Kisah Pencinta Kucing Yang Menyentuh Hati - adarain

Tuesday, 7 April 2015

Kisah Pencinta Kucing Yang Menyentuh Hati

Rasa Sebak bila baca kisah Hilmi yang dikongsikan melalui facebooknya tentang kucing yang dtemui dengan keadaan yang menyayat hati tidak terurus serta mengingatkan diri tentang perjuangan dalam kehidupan.



Kisah Oyen Penuh Sadis


Aku ingat lagi..


Orang panggil kau kucing batu, sbb kurap kt telinge kau dah keras mcm batu. Tapi aku tak kisah, sbb aku tahu kau kuat berjuang teruskan hidup. Mata kau due due bernanah, sebelah buta. Tp kau hebat. Pukul 5 pagi selalu nampak kau cari sisa makanan dlm tong sampah, bile dtg kucing jantan lain pandai je kau smbunyik dlm tu.


Aku ingat lagi..




[caption id="attachment_3834" align="aligncenter" width="700"]Kisah Si Pencinta Kucing Yang Menyentuh Hati Sumber gambar dari Hilmi Syukran[/caption]

Kau suke sangat kalau dpt mkn ayam. Aku kalau nampak kau kt bawah saje je aku x turun, aku panggil, aku campak ayam. Berlari kau pergi ambik, sesekali tgk kt aku. Kau paling suke tengkuk ayam. Sejak aku tahu, aku beli nasi bungkus lauk ayam je mesti aku cari tengkuk lebih, simpan utk kau.


Kau lah member aku !


Kau ajar aku utk jadi mcm kau. Kuat, walaupun dlm keadaan sakit, rebah, org kutuk org cerca mcm mana pun kita, kuat dan teruskan berjalan. Kau ajar aku erti kehidupan.


Ini hari, last kau bercakap last kau pandang aku. Even dlm keadaan sakit dan nak ditidurkan pun kau still nak jenguk muke aku kan, nak mengiau. Kau nk cakap terime kasih ea ?


Tak pe oyen.
Nanti kite jumpe kt depan Allah,
Kite borak panjang-panjang okay.
Tolong aku tau nanti.


Hari ni dah sembap muke aku. Dah merah mata aku. Aku doa sungguh2 dkt Allah, spy aku nak jumpe kau dkt akhirat oyen. Aku nak jumpe kau lagi, ingat tu.


Dah..


Tidurlah oyen.
Kalau kau bangun, kau sakit.
Rehatlah sepuasnya.
Aku tunggu kau oyen.
Aku jaga kau jangan risau.


Takde dah org akan " zalimi " kau lagi.


Tunggu aku menyusul oyen !
Selamat malam.
Rehat tau !



Oyen Dalam Kenangan


Difahamkan Oyen mengalami patah tulang belakang yang teruk berkemungkinan dilanggar dan menyebabkan kedua-dua kaku dan ekor serta urinary Oyen dah tak berfungsi. Boleh dikatakan lumpuh. Kurap pada telinga dan badan mengalami tahap kronik menyebabakan Oyen susah menguruskan diri sendiri.


Doctor telah memberi pilihan sama ada melakukan pembedahan tapi chances untuk hidup sangat tipis serta bertambah sakit. Doc perlu potong kedua kaki dan ekot.


Option kedua, doc cadangkan supaya Oyen 'ditidurkan' supaya dia tak seksa menahan sakit dan Oyen boleh pergi dalam keadaan yang tenang. Pencinta kucing mengambil keputusan untuk 'tidurkan' Oyen.


Comments

27 komentar

sedihnya baca cerita si oyen ni,walaupun saya bukanlah pencinta kucing,tapi untuk aniaya kucing,memang saya tak sanggup.biarlah oyen dalam tidurnya yang aman.moga tuannya dapat berjumpa dengan oyen di sana nanti

sedih baca kisah ni.. tp memang betullah bila kita sayangkan sesuatu mestila sedih bila perlu berpisah

Sedihnya kisah Oyen, saya walaupun tak suka bela kucing tapi tak perlakukan mereka seperti ini..kesian

sedih bacanya meski cuma seekor kucing tapi melebihi persahabatan dengan manusia

ayat die memang menyentuh jiwa walaupun sekadar kucing.

terpaksa demi mengurangkan kesakitan. Lebih elok ditidurkan.

daripada Oyen terus menderita...lebih baik "tidurkan" dia...tidaklah dia terseksa lagi untuk teruskan hidup...bila da sayang ni...nak tinggalkan memang rasa berat hati...

sedih o ,lagi - lagi kalau bela dari kecik

tacinnya bace lisah oyen, ni,,,T_T

aku ada juga kucing yang sakit teruk kena kurap.. dah ikhtiar macam2.. tapi tak jalan jugak..akhirnya mati...

memang sedih kalau kucing mati..
pernah beberapa kali menghadapi situasi tersebut

Sedih baca kisah ni.. kesiannya... biasa juga tengok kucing mati, tapi kisah ni mmg lain sikit.. sedih..

Kucing ni makhluk Allah juga. Tapi sesetengah manusia yang takda hati perut sanggup lakukan kezaliman terhadapnya tanpa perasaan bersalah.

aku pun ada kucing yg ada kurap ....tapi setiap 2 minggu aku mandikannya dengan minyak masak yg dah digunakan - dlm masa beberapa hari kurap2 tu akan tertanggal sendiri..tapi tahan 2 minggu jer,lepas tu menebal balik...

sedih gak baca kisah kucing tu beb..

Sedikit tersentuh dengan penulisan ini, Ya Allah betap kasih sayangnya beliau terhadap kucing

Di kawasan pasar ikan banyak kucing berkeliaran, mungkin pasar adalah 'syurga' bagi si kucing, tetapi sebenarnya ia terdedah dari segala ancaman. Dari kisah penceritaan ini, ternyata kucing adalah haiwan yang tak kenal erti 'kalah'. Itu lah si tomok.

punya banyak kucing terbiar kat malaysia.tak cukup dengan pembiakan yang tak terkawal, ramai pulak orang buang kucing ke pasar, foodcourt dan kantin sekolah.populasinya semakin tak terkawal.

sedih btol citer Oyen ni,,, smoga admin dapat pahala dan murah rezeki,, Abu hurairah versi Melayu ni.,..
Salute sama admin..

Sedih! tak sedar air mata mengalir. Tidurlah Oyen, nanti berjumpa dengan Hilmi. Hilmi pasti rindukan kamu.

kisah yang menyentuh, kucing adalah salah satu teman manusia yang setia selain anjing. saya pernah punya kucing, tapi dah hilang entah ke mana, tak pernah pulang, sekarang pun tak tau kabarnya di mana.

den klu bab kucing ni memang sodih... :(

gambar tu memang berjaya buat orang lain sedih apabila melihatnya.

sob. sobb..

serius, sedih gak baca kisah tu kat facebook hari tu.

hmm mmg sedih.. teringat dkat kucing sy yg hitam dulu..

dalam sejarah nabi, beliau juga menyayangi kucing. sehingga kita juga tidak boleh menyia-nyiakannya.


EmoticonEmoticon