√ Kafe Pot's Kitchen Johor Bahru - Adarain

Kafe Pot's Kitchen Johor Bahru

Kafe Pot's Kitchen di Johor Bahru


Pernah dengar nama Kafe Pot's Kitchen? Saya pun tak pernah dengar nama Kafe ini dan kebetulan rakan saya membawa ke kafe tersebut untuk merasai kelainan pada kafe tersebut.

Tempat tersebut tidaklah susah mana untuk dicari kerana berhampiran dengan bandar Johor Bahru dan juga Pasar Karat. Pemilik kedai ini kalau tidak silap adalah orang melayu sendiri dan makanan serta minumannya dijamin halal.

Terkesima sekejap dengan suasana dan dekorasi Pot's Kitchen yang vintage serta beberapa barangan antik yang ada dalam kafe tersebut. Kafe tersebut mempunyai dua (2) tingkat dan ber-aircond.

Unik Tentang Pot's Kitchen


Kelebihan tentang kafe Pot's kitchen adalah dekorasinya yang penuh nostalgia walaupun tempatnya kecil dan mengimbau kenangan lama di samping dapat menenangkan fikiran. Salah satunya yang menarik perhatian ialah meja makan dari beg briefcase pada zaman dahulu.


Terdapat hiasan menarik pada dinding kafe tersebut namun tidak sempat diambil gambar dan juga disediakan satu sudut khas bersofa yang simple serta sesuai untuk minum petang bersama rakan.

Menu Kafe Pot's Kitchen


Menu yang dihidangkan ala barat seperti spaghetti, ais krim, kek, kopi dan banyak lagi. Terpulang kepada korang untuk makan sama ada 'berat' mahupun yang 'ringan' sahaja. Harga yang disediakan adalah standard dengan mana-mana kafe yang ada di Malaysia.

Antara menu yang telah saya order, kalau tidak silap cheese Cake, Bowl Of Ass Cream, Hot caramel Macchi dan pisshang. Harga secara keseluruhan dalam RM50.00 dan harga tersebut tidak dikenakan Tax. 

Sebelum makan, macam biasa korang kena order makanan berdasarkan menu yang telah tersedia ada di kaunter. Dah selesai order dan pembayaran pun telah dilakukan. Korang bolehlah duduk di mana sahaja korang mahu sama ada di atas atau bawah dan tunggu sahaja makanan korang sampai. Makanan yang di order tidak memakan masa yang lama untuk menunggu.

Sambil itu, korang boleh ambil gambar-gambar yang menarik dalam kafe tersebut. Kafe seperti ini sesuailah untuk makan berdua atau bertiga sahaja kerana ruang meja makan yang sangat terhad.

Lokasi Pot's Kitchen


Lokasi Pot's Kitchen sangat senang untuk dijumpai kerana berada di kawasan pasar @ bazar karat dan mula dibuka kalau tidak silap pada waktu petang mungkin dalam pukul 5PM sehingga waktu malam.

Alamat Pot's Kitchen adalah No. 8 Jalan Pahang, 8000 Johor Bahru. Tak tahu tempat secara detail, boleh buka google Maps. ;) Dan juga korang boleh layari laman web Pot's Kitchen

Get notifications from this blog

44 comments

  1. Ala-ala starbuck jugak la ni ye. Ok la tu. Ada juga pengganti starbuck.

    ReplyDelete
  2. kat mana la mereka cari beg besar macam tu
    memang klasik

    ReplyDelete
  3. Starbuck aku pun sendiri tak pernah pergi. hehe, ye la kot lebih kurang sama ada jenama sendiri. :)

    ReplyDelete
  4. Minat dengan idea meja dr bag tu..bolehla try untuk anda yg belum beli meja makan..

    ReplyDelete
  5. mmg nampak klasik cafe ni, bestnya dapat menghirup hot caramen tu kan

    ReplyDelete
  6. pergh. cool giler.. den suka konsep interior design mcm ni. memang tenang rasa klu makan atau chill kat sini. harga dia koyak poket gak.huhu

    sejak dah tak ke starbucks ni, dah kurang craving den untuk coffee

    ReplyDelete
  7. ya..tempat romantik untuk pasangan suami isteri luangkan masa bersama selepas merajuk kot!

