√ Pengalaman Guna Oppo Find 7a - Adarain

Pengalaman Guna Oppo Find 7a

Sebenarnya tak terfikir pun nak tukar hp lama kepada yang baru sebab hp lama Samsung Note 1 masih elok lagi sampai sekarang cuma ada time bengong sikit tetiba restart sendiri. Masalah macam tu dah biasa bagi aku and boleh settle sendiri tanpa perlu ke kedai.


Hp mak aku screen rosak kemudian pergilah jalan-jalan pastu singgahla satu kedai Smartphone sebab nak pergi tanya kedai berapa kos repair skrin rosak untuk Samsung S3. Tauke gtau harga nak repair RM300 dan siap dalam masa 2 atau 3 hari.


Mak aku pun tak cadang lagi nak repair time tu pastu survey smartphone2x yang dijual dalam kedai tersebut. Ada macam2x jenama yang dijual baik Samsung, iPhone, Sony, Oppo dan banyak lagi.


Tetiba rasa berkenan pula tengok Oppo Find 7a. Boleh kata baru keluar pertengahan tahun lepas. Design pun ok cantik dan specfication pun kira tinggi serta memuaskan.


Dah puas godek-godek terus beli. adeh!. :D. Harga dalam RM1398 mahal sikit dari OnePlusOne. Nak lagi advande beli Oppo FInd 7 terus harga dalam RM17++



Apa yang bestnya Oppo Find 7a?


Nak tahu lebih lanjut tentang Oppo Find 7a boleh rujuk [DISINI]Memang terbaik cara blogger ni review tentang Oppo Find 7a. Sangat meyakinkan pengguna untuk membeli Oppo Find 7a.


Pemproses 2.5 GHz Empat Teras Snapdragon 801
RAM 2 GB
Muatan Dalaman 16 GB dengan sokongan kad MikroSD
Kamera Utama 13 MP dengan flash
Kamera Depan 5 MP
Skrin 5.5″ IPS LCD QuadHD 534 PPI
Bateri 2800 mAh


oppo Find 7a


Semua dah tahu Oppo merupakan produk keluaran Cina yang bukan sembarangan produk dengan menghasilkan produk yang berkualiti sejak thaun 2004.




[caption id="attachment_3825" align="aligncenter" width="700"]Box Oppo Find 7a Box Oppo Find 7a yang sangat cantik dan nampak eksklusif[/caption]

[caption id="attachment_3826" align="aligncenter" width="700"]Box Oppo Find 7a (2) Bahagian dalam Box Oppo Find 7a[/caption]

Berikut adalah ciri-ciri yang membuatkan aku tertarik adalah :


Feature On/Off-kan Hp - Tak perlu tekan butang power untuk on-kan hp dengan hanya tap 2 kali hp  automatik akan on sendiri manakala kalau nak off just click Lock Now.


Lampu Skyline - lampu skyline pada bawah hp berwarna biri akan menyala sekiranya ada notification, miss call, mesej ataupun ketika caj hp


Charging laju - Charge Hp dalam masa 1 jam je dah siap. Tak perlu tunggu berjam-jam untuk tunggu battery penuh.


Kamera Cantik - Kamera pula memang cantik ambil gambar dan boleh pilih untuk mode HDR dan sebagainya yang telah disediakan.

Guest Mode - Nak hide app atau video dan gambar dari orang lain boleh guna guest mode yang memang terbaik. Lain dari yang lain.

Gesture yang Menarik -  Banyak gesture yang memudahkan pengguna seperti buat bentuk 0 untuk buka kamera, V untuk Flash dan 3 jari swipe ke bawah untuk print screen.

dan banyak lagi.

Setakat beberapa hari guna ni memang oklah belum tengok lagi keadaan untuk beberapa bulan akan datang. Hopefully, still berfungsi dengan ok dan tak ada hang/lag macam samsung.


Sejak pakai Oppo Find 7a barulah dapat merasa kelajuan data 4G kalau Note 1 tak support 4G. :D


Updated 22 Mac 2017


Sekarang dah ada 2 biji hp yang sama oppo find 7a. Dan sampai sekarang tak pernah hang/lag lagi walaupun selalu jatuh. Sistem beroperasi seperti masa baru2x guna hp ni. Still terbaik!.

Get notifications from this blog

12 comments

  1. Cantik juga Oppo ni ye.. :-)

    ReplyDelete
  2. ramai yang suka dengan oppo ni..katanya gambar pun cantik..

    ReplyDelete
  3. Gambarnya memang cantik belum try lagi upload kat laman social kadang2x bila upload kat fb gambar jadi macam kureng skit.

    ReplyDelete
  4. saya pun guna oppo. sangat berpuas hati. design cantik dan laju

    ReplyDelete
  5. tak kalah lah sama samsung beda-beda sikit saja

    ReplyDelete
  6. samsung tak elok-elok amatlah masih banyak yang lebih elok darinya

    ReplyDelete
  7. aku pun pengguna oppo... boleh tahan function , mudah digunakan..

    ReplyDelete
  8. Spesifikasinya memang terbaik. Harga pun tak mahal sangat.

    ReplyDelete
  9. boleh kata harga mampu milik

    ReplyDelete
  10. pergghhh box dia pun dah show gilaa..

    ReplyDelete