√ Pengalaman Medical Check Up Di Hospital Muar - Adarain

Pengalaman Medical Check Up Di Hospital Muar

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Pertamanya, tahniah kepada mereka yang berjaya melanjutkan tawaran ke Universiti. Bukan senang nak dapat tawaran ke IPTA/S, hanya orang yang terpilih sahaja yang berjaya meneruskan pengajian. Kepada yang tidak berjaya mendapat tawaran meneruskan ke IPTA/S bukan bermakna tidak pandai, ALLAH S.W.T tahu mana yang terbaik untuk mereka. Keep it on your mind.


Persediaan ke universiti perlulah diteliti dengan membaca syarat-syarat tawaran yang diterima. Salah satunya ialah melakukan medical check up bagi memudahkan pihak universiti mengetahui tahap kesihatan.



Medical Check Up Di Hospital Muar


Pengalaman masa dulu, buat medical check up di Klinik Pesakit Luar, Hospital Muar. Prosedure mungkin sedikit berbeza dengan klinik kerajaan atau swasta yang lain dan yang penting pemeriksaan tetap sama.




[caption id="attachment_2177" align="aligncenter" width="700"]Pengalaman Medical Check Up Di Hospital Muar sumber gambar dari google.com[/caption]

  • Pertama sekali buat temu janji, akan diberikan borang untuk di isi ketika datang nanti dan selitkan sekali dokumen tawaran ke IPTA/IPTS .

  • Pastikan datang awal dari tarikh dan masa yang ditetapkan. Kalau temu janji pukul 9, datanglah seawal pukul 8 balik pun cepat .

  • Pergi ke kaunter dan berikan informasi tentang diri dan ambil no giliran.

  • Tunggu giliran dan masuk apabila sudah sampai giliran. Jururawat akan panggil nama kita untuk memeriksa berat dan ketinggian.

  • Pastikan periksa no-no kaunter/bilik yang hendak dituju. Lain kaunter/bilik, lain fungsinya.

  • Ujian penglihatan (periksa sama ada mata ok ke tak, sama ada rabun ke tak)

  • Ujian Tekanan darah (Periksa sama ada darah tinggi atau pun tidak)

  • Pemeriksaan Urine ( akan diberikan satu botol kecil untuk dimasukkan air kencing ke dalam botol tersebut)

  • Pemeriksaan X-ray dan tunggu keputusan X-ray.

  • Kemudian barulah berjumpa dengan Dr. untuk memberikan rumusan secara keseluruhan tentang kesihatan.

  • Siap! Boleh pulang ke rumah dengan aman atau makan diluar.


Medical Check up mengambil masa agak lama sekiranya ramai orang dan kadang-kadang terpaksa tunggu sehingga berjam-jam. Maka, kuatkan mental dan fizikal untuk menunggu. Seperti diberitahu tadi, datang awal maka balik pun cepat. :)


Join Group Telegram Anak2x Muar


Pengalaman dulu memang menguji kesabaran dan sempat beritahu adik yang akan masuk ke IPTA tidak lama lagi untuk datang awal ke klinik Muar.


Get notifications from this blog

18 comments

  1. dulu medical checkup dekat muar jugak.. masa tuh tak ramai..cepat jugakla siap...

    ReplyDelete
  2. Good luck untuk semua. part menunggu tu memang dugaan kan..

    ReplyDelete
  3. menunggu sampai mengantuk. haha

    ReplyDelete
  4. sambil tunggu boleh usha aweks... hihi

    ReplyDelete
  5. Nak msuk mna2 tmpt study kna mdcal checkup kn.

    ReplyDelete
  6. gua bab nak wat temu janji ni yang malas benar. haha..

    ReplyDelete
  7. setuju bro..hendaknya datanglah awal..pngalaman sendiri masa ceq masuk u..dari pagi hingga petang,,,kalau bleh dtg awal2 pagi sbab memng akan ramai org :)

    ReplyDelete
  8. aku punye dua kali buat medical check up.
    nurse perempuan plk tu yg check..
    segan jugak..haha

    ReplyDelete
  9. Masa I masuk IPTA medical check up kena buat kat hospital university. They will give us slot dan kena adjust based on class time. Lama juga menunggu sampai tak sempat masuk kelas.

    ReplyDelete
  10. normallah tu, perempuan lebih banyak dari lelaki

    ReplyDelete
  11. ok2x..saya tak suke jumpe doktor sebenarnyeeee

    ReplyDelete
  12. Kena charge henfon penuh + langgan pakej data Internet lah bila nk menunggu medical check up...
    Terima kasih untuk tips

    ReplyDelete
  13. Rasanya hospital lain pun gitu kot, kena tunggu lama dan banyak procedurnya. Selagi namanya hospital kerajaan, sbb ramai org.

    ReplyDelete
  14. Saya buat kat klinik je sebelum masuk u dulu

    ReplyDelete
  15. menurut saya beda rumah sakit swasta dan negara,swasta pelayanannya lebih baik

    ReplyDelete
  16. Berapa ringgit kena bayar ye?

    ReplyDelete
  17. Seringgit je untuk kos pendaftaran sahaja.

    ReplyDelete