√ Buffet Ramadhan Casa Ombak‎ - Adarain

Buffet Ramadhan Casa Ombak‎

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Pejam celik sudah seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan. Sungguh sekejap masa berlalu pergi sehingga sudah masuk minggu kedua di bulan Ramadhan.


Saya yakin sejak seminggu kita berpuasa pasti ramai yang memasak dengan menu yang sungguh istimewa dan tidak kurang juga ada yang mencari tempat destinasi makanan yang murah lagi sedap bersama keluarga atau rakan-rakan yang lain.


Sekali sekala dalam bulan Ramadhan berbuka puasa di luar, apalah salahnya kan?


Tidak kiralah apa pilihan yang anda buat sama ada dalam rumah atau luar rumah, yang penting jangan membazir ketika berbuka puasa di bulan Ramadhan. Membazir dengan makanan yang ada adalah suatu perkara yang merugikan diri sendiri.



Nimati Buffet Ramadhan Casa Ombak


Bagi anda yang ingin menikmati makanan di luar bersama keluarga ataupun rakan-rakan, apa kata anda cuba di lokasi Casa Ombak yang dikelolai oleh Ombak Creative.

Sedikit pengetahuan tentang latar belakang Ombak Creative yang merupakan sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd. Syarikat ini telah berpengalaman dan pakar dalam menjalankan pengurusan event lebih dari 10 tahun. Team Ombak Creative bukan sahaja berpengalaman dalam pengurusan Buffet Ramadhan malah berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis koperat dan persendirian.


Buffet Ramadhan Casa Ombak

Casa Ombak merupakan salah satu tempat yang terbaik untuk anda berbuka puasa bagi menikmati suasana sebenar kampung di tengah bandar raya Kuala Lumpur
Lokasi Casa Ombak terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Merupakan lokasi event yang berkonsepkan ala garden.

[caption id="attachment_2458" align="aligncenter" width="540"]Buffet Ramadhan Casa Ombak Peta lokasi Casa Ombak[/caption]

Terdapat pelbagai juadah yang akan disediakan oleh team Ombak Creative seperti Nasi Kerabu, Mee, Mee hoon dan banyak lagi termasuk pencuci mulut. Makanan yang disediakan pula berkonsepkan ala kampung dari pantai timur, utara dan selatan dengan citarasa yang sungguh berbeza.


Warna tema yang dipilih oleh Ombak Creative ialah putih dan hijau. Warna yang cukup aman dan sedap dipandang. Warna hijau ini sebenarnya mampu memberi suasana yang tenang dan santai. Menurut pandangan psikologi, warna hijau ini dipercayai dapat memberikan keseimbangan dalam emosi serta memberi kesegaran pada minda dan mata.


Tempat solat juga turut disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk menunaikan kewajipan Islam tanpa perlu keluar di luar kawasan Casa Ombak.


Buffet Ramadhan Casa Ombak



Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak


Harga seperti yang telah tertera pada gambar pertama iaitu:

Dewasa : RM 55 nett
Kanak-kanak : RM 27 nett

Team Ombak Creative sedia mengambil tempahan untuk individu, kumpulan, keluarga mahupun satu organisasi @ syarikat. Perlu diingatkan hubungi terlebih dahulu Team Ombak Creative untuk membuat sebarang tempahan bagi memudahkan urusan yang akan dilakukan nanti.



Hubungi Buffet Ramadhan Casa Ombak


Bagi anda yang ingin menikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak bolehlah menghubungi seperti yang telah tertera di bawah:

Call/Whatsapp : Akma Omar - 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page

Segala pertanyaan akan segera dijawab oleh team Casa Ombak.

Tips Makan Secara buffet


Sebelum saya mengakhiri entri ini, saya ingin berkongsi sedikit kepada anda untuk tips makan secara buffet agar tidak terlalu cepat kenyang.


Penyediaan makanan secara buffet comform membuatkan mata anda 'bersinar' disebabkan perut anda yang kosong serta pelbagai makanan menarik yang telah dihidangkan.


Dan sudah tentu anda ingin merasa ke semua makanan yang telah dihidangkan di mana mungkin anda tidak pernah merasa makanan itu sebelum ini.




[caption id="attachment_2564" align="aligncenter" width="700"]Buffet Ramadhan Casa Ombak‎ Tips makan secara buffet Ramadhan di Casa Ombak[/caption]

Berikut adalah 3 tips makan secara buffet agar tidak terlalu cepat kenyang di samping itu dapat menikmati makanan yang lain:




  • Minum air sedikit
    Pastikan anda minum air sedikit sahaja lebih kurang 3 teguk sahaja sebagai permulaan. Tidak digalakkan untuk minum air yang banyak kerana ia cepat mengenyangkan.

