√ Mohon Sumbangan Program Kemasyarakatan Bersama pelajar Maahad Al-Ansar - Adarain

Mohon Sumbangan Program Kemasyarakatan Bersama pelajar Maahad Al-Ansar

Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ;

"Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Masyarakat Bersama Pelajar Maahad Al-Ansar


Para pelajar Master of Business Administration (MBA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia – Graduate School of Business (UKM-GSB) di dalam misi untuk memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat di Malaysia.

Salah satu projek yng dijalankan ialah Projek Khidmat Masyarakat bersama pelajar-pelajar Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar (MTIAA) atau lebih dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat Al-Ansar

Maahad Al-Ansar Perlukan Sumbangan


MTIAA, merupakan sebuah institusi berasakan wakaf yang memberi peluang pendidikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan asnaf yang terdiri daripada fakir miskin dan juga anak yatim. Jumlah pelajar sehingga ke hari ini ialah seramai 302 orang pelajar yang terdiri daripada 200 orang pelajar lelaki dan 102 orang pelajar perempuan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Pada 17 April 2015, sebahagian besar struktur Maahad Al-Ansar ranap dilanda rebut.

Kemusnahan meliputi sebahagian blok bilik darjah dan juga asrama lelaki. Saya difahamkan Kerajaan Negeri Selangor telahpun memberikan peruntukan untuk membaikpulih sekolah berkenaan tetapi bagi saya ianya masih belum cukup untuk membolehkan para pelajar di situ belajar dengan selesa.

Oleh itu, mereka ini sangat memerlukan sumbangan dari rakan-rakan sekalian. Kami mengalu-alukan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Untuk sumbangan berbentuk wang ringgit boleh disalurkan kepada:
UKM- Graduate School of Business
CIMB: 8002240869

Atau sumbangan menerusi wakil kami:

MOHD AMIRUL BIN MOHD SYAFIQ (0145996865)
MAYBANK: 154026707870

**Setiap sumbangan berbentuk wang ringgit hendaklah diperincikan (nama, no. kad pengenalan dan jumlah) dan dimaklumkan kepada pihak kami bersama slip depost melalui sms/aplikasi Whatsapp.
Untuk maklumat lanjut mengenai program dan sumbangan bolehlah merujuk kepada:

Hidayatul Husna (017-3949047)
Nurul Jannah (011-15735224)

“Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersada yang maksudnya,

"Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim).”

Get notifications from this blog

11 comments

  1. makin banyak kita memberi, makin luas rezeki kita

    ReplyDelete
  2. betol, hati pun gembira. :D

    ReplyDelete
  3. Sama-samalah kita ringankan sedikit beban mereka..

    ReplyDelete
  4. moga sama-sama dapat kita bantu pelajar-pelajar maahad al ansar ni, anak-anak ni tunjang pada negara

    ReplyDelete
  5. Sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan. Besar pahalanya dan dapat bawa kegembiraan kepada anak-anak ini.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah...sama2 kita beramal

    ReplyDelete
  7. insya alloh,, kita beramal bri sedikit meringan kan beban mereka karena mereka adalah generasi masa depan yang patut kita perjuangkan

    ReplyDelete
  8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semoga bantuan yang tidak seberapa mendapat keredhaan yang besar di sisi-Nya, insyaa Allah.

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan segala urusan dalam mencari saham akhirat

    ReplyDelete
  10. sama2 kita membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete