√ Tema Hari Kemerdekaan 57 : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Adarain

Tema Hari Kemerdekaan 57 : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

31 Ogos 2014 genap Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke - 57 dengan tema Di sini Lahirnya Sebuah Cinta. Banyak perubahan yang amat ketara dari dulu sampai sekarang, dari tak ade bangunan tinggi-tinggi sekarang banyak bangunan tinggi pencakar langit, dari tak ada teknologi sekarang banyak teknologi yang makin canggih digunakan serta menjadi keperluan seharian di malaysia.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Tak lupa juga kepada jasa pahlawan yang berjuang demi mendapatkan kemerdekaan untuk Malaysia. Kalau kita perhatikan filem Sarjan Hassan atau filem Embun dari situ kita sudah nampak betapa sengsaranya pahlawan atau tentera untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kezaliman serta kelicikan penjajahnya terhadap pahlawan kita pada masa itu.

Walaupun musuh kita kuat pada masa itu, Pahlawan kita tidak mudah putus asa berjuang untuk mendapat kemerdekaan dan akhirnya pergorbanan itulah yang membuahkan hasil sehingga kekal ke hari ini.

Dengan mengingati kembali pengorbanan pahlawan suatu ketika dulu maka di sini hari ini, abad ini, lahirnya sebuah cinta rakyat terhadap Malaysia. Sewajarnya

Adakah Benar Malaysia Sudah Mencapai kemerdekaan?


Adakah kita benar-benar merdeka?. Ya, kita merdeka dari penjajahan luar negara pada masa dulu tetapi kita belum merdeka dengan penjajahan atau serangan secara psikologi daripada barat masa kini. Dengan cara psikologi inilah, banyaknya berlaku masalah social yang semakin hari semakin membimbangkan di antaranya ialah isu zina, anak dibuang merata tempat, merempit, ragut, kes tembakan dan banyak lagi yang kita dengar.

Dengan kebebasan media dari seluruh dunia khususnya dari barat inilah yang menjadi penyumbang utama kepada berlakunya gejala sosial yang tidak diingini berlaku di Malaysia. Perkara sebegini sebenarnya amat sukar dibendung jika tidak menerapkan nilai-nilai Islam dalam negara.

Syukur Menjadi rakyat Malaysia


Akhirnya, kita semua sangat-sangat beruntung sekali hidup di Malaysia. Dapat makan dan minum, bangunan megah-megah seperti bangunan berkembar, taman-taman yang cantik, berbilang kaum serta pelbagai kemudahan untuk kebaikan rakyat Malaysia walaupun banyak gejala sosial yang melanda di negara kita seperti yang dituliskan sebelum ini.

Dan juga kita sangat beruntung berbanding di negara Syria dan Palestin yang kini dilanda konflik teruk serta tidak pernah berkesudahan. KITA SANGAT BERUNTUNG. Maka dengan itu, Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia.

Get notifications from this blog

39 comments

  1. walaupun tema kali ni agak aneh..

    TAPi..inilah kali pertama dalam sejarah..banyak murid-murid boleh HAPAL tema kemerdekaan tahun nih.

    ReplyDelete
  2. Ya.. setuju.

    Merdeka jasad tapi mindanya terjajah.

    Masih belum merdeka dalam erti kata sebenar. Generasi muda masih belum menggunakan nikmat kemerdekaan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Malaysia kekal aman sehingga kini.. Merdeka! ^__^

    ReplyDelete
  4. Salam kemerdekaan ke 57 untuk rakyat Malaysia...Bersyukur menjadi rakyat yang merdeka walau masih banyak yang perlu diperbaiki.

    ReplyDelete
  5. memang menarik tema kali ini

    ReplyDelete
  6. negara merdeka kita dah capai
    rakyat merdeka rasanya masih jauh untuk dicapai

    ReplyDelete
  7. Kalau gaza boleh capai kemerdekaan mcm malaysia kan bagus .....syukur malaysia masih aman dan sentosa

    ReplyDelete
  8. kita dh 57 tahun merdeka tp minda kita masih dijajah...ermmm perlu lakukan sesuatu supaya kita betul betul merdeka

    ReplyDelete
  9. Kita masih lagi banyak dipengaruhi dengan anasir-anasir barat.

    ReplyDelete
  10. Nikmat yang patut disyukuri.

    ReplyDelete
  11. Betul, hilang sudah sifat kemalayuan dan makin ke arah kebaratan.

    ReplyDelete
  12. semoga kita semua bersatu padu dan hidup dalam suasana aman harmoni

    ReplyDelete
  13. Ehh, tema macam tajuk novel je...

    ReplyDelete
  14. Salam kemerdekaan bro... tanamkan dalam diri kecintaan kita pada negara. Semoga Mlaysia terus aman dan sentosa.

    ReplyDelete
  15. Selamat hari merdeka ke-57 juga. :D

    ReplyDelete
  16. Salam merdeka juga fairus. :D

    ReplyDelete
  17. Salam kemerdekaan ke-57 juga buat mama.

    ReplyDelete
  18. Betul juga, macam tajuk novel pun ada.

    ReplyDelete
  19. Salam kemerdekaan juga buat aniza. AMIN~, begitula hendaknya.

    ReplyDelete
  20. Bebas negara tetapi penjajahan sekarang bukan saja luaran. tapi banyak lagi serangan berupa pemikiran dan cara hidup

    ReplyDelete
  21. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 bro.

    ReplyDelete
  22. merdeka merdeka merdeka..

    betul tu, kita merdeka, kita faham ke merdeka tu apa?

    harini merdeka pada fizikal, bukan pada rohani

    ReplyDelete
  23. Kan? sedih jugak dengan masalah sosial yang makin menjadik dkat Malaysia, buat takut nak balik je :(
    I wish Malaysia will be much safer.. tapi apa pun memang patut bersyukur, Malaysia still better dari banyaaakk negara lain. ALhamdulillah.

    ReplyDelete
  24. Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-57.

    ReplyDelete
  25. Iya..saya bangga dan berasa sangat beruntung lahir di bumi malaysia..alhamdulillah..gud luck bro..

    ReplyDelete
  26. Bersyukur sangat kerana lahir di Malaysia. Aman dan makmur. Moga kekal sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  27. semoga kita sentiasa tabah di atas dugaan Allah terhadap negara Malaysia.

    ReplyDelete
  28. Selamat hari merdeka juga. :D

    ReplyDelete
  29. Merdeka yg sebenar-benarnya bila kita dapat menjejakkan kaki ke syurga. :D

    ReplyDelete
  30. Selamat ulangtahun kemerdekaan juga ke 57

    ReplyDelete
  31. Tahun ni rasa sayu mendengar lagu temanya :(

    ReplyDelete
  32. sebenarnya kalau pernah ingat kita belajar sejarah dulu, kita merdeka secara aman daripada british. Tapi seringkali dipaparkan kepada kita tentang jahatnya komunis dan jepun. british penjajah terakhir kita. jangan hasil jajahannya masih ada dlm minda kita udah la.

    ReplyDelete
  33. mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan...selamat menyambut hari kemerdekaan

    ReplyDelete