Wagen Haus Cafe Di Kajang
Tak sangka la pula kawasan berhampiran Villa Tropika Apartment ada cafe. Sebelum ni selalu curious kalau lalu depan cafe tersebut dan dalam kepala otak selalu fikir yang tempat tu restaurant ke dobi?
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Tiba-tiba satu malam tu rasa lapar pula then teringat satu tempat yang buat aku curios gila nak pergi. So, aku pun pergi tempat tu dengan hanya jalan kaki sahaja sebab bukan jauh sangat yang berhadapan dengan apartment aku lebih kurang 50 m. Nasib baik tepat sangkaan aku yang tempat tu adalah kedai makanan.
Menarik Tentang Wagen Haus Cafe
Bila dah sampai, barulah tahu tempat ini adalah concept cafe dan namanya Wagen Haus Cafe (WHC). Kenapa haus bukan house? tu kena tanya owner sendiri la. haha.
Bila masuk je WHC, terkesima sekejap dengan suasana cafe tersebut. Design dalaman yang cantik dan kreatif serta klasik mengingatkan aku tentang Pot's Kicthen Cafe di Johor Bahru.
Lagi pun, aku memang suka dengan suasana cafe yang macam ni nampak cool dan santai. Sekali - sekala singgah cafe macam ni apa salahnya. At least, merasai suasana baru lain dari yang lain untuk menikmati makanan daripada makan tempat yang sama je.
Difahamkan Wagen Haus Cafe baru sahaja mula beroperasi selama 2 bulan yang lalu. Mungkin sudah beroperasi sejak July yang lalu. Kalau tidak silap Owner cafe ni orang melayu. So, makanan pun dijamin Halal.
Menarik tentang Cafe ni sebab
- Art work pada dinding
- Kerusi dari kereta old Volkswagen
- Ada mini sofa boleh buat lepak n nak berselfie pun boleh.
Makanan Wagen Haus Cafe
Nak tengok menu makanan kena tengok kat papan hitam pada dinding yang telah disediakan berhampiran kaunter pembayaran. Agak janggal la sedikit sebab kebiasaan datang cafe kita akan terus duduk dan tunggu pelayan datang dengan memberikan flyers menu makanan tapi lain pula dengan Wagen Haus Cafe. Mungkin dalam proses nak buat flyers.
Kebanyakan menu adalah western food, ada Chicken chop, pasta dan sebagainya. Harga pun berbaloi dan paling tinggi harga kat WHC adalah harga RM28 kalau tak silap.
Macam biasa, order Spaghetti dan Ice Blended strawberry. Kalau diikutkan untuk minuman nak order ice blended oreo tapi takde so pilih strawberry.
Pada Pendapat aku tentang makanan ni nampak macam sikit tapi ni pun dah kenyang sangat cuma lada hitam banyak sangat jadi warna hitam terus dan rasanya kureeng. Tapi sebab lapar, makanlah sampai habis. Air macam biasa sedap cuma manis sangat jadi aku minta air suam kasi balance. :D
Nak datang lagi ke tak Wagen Haus Cafe?
Mungkin tak, mungkin ya kalau tak ada pilihan, aku akan datang lagi untuk rasa menu yang lain pula nak-nak ada kek red velvet pula tu. Tunggu next time datang lagi tempat ni dengan membe pula.
Lokasi Wagen Haus Cafe
Lokasi di 01-G Shop Lot, Villa Tropika Apartment, Taman Villa Tropika, 43000 Bangi, Selangor berdekatan dengan KTM UKM dan Taman Tropika.
Waktu operasi pada pukul 5 PM to 2 AM sahaja.
Ketahui lebih lanjut tentang Wagen Haus Cafe di :
- Facebook : WagenHausCafe
- Instagram : WagenHausCafe
TERBARU - Wagen Haus Cafe TUTUP
Get notifications from this blog
sangat unik dekorasinya tu, guna kereta betul. nampak memang santai kat sini.
ReplyDeletewah, buka sampai jam 2 pagi. bagus. spageti tu pon nampak cam sedap.
ReplyDeleteMenarik dekorasinya! Unik... Kadang kala daya tarikan pandangan dan suasana yg luar biasa lebih penting dari hidangan yg rasanya lebih kurang sama jer kat mana2.
