungkai. 

Sama-samalah kita mendoakan agar dipermudahkan mereka untuk mencari pesawat dan seterusnya kotak hitam bagi merungkai masalah yang masih membelenggu di fikiran kita ekoran kemalangan MH370.

Takziah Buat Keluarga Mangsa MH370


Sedih dengan apa yang berlaku tetapi inilah suratan takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T. Mereka yang hidup pasti akan merasai mati.

Salam Takziah. Semoga ahli keluarga dan saudara-mara MH370 menerima dengan tabah dan redha dengan kejadian yang berlaku. Ujian Musibah Tanda Hamba Dikasihi Allah.

Get notifications from this blog

20 comments

  1. ucapan takziah kepada keluarga mangsa

    ReplyDelete
  2. Sungguh terkejut dan sedih apabila dapat tahu berita ni. Takziah buat keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  3. memang berat juga ujian yang para waris terima dan seluruh rakyat Malaysia bersimpati dengan kejadian ini..

    ReplyDelete
  4. Nahas pesawat MH370 ni masih lagi meninggalkan persoalan yang perlu dirungkaikan. Semoga ahli keluarga penumpang dan crew pesawat MH370 tabah menghadapi dugaan.

    ReplyDelete
  5. Takziah buat semua keluarga mangsa MH370. semoga kotak hitam dijumpai secepat mungkin.

    ReplyDelete
  6. sebak smlm lepas dgr pc tu... tp masih bhrp agar ada yg survive

    ReplyDelete
  7. TAPI SERPIHAN MH370 MASIH BELUM JUMPA.. ANALISIS AKAN MENJADI KENYATAAN SEHINGGALAH TERJUMPA BUKTI YANG KUKUH.

    ReplyDelete
  8. Takziah untuk semua pihak yang terlibat. Semoga proses pencarian bukti dipermudahkan..Aminnn

    ReplyDelete
  9. Al-fatihah..sedih sangat..sayu sangat rasa hari ini..walaupun tiada pertalian dengan mangsa, tetapi sebagai rakyat malaysia sedih sangat..apatah lagi keluarga mangsa..


    Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

    ReplyDelete
  10. Saya terus berfikiran positif dan berharap penncarian MH370 masih belum lagi berakhir.... Semoga ada berita positif dapat disampaikan kepada keluarga para penumpang pesawat tersebut...

    ReplyDelete
  11. Semoga Allah menggantikan dengan perkara yang lebih baik ke atas dugaan ini. Al Fatihah

    ReplyDelete
  12. Assalam
    Semoga di permudahkan. Sama sama berdoa untuk pencerahannya.

    ReplyDelete
  13. nak kata meninggal dunia, tapi tiada sebarang jasad..

    kalau ada ahli keluarga aku terlibat dalam tragedi ini, aku pun tak tahu nak cakap camna, tak tahu camna perasaannya

    ReplyDelete
  14. Bagi saya selagi belum jumpa pesawat dan apa-apa berkaitan MH370 itu belum berakhir.

    ReplyDelete
  15. Semoga apa yg dipersoalkan ramai benar2 dpt dirungkai.. Al Fatihah... aamiin..

    ReplyDelete
  16. Semoga kita semua tabah menempuh ujian yang besar buat negara kita ini..
    Takziah diucapkan kpd keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  17. sebenarnya masih banyak benda bermain di benak pikiran saya..
    erm tapi biarkanlah.. yg pasti masih ada harapan slagi bangkai kapal x dijumpai..

    ReplyDelete
  18. Memang banyak persoalan yang berlaku sejak kehilangan MH370. Kebanyakkan satelit dari negara yang berlainan semua tertumpu pada lautan. Tidak pula ke arah daratan dan seumpamanya. Banyak spekulasi yang berlaku lagi-lagi dari media Russia yang menganggap MH370 telah dirampas oleh US.

    Kadang-kadang kita tak boleh terlalu mengharap terlalu tinggi terhadap penumpang atau mangsa MH370 takut-takut 'sakit dihati' pada penghujungnya yang kurang enak didengar. Apa pun, kita doakan yang agar dipermudahkan segala urusan mencari MH370.

    ReplyDelete
  19. takziah buat ahli keluarga penumpang.. al-fatihah. Mengharapkan keajaiban dari Allah saja sekarang ;)

    ReplyDelete