√ Ketuk-Ketuk Ramadhan 2014 - Adarain

Ketuk-Ketuk Ramadhan 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ketibaan bulan Ramadhan pasti disajikan dengan rancangan masakan di kaca tv tidak kiralah sama ada tv Kerajaan mahupun Swasta.

Namun, rancangan masakan yang masih menjadi pilihan serta mengekalkan popularitinya setiap tahun setiap kali apabila Ramadhan tiba iaitu Ketuk-Ketuk Ramadhan 2014. Rancangan KKR telah menerima jolokan rancangan masakan No 1 di Malaysia sehingga kini.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Rancangan KKR mula diterbitkan pada tahun 2005 dengan tajuk 'citarasa selebriti' dan dua tahun kemudiannya menukar nama kepada 'Ketuk-ketuk Ramadhan' sehingga kini. Sudah 10 tahun Ketuk-ketuk Ramadhan bersiaran di TV1.

Rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan telah pun bermula pada 28 Jun 2014 setiap hari pada pukul 12.30 PM. Pada tahun ini tema warna logo KKR14 ialah oren dan berlangsung di dalam Tesco dengan tajaan Saji. :)

Apa yang Bestnya Ketuk-Ketuk Ramadhan?


Rancangan masakan ketuk-ketuk Ramadhan sudah pasti membuatkan penonton berasa teruja untuk melihat aksi lincah pengacara Ketuk-ketuk ramadhan iaitu Sheila Rusly bersama selebriti-selebriti jemputan yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pelawak, Pengarah dan selebriti yang dikenali ramai.

Pada tahun ini, Ketuk-Ketuk Ramadhan 2014 telah menjemput beberapa selebtiri terkenal seperti Sharifah Sakinah, Mark Adam, Zoey Rahman, Rebecca Islam, Alif Aziz, Mawi, Nad Zainal dan banyak lagi.

Ketuk-Ketuk Ramadhan (KKR) Best Sebab:


  • Program Santai BersahajaProgram yang dikendalikan Js Production berkonsepkan santai dan tidak terlalu formal. Di tambah pula, pengacara KKR yang sporting dan bijak mengendalikan rancangan tanpa perlu mengikut skrip 100%.

  • Kerana Terpaksa aku Relakan
    Dalam kebanyakan setiap awal episod KKR, pasti berlaku babak di mana Sheila Rusly mengajak dan memaksa selebriti jemputan untuk memasak. Dari situ, kita dapat lihat pelbagai telatah dan alasan yang dilakukan oleh selebriti untuk menolak tawaran memasak dalam Ketuk-ketuk Ramadhan.

  • Mengetahui Perkembangan Terkini SelebtritiSelebriti jemputan sebenarnya memeriahkan lagi suasana KKR dengan berkongsi resepi di samping mengetahui perkembangan terkini. Sebab itu, rancangan masakan ini  digemari oleh orang ramai kerana selebriti jemputan.

  • Gaya tak Kena TempatDapat lihat artis bergaya yang tidak kena pada tempat. Bayangkan selebriti pergi pasar dengan kasut tumit tinggi itu belum campur lagi dengan pakaian. Memang teruklah kena sindir dengan Sheila Rusly. :)

  • Pandai Masak ke Tak?Yang ini best, pernah tengok orang tumis tak pakai minyak? Tapi artis ni memang power tumis tak payah pakai minyak. Itu baru satu, belum lagi artis yang tak kenal lagi jenis sayur-sayuran.

  • Terlupa PuasaPaling best bila mana Sheila rusly kenakan selebriti jemputan untuk merasa makanan yang telah di masak. Bila sheila tegur tak puasa ke? memang terkejut selebriti dibuatnya apabila dia lupa yang dia sebenarnya dalam rancangan masakan untuk bulan Ramadhan nanti. Itu yang kelakar.

Kalau ada kelapangan masa bolehlah tonton rancangan masakan Ketuk-ketuk Ramadhan 2014 dan resepi yang dikongsikan tersangat simple dan mudah untuk dilakukan sendiri di rumah.

Get notifications from this blog

60 comments

  1. Memang famous rancangan ni. Berbeza dengan rancangan lain yang diterbitkan di RTM. Kualiti yang setara dengan rancangan yang diterbitkan di stesen televisyen swasta lain.

