√ Blogger Semakin Melampau Dalam Menyebarkan Maklumat - Adarain

Blogger Semakin Melampau Dalam Menyebarkan Maklumat

Salam sejahtera kepada semuanya dan rasanya aku dah lama tak luahkan perasaan berkaitan dengan isu semasa paling baru pun tentang secret Recipe di mana sijil Halal telah ditarik balik atas sebab-sebab tertentu itu pun post macam formal sangat.

Tak tahulah macam mana isu ini boleh terjadi sama ada ini sebagai langkah amaran JAKIM yang tegas berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan atau sekadar promosi.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Terus kepada topik iaitu blogger sekarang yang semakin melampau dengan menyebarkan maklumat yang salah boleh juga dianggap fitnah!.

Baru-baru ini nama penyanyi Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi perhatian seluruh Malaysia apabila dikatakan bakal bercerai dengan suaminya.

Bukan itu sahaja, maklumat lain TMJ pula dikatakan menggunakan bomoh dalam arena bola sepak untuk menang dan banyak lagi.

Kenapa Blogger Suka Sebar Maklumat Yang Tidak Betul?


Malulah kalau Datok Siti Nurhaliza menggelarkan blogger dengan gelaran "Blogger tidak sekolah" padahal rata-rata blogger Malaysia semuanya sekolah lagi berpelajaran.

Blogger yang suka sangat menyebarkan maklumat salah sebenarnya inginkan perhatian pada blog-nya disamping ingin mendapatkan trafik yang banyak, bila trafik melambung tinggi maka duit pun dapatlah hasil iklan Click Per View.

Kenapa Blogger suka sebar maklumat gempak yang mengandungi maklumat yang salah?



  • Tidak teliti @ Tegopoh-gapah menyebarkan maklumat.

  • Inginkan Perhatian

  • Ingin Popular

  • Inginkan Trafik Tinggi

  • Ingin duit dengan cepat

Bahaya Sebar Maklumat Yang salah Kepada Blogger


Blogger boleh dikenakan tindakan berdasarkan Akta 588 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

kalau Datok Siti Nurhaliza hilang sabar, memang kena saman hingga berjuta-juta kepada blogger yang menyebarkan maklumat yang tidak betul terhadapnya. Comfirm, blogger kalah dalam mahkamah pastu tak mampu bayar saman kepada Datok Siti Nurhaliza kemudian barulah nak merayu2x plus minta maaf, semua itu dah terlambat.

Begitulah yang terjadi kepada blogger papagomo yang kalah dalam kes fitnah terhadap Datok Anuar dan dikehendaki membayar saman RM 850,000. Mampo!!!

Jadi, sebelum post kat blog sila fikir betul-betul maklumat yang korang dapat jangan main tulis sedap ikut hati. Cerita nak gempak tapi berita tak betul pun tak guna gak. Bahana yang korang dapat.

Get notifications from this blog

27 comments

  1. Sebagai seorang blogger jagalah tata susila agar tidak seperti kerana "nila setitik, habis susu rosak sebelanga". Jangan tersilap postkan artikel yang tidak betul, nanti kelak merana diri. Berhati-hatilah...wahai blogger Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Blogger2 hampeh mcm nilah yg buat rosak nama baik blogger yg mcm2 kita ni. Mmg sgt tak patutlah...

    ReplyDelete
  3. Blogger takde etika tu..
    kita yang ikut peraturan pun kena tempiasnya

    ReplyDelete
  4. Cari pasal tak kena tempatnya. Memang parah blogger gini.

    ReplyDelete
  5. saya sekolah tapi tak pandai sangat..namun soal maruah orang lain memang saya jaga sebaik yang mungkin dalam penulisan blog

    ReplyDelete
  6. buat semak & burukkan nama blogger je, nak sangat trafik & klik.

    ReplyDelete
  7. Ingin popular dan akhirnya makan diri sendiri~

    ReplyDelete
  8. itulah.

    kekadang, memang melampau gak la.

    yang paling tak best, bila tak tahu "siapa" disebalik blog-blog tu.

    ReplyDelete
  9. Biase lah tu. na view banyak. buat la cerita tah pape.

    ReplyDelete
  10. Apabila matlamat dunia dikejar selalunya orang akan lupa akan garis sempadan. Inilah dunia akhir zaman. Semoga kita dijauhkan dan dilindungi dari tergolong dalam golongan yang sesat ini.

    ReplyDelete
  11. jangan percaya benda2 ekstrem online ni, itu prinsip aku. sebab tu kalau tgk yg pelik2.. aku senyum jer.

    ReplyDelete
  12. memang aku tak layan benda yang pelik2x khabar angin

    ReplyDelete
  13. Tu lagi curious nak tau siapa orangnya. haha

    ReplyDelete
  14. Ini bukan sharing is caring tapi sharing dosa menfitnah namanya..

    ReplyDelete
  15. Saya sendiri dh lama sangat tak update blog. Sebab saya x pasti cerita yg hendak ditulis. Nak share bahan org lain...dh mcm x ada identiti. Nak tulis atau cerita tentang perkara semasa yg berlaku saya kurang berani sebab sebagai penjawat awam kalau tersalah sebar maklumat buruk padahnya. Akibatnya blog saya terbiar begitu sahaja...hmmm

    ReplyDelete
  16. jenis manusia yg sebeginilah yg aku rasa nak ketis je telinga dia sbb suka suki je dia buat cenggitu. habes rosak susu sebelanga. chisss =P

    ReplyDelete
  17. seram wei bila baca pasal ni. nasib la aku ni baik hehe

    ReplyDelete
  18. bahaya buat entri2 macam ni

    ReplyDelete
  19. blogger sama je macam wartawan, mesti ada integriti dan amanah bila menulis.

    ReplyDelete
  20. Tak baik mereka menyebarkan maklumat yang tidak betul... Boleh menimbulkan fitnah, dan menghancurkan masa depan orang lain...

    ReplyDelete
  21. Blog gini biasa blogspot je. kalau aku jumpa, aku report biar google delete blog.

    ReplyDelete
  22. betul jangan sampai tulis fitnah yang tak terbukkti

    ReplyDelete
  23. media blogger sama hebatnya dengan media tv

    ReplyDelete
  24. Memang sangat melampau sebab ia melibaktkan perkahwinan orang lain..

    ReplyDelete
  25. tu sebab sampai ada yang kata tulis blog ni nak kena register bagai..ni lah antara sebabnya..blogger-blogger bodoh piang ni

    ReplyDelete
  26. Semoga bisa menjadi pelajaran bagi kita semua untuk senantiasa berhati-hati dalam menyebarkan berita.

    ReplyDelete