√ Siti Nurhaliza Masih Berbisa - Adarain

Siti Nurhaliza Masih Berbisa

Tahniah diucapkan kepada Siti Nurhaliza dalam pencapaiannya di Anugerah Planet Muzik 2014 kerana berjaya merangkul serta membawa pulang 2 anugerah terbesar APM 2014 iaitu Artis Terbaik Wanita serta Lagu Terbaik menerusi lagu Lebih Indah.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Dalam usia yang semakin meningkat namun pencapaian siti tetap masih membanggakan buat rakyat Malaysia kerana mengharumkan nama negara Malaysia di pentas Industri Malaysia. Tambahan lagi, Pencapaian Siti Nurhaliza dalam dunia nyanyian sememangnya tidak dapat dinafikan oleh mana-mana artis lain dengan vokal yang masih berbisa.

Jarang sekali kita dapat melihat artis yang boleh bertahan lama dengan populariti selama 20 tahun, ini bermakna sudah lebih 2 dekad siti Nurhaliza berada dalam dunia nyanyian dan masih mengekalkan budaya sopan santunnya dari dulu sehingga kini. Tidak hairanlah beliau mendapat anugerah paling popular berita harian selama 13 tahun berturut-turut dan anugerah serantau paling popular (APM) selama 10 tahun berturut-turut.

Album Fragmen Dapat Reaksi Positif

Beberapa bulan yang lepas, kita dapat lihat Siti Nurhaliza telah berjaya melancarkan album Fragmen yang amat dinantikan oleh peminatnya dan respond yang telah diberikan sangat positif seterusnya membawa album Frgmen menerima anugerah Platinum.

Buat masa ini, beliau telah ke Jakarta, Indonesia dalam usaha mempromosikan album Fragmen di sana serta membuat beberapa konsert bagi mengubati kerinduan peminatnya di sana tanpa rehat selepas menghadiri APM 14. Di jakarta, beliau telah dilayan seperti anak emas dek kerana suara dan popularitinya yang masih kekal sehingga kini membuatkan beliau dikagumi oleh artis-artis di sana.

Sedikit kejutan buat peminat di Jakarta apabila Siti Nurhaliza menyampaikan lagu terbaru berduet dengan Cakra Khan iaitu Seluruh Cinta yang telah diselitkan dalam album Fragmen khas untuk Indonesia.

Siti Nurhaliza Ungguli AIM 21 (2014)


Terkini beliau telah mengungguli pencalonan AIM 21 sekaligus merupakan artis yang menerima pencalonan terbanyak untuk AIM 21. Beliau telah mempetaruhkan album Lantera Timur dan Fragmen untuk AIM 21 kali ini.

Berikut adalah 8 pencalonan yang telah diterima oleh Siti Nurhaliza dalam anugerah Industri Muzik yang akan berlangsung pada bulan disember 2014 :

  1. Rakaman Album Terbaik - Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza

  2. Rakaman Album Terbaik - Konsert lentera Timur - Dato' siti Nurhaliza

  3. Susunan Lagu Terbaik - Aubrey Suwito - Lebih Indah

  4. Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu - Datuk Siti Nurhaliza - Lebih Indah

  5. Lagu Pop Terbaik - Dato Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku

  6. Lagu Pop Etnik Terbaik - Datuk Siti Nurhaliza - Popaleh Weh

  7. kulit Album Terbaik - Fragmen

  8. Album Terbaik - Fragmen

Get notifications from this blog

41 comments

  1. Siti Nurhaliza kalau nyanyi lagu Cuti-Cuti Malaysia pun jadi sedap. Suara dan aura dia ada magic.

    ReplyDelete
  2. Bagi lagi apa pun semuanya sedap kalau Siti yang nyanyi

    ReplyDelete
  3. huhu siti nurhaliza kot. so far lagu baru dia sentiasa meletup

    ReplyDelete
  4. Mmg smpai skrg minat dato ct! Suara memukau! Tahniah dato!

    ReplyDelete
  5. Siti yang masih menyengat..
    Suaranya tetap memukau dulu dan kini :)

    ReplyDelete
  6. Bangga ni org kampung akak. Walaupun takde kaitan. Hihi..

    ReplyDelete
  7. masih berbisa penyanyi no1 Malaysia ... lagunya juga best lebih indah

    ReplyDelete
  8. suka suaranya yang lelemak merdu tu ;)

    ReplyDelete
  9. Tahniah Buat Datoi Siti Nurhaliza yang terus cemerlang dalam dunia industri muzik tanah air.. Beruntung jadi orang yang berbakat ni..

    ReplyDelete
  10. Saya memang minat siti dr dulu lagi.:))

    ReplyDelete
  11. aku memang selalunya terlepas bab anugerah kali ni
    tak tau apa2
    huhu

    ReplyDelete
  12. Siti dari dulu sampai sekarang memang susah nak jatuh populariti dia. Seorang artis yang tidak banyak gossip.

    ReplyDelete
  13. Memang layak digelar diva. Nasib takde orang tuduh dia guna bomoh

    ReplyDelete
  14. ada je dulu gossip katanya guna bunian.

    ReplyDelete
  15. Bolehla minat sebab sore dia sedap.

    ReplyDelete
  16. tak dinafikan.

    suara dia memang masih sedap didengar.

    ReplyDelete
  17. Lagu baru ke, tak pernah tau ( ke tajuk je x familiar).. ni kena cari sekarang juga nak dengar sampai boleh menang APM tu.. :)

    ReplyDelete
  18. Suara dia memang tak terkalahkan

    ReplyDelete
  19. Suara Dato Siti memang sangat best. Susah nk cari ganti. Lagipun personaliti Dato yg very down to earth tu membuatkn ramai yg senang bekerja & berkawan dgn dia

    ReplyDelete
  20. Itu kelebihan yang dia ada, baguslah rezeki dia melimpah-limpah

    ReplyDelete
  21. Yup..suaranya memang memukau la..memang dia jaga betul suara dia ni..

    ReplyDelete
  22. Berbanding lagu-lagu terbaru, saya lebih meminati lagu-lagu lama beliau sewaktu diawal kemunculan dahulu.. :)

    ReplyDelete
  23. Dato Siti masih berbisa...tahniah di atas pencapaian Dato di AIM 21...memang otai lagi berbisa...agak2 berapa tahun nak jadi otai ye..

    ReplyDelete
  24. memang superb singer Malaysia. :D

    ReplyDelete
  25. Attitudenya disukai oleh orang ramai.

    ReplyDelete
  26. Setiap orang kelebihan masing-masing tinggal mencari bagaimana menggunakan kelebihan yang ada.

    ReplyDelete
  27. nak suara mantap memang kena jaga.

    ReplyDelete
  28. samalah dan lagu baru ni boleh layanlah.

    ReplyDelete
  29. Dah otai ni umur pun dah makin lanjut. :D

    ReplyDelete
  30. Siti Nurhaliza memang terbaikkkkkkk ;)

    ReplyDelete
  31. masih power walaupun artis artis harini tak kurang hebatnya

    ReplyDelete
  32. dah lama tak ikuti dunia seni tempatan . dok layan korea jer ...

    ReplyDelete
  33. Datuk Siti dari dahulu lagi suara beliau mmg tiada tandingan langsung.
    Sekarang pun memang berbisa lagi.Tak jemu dengar lagu beliau.

    ReplyDelete
  34. suara siti nurhalizah tuh bikin merinding saking merdunya

    ReplyDelete
  35. Saya juga suka lagu-lagu siti, sangat enak didenganr

    ReplyDelete