    ReplyDelete
  2. kalau sempat nak kena tengok nanti ni, dulu waktu siaranya lain rasanya...

    ReplyDelete
  3. KETUK JANGAN SAMPAI TAK KETUK...

    SALAM RAMADHAN..

    ReplyDelete
  4. selamat tengah hari, sudah lama tidak berkunjung ke mari, bagaimana khabarnya sihat kan? selamat menunaikan ibadah puasa

    ReplyDelete
  5. Tengahari? Bikin goyang iman tengok cerita masak-masak :) hehe..

    ReplyDelete
  6. Suka jugak tengok rancanga ni..kelakar..he..he

    ReplyDelete
  7. saya tak pernah lagi berkesempatan tengok rancangan ni
    masa mula-mula ditayangkan dulu aje tengok
    salam ramadhan ye

    p/s-anyway saya membalas kunjungan =)

    ReplyDelete
  8. Popular dengan rancangannya yang bersahaja diserikan lagi dengan telatah artis. :)

    ReplyDelete
  9. Yap, dulu waktu siarannya lain pada pukul 2.30PM dan sudah bertukar untuk beberapa tahun yang lepas kepada 12.30PM. ;)

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan juga untuk bro Fairus. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. ;)

    ReplyDelete
  11. Memang terliur kalau tengok lagi-lagi resepi yang dibuat adalah makanan feveret pula. :)

    ReplyDelete
  12. memang kelakar tengok rancangan ni. :)

    ReplyDelete
  13. Boleh pergi tengok kalau ada masa. hehe.

    ReplyDelete
  14. sepanjang ramadhan nie sebenarnya aku makin jarang dapat melungkan masa depan TV..kalau dapat tengok pun normally, 15 minit sebelum waktu berbuka...hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. blom pernah tgk
    tp mcm menarik

    ReplyDelete
  16. Orang yang bekerja memang susah dapat tengok tv apatah lagi ketuk-ketuk Ramadhan 2014. :)

    ReplyDelete
  17. Salam Ramadhan..

    masa mula2 keudara dulu rajin jugak tengok tapi la ni belum ada kesempatan lagi. Tengoklah..kalau ada masa nanti nak tengok jugak

    ReplyDelete
  18. Bulan puasa ni tak tengok rancangan masakan...nanti asyik meleleh jer air liur, hehe...
    Setahu saya memang rancangan ini menghiburkan.

    ReplyDelete
  19. tau rancangan ketuk-ketuk ramadhan nie sempoi dan kelakar... tp selalu tak dapat tengok... bukan main laser mulut sheila rusly kenakan artis2 tuu... ekekeke.... kena lah set reminder dlm astro nak tgk bila hujung minggu... :D

    ReplyDelete
  20. setuju dnegan kenyataan admin heee..masa baca siap saya senyum lagi

    ReplyDelete
  21. Belum sempat tengok lagi..tapi teringat pula tahun lepas puasa pertama kena ketuk..hehehe

    ReplyDelete
  22. Dah biasa tengok rancangan masakan ni, ada part memang meleleh habis. ;)

    ReplyDelete
  23. SA dah lama terlepas rancangan KKR ni...memang x dapat nak tengok...kerja kan...nak plak sekarang memang x dan nak tgok tv...x sampai 15 minit tv tgok SA

    ReplyDelete
  24. Mulut sheila memang laser dan pandai menyindir artis. Dalam laser pun ada lawaknya. :)

    ReplyDelete
  25. kena ketuk ngan siapa tu? :)

    ReplyDelete
  26. Orang bekerja memang susah nak tengok tapi boleh tengok secara online KKR ni :)

    ReplyDelete
  27. macam menarik je rancangan ni. tapi sejak masuk kampus ni, hurm takde tv la pulak nak layan. :(

    ReplyDelete
  28. Memang layan jugak KKR ramadhan ni...host nyer pulak giler2...ahahahahaha... tahun ni takde masa nak tgk KKR ni...tahun2 sudah ada jer layan... :D

    ReplyDelete
  29. seronok juga tengok artis memasak. macam2 gelagat ada.. :D

    ReplyDelete
  30. aku pom suka tgk rancangan ni..syok tgk gelagat artis...lagi2 bila di usik oleh sheila rusli

    ReplyDelete
  31. masa slot sebelum ini ada tengok juga sungguh tercuit hati.pengacara shila lincah sahaja mulutnya

    ReplyDelete
  32. Kerna terpaksa aku relakan(KKR) tu macam tajuk drama yang faymes sekarang ni je..

