Tuesday, 14 October 2014

Wagen Haus Cafe Di Kajang

Tak sangka la pula kawasan berhampiran Villa Tropika Apartment ada cafe. Sebelum ni selalu curious kalau lalu depan cafe tersebut dan dalam kepala otak selalu fikir yang tempat tu restaurant ke dobi?


Tiba-tiba satu malam tu rasa lapar pula then teringat satu tempat yang buat aku curios gila nak pergi. So, aku pun pergi tempat tu dengan hanya jalan kaki sahaja sebab bukan jauh sangat yang berhadapan dengan apartment aku lebih kurang 50 m. Nasib baik tepat sangkaan aku yang tempat tu adalah kedai makanan.



Menarik Tentang Wagen Haus Cafe


Bila dah sampai, barulah tahu tempat ini adalah concept cafe dan namanya Wagen Haus Cafe (WHC). Kenapa haus bukan house? tu kena tanya owner sendiri la. haha.


Bila masuk je WHC, terkesima sekejap dengan suasana cafe tersebut. Design dalaman yang cantik dan kreatif serta klasik mengingatkan aku tentang Pot's Kicthen Cafe di Johor Bahru.


Lagi pun, aku memang suka dengan suasana cafe yang macam ni nampak cool dan santai. Sekali - sekala singgah cafe macam ni apa salahnya. At least, merasai suasana baru lain dari yang lain untuk menikmati makanan daripada makan tempat yang sama je.


Difahamkan Wagen Haus Cafe baru sahaja mula beroperasi selama 2 bulan yang lalu. Mungkin sudah beroperasi sejak July yang lalu. Kalau tidak silap Owner cafe ni orang melayu. So, makanan pun dijamin Halal.


Menarik tentang Cafe ni sebab




  1. Art work pada dinding

  2. Kerusi dari kereta old Volkswagen

  3. Ada mini sofa boleh buat lepak n nak berselfie pun boleh.


[caption id="attachment_2950" align="aligncenter" width="700"]Wagen Haus Cafe Di Bangi Tempat duduk dari kereta Volswagen.[/caption]

Wagen House Cafe di Bangi




[caption id="attachment_2948" align="aligncenter" width="700"]Wagen Haus Cafe Di Bangi kaunter pembayaran yang cool dengan reka bentuk volkswagen[/caption]

[caption id="attachment_2953" align="aligncenter" width="700"]Wagen Haus Cafe Di Bangi Volkswagen kat dinding[/caption]

Makanan Wagen Haus Cafe


Nak tengok menu makanan kena tengok kat papan hitam pada dinding yang telah disediakan berhampiran kaunter pembayaran. Agak janggal la sedikit sebab kebiasaan datang cafe kita akan terus duduk dan tunggu pelayan datang dengan memberikan flyers menu makanan tapi lain pula dengan Wagen Haus Cafe. Mungkin dalam proses nak buat flyers.


Kebanyakan menu adalah western food, ada Chicken chop, pasta dan sebagainya. Harga pun berbaloi dan paling tinggi harga kat WHC adalah harga RM28 kalau tak silap.




[caption id="attachment_2952" align="aligncenter" width="700"]Wagen Haus Cafe Di Bangi Sebelum order sampai, dapat keropok free.[/caption]

Macam biasa, order Spaghetti dan Ice Blended strawberry. Kalau diikutkan untuk minuman nak order ice blended oreo tapi takde so pilih strawberry.


Wagen Haus Cafe Di Bangi


Pada Pendapat aku tentang makanan ni nampak macam sikit tapi ni pun dah kenyang sangat cuma lada hitam banyak sangat jadi warna hitam terus dan rasanya kureeng. Tapi sebab lapar, makanlah sampai habis. Air macam biasa sedap cuma manis sangat jadi aku minta air suam kasi balance. :D



Nak datang lagi ke tak Wagen Haus Cafe?


Mungkin tak, mungkin ya kalau tak ada pilihan, aku akan datang lagi untuk rasa menu yang lain pula nak-nak ada kek red velvet pula tu. Tunggu next time datang lagi tempat ni dengan membe pula.



Lokasi Wagen Haus Cafe


Lokasi di 01-G Shop Lot, Villa Tropika Apartment, Taman Villa Tropika, 43000 Bangi, Selangor berdekatan dengan KTM UKM dan Taman Tropika.


Waktu operasi pada pukul 5 PM to 2 AM sahaja.


Ketahui lebih lanjut tentang Wagen Haus Cafe di :




TERBARU - Wagen Haus Cafe TUTUP

Dipuji tak terbang, Dihina tak tumbang. Pasti bangkit!

49 comments:

  1. sangat unik dekorasinya tu, guna kereta betul. nampak memang santai kat sini.