  • Pilih dan ambil sedikit.
    Pilih sahaja makanan yang anda mahu tidak kiralah berapa banyak yang anda mahu ambil tapi pastikan sedikit sahaja. Contoh, kalau nasi goreng ambil setengah dari segenggam tangan agar dapat merasa nasi goreng yang lain. Kalau kuih pastikan setiap kuih 1 jenis sahaja agar dapat merasa kesemua kuih yang anda mahukan. Sebagai permulaan sila makan buah terlebih dahulu seperti kurma, tembikai dan sebagainya kerana ianya salah satu awet muda serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

  • Jangan terlalu gojoh
    Elakkan makan terlalu gojoh dan makan secara perlahan-lahan agar dapat menikmati makanan yang lain. Makan dengan perlahan juga dapat memudahkan proses pencernaan berlaku begitu juga dengan minuman. 


Semoga tips ini dapat dimanfaatkan bersama-sama dan jangan lupa untuk singgah Buffet Ramadhan Casa Ombak.



Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Get notifications from this blog

41 comments

  1. Macam konsep kenduri kahwin ya restorannya. Unik, mesti suasananya menarik waktu malam.

    ReplyDelete
  2. Sslam Ramadhan bro.... artikel amat menarik sekali. SEO memah kena power utk serai contest ini. Semoga berjaya bro....

    ReplyDelete
  3. JARANG PERGI MAKAN BUFEET DI RESTORAN / HOTEL MELAINKAN ADA PROGRAM / ACARA / JEMPUTAN.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Lambat penyertaan rupanya menghasilkan entri yg sgt menarik dan berinformasi. Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  5. persaingan amat sengit dan peluang bro untuk berjaya terbuka luas..tahniah!

    ReplyDelete
  6. lebih kurang kan.. Yang penting suasana memang menarik. :)

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan Bro, kalau bab SEO ni memang kelaut jawabnya. hehehe. Terima kasih bro.

    ReplyDelete
  8. Kalau join event ketika berbuka puasa mesti meriah sakan. ;)

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam,
    Semalam baru ada kelapangan masa untuk menghasilkan entri ini. Terima kasih BM. :)

    ReplyDelete
  10. Ramai yang join dan sudah semestinya persaingan adalah sengit dan mantap.

    ReplyDelete
  11. Hehe..dah join yer..ada masa nak kena singgah sekali..tapi sayang la..jauh sangat..hehe..dan selamat maju jaya bro..hehe

    ReplyDelete
  12. tahun ni belum pegi lagi mana-mana buffet ramadhan. insyaAllah akan diconsider.

    ReplyDelete
  13. Good luck ya.

    http://myblogsantai.blogspot.com/2014/07/buffet-ramadhan-casa-ombak.html

    ReplyDelete
  14. Kalau ada kelapangan boleh pergi ke casa Ombak. ;)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih ya Saudari Raudzah. :)

    ReplyDelete
  16. ini dia nih,... kalau soal makan dan memakan,... saya rasa pasti akan asyik...hehehe

    ReplyDelete
  17. review yg menarik
    semoga berjaya bro

    ReplyDelete
  18. untung lah berbuka tempat best :)

    ReplyDelete
  19. ramaia yang buat entry ni..tapi tempatnya memang cantik dan menu pelbagai..

    ReplyDelete
  20. tempat nie tak jauh sangat dari rumah nie...boleh laa cuba nanti...hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  21. Pasti akan asyik dengan makanan yang sedap. ;)

    ReplyDelete
  22. Kalau ada masa kelapangan bolehlah singgah sana. ;)

    ReplyDelete
  23. good luck ye, nampak menarik pakej dan menunya, belum pernah lagi makan di sini, bolehla terjah nanti

    ReplyDelete
  24. Mmg menarik... semoga bertuah & berjaya.. all the best.. :)

    ReplyDelete
  25. Terima kasih saudari ajumohit. Jemput terjah. :)

    ReplyDelete
  26. Terima kasih Bahrain sudi join....good luck & semoga berjaya ya

    ReplyDelete
  27. wahhh!! siap ada tips lagi... terbaikk lah :D

    amal singgah sini.. moga tuan blog panjang umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiin

    ReplyDelete
  28. Abg dah lama x mkn Ramadhan buffet sbb kem pendidikan malaysia x de bajet nak buat kursus d hotel...huhuhuhu

    ReplyDelete
  29. haha, tips yang simple sahaja sebagai panduan. :)

    ReplyDelete
  30. Boleh buat kutipan @ sponsor lain untuk buat kursus di hotel :)

    ReplyDelete
  31. Aku join jugak tetapi sudah terbenam ke dasar laut.hehehe

    ReplyDelete
  32. Sama, hilang entah ke mana. :)

    ReplyDelete
  33. ko bila nk belnja aku plak

    ReplyDelete
  34. hahaha, datang sini la baru aku belanja.

    ReplyDelete
  35. aku dah pernah makan kat sini and 100% agree dengan review ko bro..Good Luck.. :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  36. Tak sempat nak join contest ni tengok tarikh dah tamat.

    ReplyDelete
  37. Ada contest lain boleh join sekali.

    ReplyDelete