    ReplyDelete
  8. Menarik dia punya interior design. Lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  9. cantik internal design dia. barangkali boleh jadi alternatif kepada starbak.

    ReplyDelete
  10. Retro sungguh! Kalau pergi sini kena siap berpakaian retro juga... baru ngam ho! Cuma harga makanannya tak sama macam harga zaman retro...huhu!

    ReplyDelete
  11. Idea yang kreatif kan. heheh

    ReplyDelete
  12. Memang best dan hilang stress. hehehe

    ReplyDelete
  13. Memang best tempat ni harga memang koyakla. hahaha

    ReplyDelete
  14. Memang sangat sesuai untuk suami isteri bersama. hehe

    ReplyDelete
  15. Pot's Kitchen ni memang boleh tahan bestnya.
    Dan banyak lagi tempat-tempat makan menarik kat area Pot's Kitchen.
    JohoBaru semakin meriah, ahaks :)

    ReplyDelete
  16. wah sungguh klasik gitu rasa nak deco umh sendri macam tu boleh tak?

    ReplyDelete
  17. Memang nampak unik dan menarik..

    Santai pun ada :D

    ReplyDelete
  18. fuhh..

    yang ni memang old skool habis nih.

    ReplyDelete
  19. harap ramai yang tahu tentang petkara ini..

    ReplyDelete
  20. Memang boleh tapi nak cari barang antik tu bukan senang. hehehe.

    ReplyDelete
  21. Sekarang ini banyak konsep restauran yang ala retro. Sebab itu perabot lama janganlah dibuang ada harga.

    ReplyDelete
  22. Agak menarik konsep restorannya..

    ReplyDelete
  23. pernah nampak jugak cafe ni, selalu lalu tapi tak pernah singgah.. hihihu

    ReplyDelete
  24. Baru ek? Pernah jugak singgah mkn area situ...tak perasan plak.

    ReplyDelete
  25. Saya sebagai contoh antara penggemar restaurant atau kafe yang vintage. Perabot lama rugi tu kalau dibuang walhal barang lama plus antik ni boleh dijadikan saham kecil juga. :)

    ReplyDelete
  26. Konsepnya memang retro & kreatif.

    ReplyDelete
  27. Sekali sekala boleh singgah nanti. ;)

    ReplyDelete
  28. Menurut kawan saya boleh dikatakan baru juga dibuka mungkin tak sampai setahun.

    ReplyDelete
  29. wow! menarik, nampak sedap. kalau ada kat kota bharu for sure saya pegi!

    ReplyDelete
  30. alangkah baiknya pots kitchen buka di KL.harap mereka akan bukak di KL pula...:-)

    ReplyDelete
  31. Seronoknya kalau ada kat Jerteh ni...nak rasa gak..haha

    ReplyDelete
  32. Kalau ada comfirm meriah. hehe

    ReplyDelete
  33. adoi kenape dekat jahor, kat ipoh ade tak kafe pots ni??hehe

    ReplyDelete
  34. jahor?? euuwwww... sory typo... johor naa.....

    ReplyDelete
  35. Pots ni ada kat jb sahaja kot..

    ReplyDelete
  36. wahhh, cantiknya design kedai dia. Mesti seronok dapat makan dekat stu :)

    ReplyDelete
  37. Memang sangat cantik walaupun kecil je. Memang seronok dan rasa tenang :)

    ReplyDelete
  38. Seakan kembali ke zaman P Ramlee :)

    ReplyDelete
  39. Nampak cool dan klasik tempat ni..boleh relaks kalau dok melepak sini minum kopi sambil layan blog.. :-)

    ReplyDelete
  40. ini jenama tempatan ke..namun kualiti antarabangsa bro.

    ReplyDelete
  41. […] suasana cafe tersebut. Design dalaman yang cantik dan kreatif serta klasik mengingatkan aku tentang Pot’s Kicthen Cafe di Johor […]

    ReplyDelete