    ReplyDelete
  2. wah, buka sampai jam 2 pagi. bagus. spageti tu pon nampak cam sedap.

    ReplyDelete
  3. Menarik dekorasinya! Unik... Kadang kala daya tarikan pandangan dan suasana yg luar biasa lebih penting dari hidangan yg rasanya lebih kurang sama jer kat mana2.

    ReplyDelete
  4. sungguh perut saya mudah rasa lapar heee..sabarlah hatiku ini..

    ReplyDelete
  5. Memang sangat unik tempatnya. Kebanyakkan cafe dekorasinya memang cantik :D

    ReplyDelete
  6. senang la nanti nak lepak sampai 2 pg. hehe

    ReplyDelete
  7. Dekorasi tu penting. Minda pun jadi tenang. hehe

    ReplyDelete
  8. Nampak seronok keadaan cafe. Best ni untuk bersantai! :)

    ReplyDelete
  9. hehe, kalau lapar baik makan. kesian perut :D

    ReplyDelete
  10. Perghhh.. Terbaik kedai ni..

    ReplyDelete
  11. wah, cantiknya.hehe. sempoi je tempat tu

    ReplyDelete
  12. Sempoinya deco kedai mkn tue. Hihi. Bley selfie bnyk2 la kt situ,ngeeee

    ReplyDelete
  13. nampak macam sedap gila ni wehh. haha

    ReplyDelete
  14. Nama dah ala-ala German gitu. Hehe

    ReplyDelete
  15. Macam best jer cafe ni.....banyak unsur nostalgia dan klasik...

    ReplyDelete
  16. bestnye tempat...lawa gila kaw, antic, luv it!

    ReplyDelete
  17. memang sempoi tempat tu kecil dan cantik. :D

    ReplyDelete
  18. Bolehlah selfie dengan sepuas-puasnya. hahaha

    ReplyDelete
  19. haha, macam nama german ea..

    ReplyDelete
  20. lawa tak lawa kan. tempat memang cool punya.

    ReplyDelete
  21. Wahh. Smart betol tempat dia. Menarik. Ada masa boleh try gi makan situ nanti.

    ReplyDelete
  22. tengah diet gini makan separuh jelaha heeee

    ReplyDelete
  23. Waaaw dekat sangat dengan ofis saya ni..macamana boleh tak perasan..mungkin lokasinya agak tersembunyi..kene pegi ni nanti..

    ReplyDelete
  24. Nice deco ..! harga pun cam menarik je. Tengok spaghetti tu pun boleh tahan hehe ...:)

    ReplyDelete
  25. Woahh. nampak cool gila design dalaman diaaa. Kat Bangi ek? Dekat je dgn Seremban. Nnti boleh lah sinnggah. hehe

    ReplyDelete
  26. Boleh dikatakan agak tersembunyi. Kena pandai cari. :D

    ReplyDelete
  27. jauhnya dari rumah aku
    memang aku tak pergi la dalam masa terdekat ni

    ReplyDelete
  28. Menariknya interior design dia. Harus cuba ni, dekat juga dengan rumah.

    ReplyDelete
  29. Tempat menarik dan harga pun berpatutan. :)

    Memang nampak cool

    ReplyDelete
  30. wow.... uniknya cafe ni... suasana dalam cafe pun tenang je...

    ReplyDelete
  31. Perghh, memang lain dari yang lain

    ReplyDelete
  32. kalau jauh memang payah nak pergi, kalau ada pergi bangi bolehla singgah tempat ni kalau berkenan. :D

    ReplyDelete
  33. Harga boleh kata berbaloi :D

    ReplyDelete
  34. Beginilah suasana cafe mesti menarik dan kreatif.

    ReplyDelete
  35. Haah..memang nampak menarik..kat Jerteh ni tak ada pulak design menarik macam ni..

    ReplyDelete
  36. Cantik interior design dia.makanan biasa pun boleh jadi sedap macam ni

    ReplyDelete
  37. nampak menarik ni...deco kedai pun unik...boleh masuk dalam list nak terjah ni nanti kalau ke area Bangi... :D

    ReplyDelete
  38. Kenapa la saya tak tahu ada cafe macamni canggih kat bangi, dekat ja ngan umah ni hah

    ReplyDelete
  39. Kalau dekat apa lagi pergi terjah.. hehe :D

    ReplyDelete
  40. Cantiknye deco kedai ni. Sgt unik & menarik. Mmg lain dr lain. Makanan pn nmpk menarik. Boleh try la nnti, lgpn location tu xdela jauh sgt dr umah sy hehe

    ReplyDelete
  41. memang cantik dengan ada kereta dalamnya. :D

    ReplyDelete
  42. Aku mau kek red velvet nya, macam sedap kalau itu

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon