√ Jom Hari Raya ni Balik Kampung - Adarain

Jom Hari Raya ni Balik Kampung


KECOH jadinya di laman sosial apabila seorang pakar motivasi memberi saranan agar warga kota jangan pulang berhari raya di kampung halaman pada Hari Raya ini.

Saranan itu dibuat oleh Syed Abdul Aziz Al-Qubra, ketika ditemu ramah sebuah rancangan di sebuah stesen televisyen tentang apa yang boleh dilakukan rakyat untuk berjimat dalam keadaan ekonomi tidak menentu hari ini.

Syed Abdul Aziz berkata, salah satu cara untuk mengelakkan perbelanjaan yang melebihi bajet di musim perayaan adalah dengan tidak pulang ke kampung.

Beliau turut menyarankan agar rakyat Malaysia tidak terikut dengan trend masyarakat di mana kebanyakannya gemar membeli-belah dan bercuti di musim perayaan. -  Berita AWANI

Memang diakui trend rakyat Malaysia apabila menjelang hari raya kebanyakkannya suka membeli belah tetapi apa yang dilakukan oleh rakyat Malaysia adalah suatu perkara yang dilakukan hanya setahun sekali dan tidak berbelanja dengan secara berlebihan.

Berbelanja mengikut kemampuan dan bukannya belanja diluar kemampuan.


Jom Hari Raya ni Balik Kampung


Aku hormat dengan pandangan pakar Motivasi tapi Soal saranan Syed Abdul Aziz Al-Qubra dengan tidak pulang kampung di hari raya adalah perkara yang luar biasa melainkan atas-atas sebab tertentu yang tidak dapat pulang ke kampung seperti kerja OT dan sebagainya.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Cuba bayangkan kalau anak Syed Abdul Aziz Al-Qubra tidak pulang ke kampung menjelang hari raya yang sepatutnya meriah dengan kehadiran anak-anak bersama saudara-saudara yang lain.

Mesti beliau mesti merasa sedih even walaupun anak-anak kata sibuk ada kerja juga pasti sedih dengan situasi macam ni.

Apatah lagi rakyat Malaysia yang lazimnya pulang ke kampung ketika hari raya berjumpa adik-beradik sekali kemudian bergotong-royong membersihkan rumah parent sempena hari raya.

Kalau nak jimat sangat tak payah balik kampung terus kalau macam tu.


Walaupun itu adalah sekadar saranan sahaja dan bukannya memaksa tetapi ada jalan alternatif lain untuk berjimat ketika hari raya.

Dengan kenaikan harga sana sini bermacam-macam yang tidak pernah diduga kenaikkanya, rakyat Malaysia terpaksa menelan 'pahitnya' dan tidak mampu berbuat apa-apa dengan sekadar menerima kenaikkan walaupun mempunyai perasaan tidak puas hati.

Krang bila ditegur ditangkapnya pula dituduh menghasut dan sebagainya. APTB

Berkorban untuk berjumpa Mak ayah di kampung lebih baik dari 'mengorbankan' duit rakyat yang digunakan entah di mana.


Rasa tak lengkap hari raya sebenarnya kalau tak balik kampung time hari raya, So, jom balik kampung sempena hari raya tahun ni. :D

Get notifications from this blog

25 comments

  1. BAlik beraya tengok wajah ibu bapa sementara ada adalah anugerah yang paling bernilai

    ReplyDelete
  2. balik kampung raya memang adalah budaya masyarakat kita. memangla orang marah kalau cakap camtu.

    ReplyDelete
  3. kalau saya balik jer Kampung.. Raya setahun sekali jer, bukannya selalu... hehehe

    ReplyDelete
  4. Di kampung ada ayah dan ibu. Takkan nak balik beraya jumpa ayah ibu pon tak boleh..

    ReplyDelete
  5. selama nih di rantau,tuk pulang membawa hasil

    ReplyDelete
  6. balik kampung nih,bertemu keluarga dan orang sekampung

    ReplyDelete
  7. kan, setahun sekali balik kg hari raya pun setahun sekali :D

    ReplyDelete
  8. dapat menghilangkan kerinduan, orang kata pengubat luka lara. :D

    ReplyDelete
  9. samalah, duit tu lain cerita, yg penting dapat jumpa parent dah kira best.

    ReplyDelete
  10. semoga pulang kampung ini membawa kebahagiaan

    ReplyDelete
  11. kalau x sebab raya pun, sebaiknya kita sebagai anak kena balik kampung sekerap yg boleh kerana kepulangan kita itu menggembirakan hati ibu bapa. Dan menggembirakan ibu bapa adalah tanggungjawab anak2

    ReplyDelete
  12. Salah satu 'tangga' kita untuk ke SYurga :D

    ReplyDelete
  13. Balik ja, berkat jumpa mak ayah, mereka pasti doakan kita dapat rezeki melimpah ruah lepas tu :D

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah .... Tahun nie dapat beraya bersama keluarga... Gembira rasanya...hihihi

    ReplyDelete
  15. Jom pakat balik kampung..yang buat saranan supaya tak balik kampung tu memang hati batu kot..

    ReplyDelete
  16. hehe hari hari aku balik kampung :D

    ReplyDelete
  17. untung la hang hari2x balik kg. Tempat kerja pun lebih kurang dekat. :D

    ReplyDelete
  18. Apalah wang ringgit kalau nak dibandingkan dengan nak jmpe mak ayah kat kampung kan....yg penting kena pandai berjimat...

    ReplyDelete
  19. Pndai mengurus kewangan nak balik kg tu tak jadi masalah.

    ReplyDelete
  20. Ahhhh... peduli kata orang, balik kampung tetap di hatiku sekian lama berada diperantauan. Kalau nak berjimat guna alternatif lain. Selamat berpuasa dan salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  21. balik kampung memang best..suasana raya lebih terasa.

    ReplyDelete
  22. Selamat Hari Raya Wishes (Aidilfitri 2015) To All My Dear Muslims Around The Word!!! May Allah Bless You With Forgiveness and Peace

    ReplyDelete
  23. Raya tahun ni macam kurang sikit mungkin sebab dah besar.

    ReplyDelete
  24. kan. Selagi ada kudrat selagi tu la tetap balik kg. :D

    ReplyDelete
  25. Komen hilang akal dari pakar motivasi..Setahun sekali menyambut perayaan nak berjumpa semua sanak saudara. Cuba pakar motivasi trsbut jgn balik kg.. ?? Jika tak ada kg x tau lahh.. !!! Hahaha

    ReplyDelete