    Kini Anda Boleh Membeli Sendiri Produk Shaklee Secara Online

    ReplyDelete
  33. dah lama betul x tgk rancangan tuh, tgk youtube jer la, ada x

    ReplyDelete
  34. Salam !! Nk tnya knp kt guide astro xkluar tajuk rncagn ni ??? Nk record sbb 12:30 msih kt skolah!!

    ReplyDelete
  35. Program yang menarik...
    Kena tengok ni...

    ReplyDelete
  36. menarik r rancangan ni..dapat mencuit hati..sesuai untuk semua pringkat umur,,

    ReplyDelete
  37. Boleh layan video secara online. :)

    ReplyDelete
  38. Utamakan dulu yang penting, KKR tengok video online pun boleh :)

    ReplyDelete
  39. DI usik sheila rusly sampai nervous nak masak. haha ;)

    ReplyDelete
  40. Mulut dia memang laju je cakap. Kalau artis lain memang tersasul dibuatnya.

    ReplyDelete
  41. hahaha, aah drama slot akasia yang tengah popular sekarang ni.

    ReplyDelete
  42. Comform ada tetapi mungkin sebahagian sahaja.

    ReplyDelete
  43. Waalaikumussalam, itu saya tak pasti kenapa, mungkin Zee boleh tanya servis perkhidmatan astro sendiri untuk penjelasan lebih lanjut. :)

    ReplyDelete
  44. Acaranya memang santai banget. :)

    ReplyDelete
  45. tengok jangan tak tengok. ;)

    ReplyDelete
  46. Ya, betul tu. Sesuai untuk semua golongan.

    ReplyDelete
  47. Saya suka tengok citer ni..celoteh pengacara dan artis jemputan tu, memang syok habis..kelmarin mark adam..best sangat..huhu

    ReplyDelete
  48. Bab Mark Adam tu yang kelakor habis. Memang teruk kena kacau dengan Sheila Rusly dengan percakapan mark Adam yang macam pakistan. :) baru tahu rupanya Mark Adam ni orang Filipina dan baru berada di Malaysia 13 tahun.

    ReplyDelete
  49. pernah juga tertengok KKR ni...layan juga...tahun ni je belum berkesempatan nak tengok lagi...hee

    ReplyDelete
  50. Boleh tengok secara online. :)

    ReplyDelete
  51. Macam tak berapa setuju pulak dengan jolokan rancangan masakan no 1 di malaysia tu. Rasanya Sheila Rusly terlebih perasan dengan memberikan tagline sendiri kot. Haha. Minat lagi rancangan masakan Chef Ammar, Masak dari hati, Masak dengan iman.

    ReplyDelete
  52. haha, ni first time ada orang yang tak setuju dengan jolokan tersebut. owh, masakan Chef Ammar masak dari hati masak dengan iman program Tv al-Hijrah kan? Tak pernah kesempatan tengok. :)

    ReplyDelete
  53. bila agaknya nak panggil saya jadi tetamu ketuk-ketuk kepala eh ramadhan ;)

    ReplyDelete
  54. Boleh terus hubungi Js Production. hehehehe. :)

    ReplyDelete
  55. Hello There. I discovered your weblog the usage of msn. This
    is a really well written article. I'll make sure to bookmark it and come back to read extra of your useful info.
    Thank you for the post. I will certainly return.

    ReplyDelete
  56. Memang best KKR ni. Masa tempoh pantang tahun lepas memang tak pernah miss sebab berpantang di bulan ramadhan ;)

    ReplyDelete
  57. rncngn ni mmg best coz telatah pengacaranya,biasanya rakaman dibuat brp bulan sblm ramadan?Yelah x kan nk buat masa bulan puasa lagi satu artis tu biasanya dah berbincang jln cerita

    ReplyDelete