ReplyDeletesungguh perut saya mudah rasa lapar heee..sabarlah hatiku ini..
ReplyDeleteMemang sangat unik tempatnya. Kebanyakkan cafe dekorasinya memang cantik :D
ReplyDeletesenang la nanti nak lepak sampai 2 pg. hehe
ReplyDeleteDekorasi tu penting. Minda pun jadi tenang. hehe
ReplyDeleteNampak seronok keadaan cafe. Best ni untuk bersantai! :)
ReplyDeletehehe, kalau lapar baik makan. kesian perut :D
ReplyDeletePerghhh.. Terbaik kedai ni..
ReplyDeleteDekorasi memang terbaik :D
ReplyDeletewah, cantiknya.hehe. sempoi je tempat tu
ReplyDeleteSempoinya deco kedai mkn tue. Hihi. Bley selfie bnyk2 la kt situ,ngeeee
ReplyDeletenampak macam sedap gila ni wehh. haha
ReplyDeleteNama dah ala-ala German gitu. Hehe
ReplyDeleteMacam best jer cafe ni.....banyak unsur nostalgia dan klasik...
ReplyDeletebestnye tempat...lawa gila kaw, antic, luv it!
ReplyDeletememang sempoi tempat tu kecil dan cantik. :D
ReplyDeleteBolehlah selfie dengan sepuas-puasnya. hahaha
ReplyDeleteapa lagi serbu lah.. hahaha
ReplyDeletehaha, macam nama german ea..
ReplyDeleteSyok cafe ni. :D
ReplyDeletelawa tak lawa kan. tempat memang cool punya.
ReplyDeleteWahh. Smart betol tempat dia. Menarik. Ada masa boleh try gi makan situ nanti.
ReplyDeletetengah diet gini makan separuh jelaha heeee
ReplyDeleteWaaaw dekat sangat dengan ofis saya ni..macamana boleh tak perasan..mungkin lokasinya agak tersembunyi..kene pegi ni nanti..
ReplyDeleteNice deco ..! harga pun cam menarik je. Tengok spaghetti tu pun boleh tahan hehe ...:)
ReplyDeleteWoahh. nampak cool gila design dalaman diaaa. Kat Bangi ek? Dekat je dgn Seremban. Nnti boleh lah sinnggah. hehe
ReplyDeleteBoleh dikatakan agak tersembunyi. Kena pandai cari. :D
ReplyDeletejauhnya dari rumah aku
ReplyDeletememang aku tak pergi la dalam masa terdekat ni
Menariknya interior design dia. Harus cuba ni, dekat juga dengan rumah.
ReplyDeleteTempat menarik dan harga pun berpatutan. :)
ReplyDeleteMemang nampak cool
wow.... uniknya cafe ni... suasana dalam cafe pun tenang je...
ReplyDeletePerghh, memang lain dari yang lain
ReplyDeletefuhh..
ReplyDeleteada wagen lagi tu..
kalau jauh memang payah nak pergi, kalau ada pergi bangi bolehla singgah tempat ni kalau berkenan. :D
ReplyDeletekreatif kan. :D
ReplyDeleteHarga boleh kata berbaloi :D
ReplyDeleteBeginilah suasana cafe mesti menarik dan kreatif.
ReplyDeleteBelom makan lagi tu. hehe
ReplyDeleteHaah..memang nampak menarik..kat Jerteh ni tak ada pulak design menarik macam ni..
ReplyDeleteCantik interior design dia.makanan biasa pun boleh jadi sedap macam ni
ReplyDeletenampak menarik ni...deco kedai pun unik...boleh masuk dalam list nak terjah ni nanti kalau ke area Bangi... :D
ReplyDeleteKenapa la saya tak tahu ada cafe macamni canggih kat bangi, dekat ja ngan umah ni hah
ReplyDeleteKalau dekat apa lagi pergi terjah.. hehe :D
ReplyDeleteCantiknye deco kedai ni. Sgt unik & menarik. Mmg lain dr lain. Makanan pn nmpk menarik. Boleh try la nnti, lgpn location tu xdela jauh sgt dr umah sy hehe
ReplyDeletememang cantik dengan ada kereta dalamnya. :D
ReplyDeleteAku mau kek red velvet nya, macam sedap kalau itu
ReplyDeletecafe yang sangat unik sekali
ReplyDelete