Tahniah ZERO Juara Maharaja Lawak Mega 2014 - adarain

Sunday, 8 February 2015

Tahniah ZERO Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Maharaja Lawak Mega 2014 : Selepas berhempas pulas dengan segala usaha supaya penonton terhibur dengan lawak selama tiga belas (13) minggu, akhirnya berjaya menempatkan diri sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2014 setelah diumumkan oleh pengacara iaitu Dato' Ac Mizal.



Hadiah Lumayan Juara Maharaja Lawak Mega 2014


Juara Maharaja Lawak Mega Mega 2014 membawa pulang hadiah yang sangat lumayan iaitu RM500, ooo serta trofi sumbangan Astro yang dimenangi oleh ZERO.


Zero Maharaja Lawak Mega 2014


Manakala, Naib juara dimenangi oleh Sepahtu yang membawa pulang hadiah bernilah RM250,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.


Sementara tempat ketiga dimenangi oleh Nabil yang membawa hadiah berupa wang tunai RM150,000 serta trofi. Hadiah cukup banyak bagi Nabil yang berlawak secara solo. Sudah menjadi rezeki buat Nabil.


Jep Sepahtu pula memenangi kategori Man of the Match.


Kumpulan Shiro menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.


Zero Maharaja Lawak Mega 2014


Akhir sekali, Bocey berada di tempat kelima. Bocey mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.


Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal. Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.



Zero Memang Layak Juara Maharaja Lawak Mega 2014


Lawak Zero pada malam final memang sangat lawak dengan kedua-dua persembahan yang dilakukan telah mendapat menarik perhatian penonton termasuk juri-juri sekali dengan memberi lima (5) bintang.


Secara keseluruhan, Zero setiap minggu memang konsisten dengan persembahan mereka yang lawak walaupun ada beberapa minggu ada lawak Zero agak sedikit hambar.


Ikuti kisah ZERO to HERO Yang tidak diketahui. klik [DISINI]


Bukan sahaja Zero yang berjaya membawa lawak yang menarik malah Sepahtu dan Nabil juga berjaya mempersembahkan lawak mereka dengan punchline yang menarik pada malam tersebut.


Pada malam tersebut persembahan Bocey yang boleh dikatakan sebagai pencabar untuk bergelar juara agak mengecewakan dengan persembahan malam tersebut yang tidak lawak dan punchline tak sampai begitu juga dengan Shiro.



Nabil Tidak Bertanding Maharaja Lawak Mega 2015


Nabil telah mengambil keputusan untuk mengundur diri dari bertanding Maharaja Lawak Mega pada masa akan datang atas alasan untuk fokus pada bidang lain. Semoga terus sukses pada masa akan datang.


Diharap juga ada kemunculan kumpulan lain yang bakal memeriahkan lagi Maharaja Lawak Mega pada masa akan datang jika masih ada.

Comments

9 komentar

Pesembahan kedua Zero memang sedih..tak dapat nak tahan emosi..memang terasa hati bila diaorang sebut & nyanyi pasal ayah tu

hadiah setengah juta..mak oii banyak tu!

tahniah zero, kini sudah menjadi hero.

Sudah rezeki mereka utk menang...lagipun atas usaha, memang layak bergelar juara.
Mungkin salah satu faktor adalah dari undian simpati juga...

boleh agak dah siapa menang masa kat final malam tu.

Mungkin boleh jadi sebab kebanyakkan sebelum persembahan MLM 2014 sudah banyak post tentang kisah silam ZERO. Tapi lawak Zero time tu memang terbaik!

tahniah zero . lumayan hadiah

Masa mula2 Zero masuk tahun2 sudah, persembahan mereka macam main redah je. Ternyata untuk MLM 2014 ni, mereka memang cukup bagus untuk dinobatkan sebagai juara. Tahniah zero!

Bermula episod baru anak muda team zero memasuki arena seni negara...semoga mereka berjaya mengharungi liku-liku sebagai artis lepas ni


EmoticonEmoticon