√ Review Ant-Man Superhero Kecil Yang Berkuasa - Adarain

Review Ant-Man Superhero Kecil Yang Berkuasa

Ant-Man 2015 - Time raya-raya sempat lagi tengok movie, orang lain sibuk beraya aku pula sibuk nak tengok wayang. :D So, kebetulan ada movie yang best dari Marvel iaitu Ant-Man. Kalau dah keluaran marvel mesti gempak punya tapi tak nak menaruh harapan yang tinggi pada movie ant-man takot frust je nanti.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Jalan Cerita Ant-Man


Scott yang merupakan bekas penjenayah telah dibebaskan ingin mencari kerja yang sesuai dengan dirinya yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Engineering.

Kawannya iaitu Luis telah memberikan cadangan kepada Scott untuk melakukan sekali lagi rompakan. Pada mulanya Scott menolak cadangan tersebut tetapi dalam keadaan terdesak Scott menerima cadangan Luis.

Tidak disangka, rompakan yang dilakukan oleh Scott telah membawa dirinya ke dalam dunia superhero kerana Scott telah diuji oleh Dr. Hank Pym untuk memecah masuk peti rahsia tetapi yang ada di dalam peti rahsia adalah baju superhero Ant-Man.

Sut ant-man adalah felexible yang berupaya mengikut saiz dari besar ke kecil begitu juga sebaliknya. So, tak ada istilah bila superhero kecil jadi besar baju jadi koyak. :)

Kekuatan juga luar biasa walaupun bersaiz kecil sehingga mampu mencederakan pihak musuk yang bersaiz besar.

Dr. Hank Pym yang mencipta teknologi terbaru di mana membolehkan semua benda menjadi kecil termasuklah manusia telah memilih scott untuk menjalankan misi sulit bagi menghalang musuh Darren yang sedang mengkaji seperti apa yang dilakukan oleh Dr Hank Pym tetapi dengan tujuan jahat.

Scott dikehendaki mencuri Yellowjacket milik Darren. Dapatkah Scott menghalang Darren dengan mencuri Yellowjacket?

Review Ant-Man


Pada mulanya, movie ni agak perlahan dengan jalan ceritanya agak slow skit tetapi berkembang dengan baik dari setiap babak ke babak lain.

Movie ni bukanlah berbentuk aksi yang serius kerana ada beberapa selingan lawak sehingga membuatkan penonton ketawa dengan beberapa babak yang kelakar.

Visual CGI pun memang gempak habis kalau nak layan dengan 3D lagi best.

Manusia boleh kawal dan berkawan dengan semut. Bunyi macam mengarut boleh suruh semut buat apa sahaja, tapi kalau dah badan besar boleh jadi kecik inikan berkawan dengan semut semuanya tak mustahil dalam movie ni.

Yang penting movie ni tak terlalu rumit dan mudah untuk difahami oleh sesiapa mahupun budak kecil.
Best ke tak Movie Ant-Man?

Yap, movie ni best untuk ditonton bersama kawan-kawan or family. Bagi 4/5 Bintang untuk Ant-Man 2015. Dah habis movie ni jangan keluar dulu sebab ada kredit di penghujung movie ant-man.

Get notifications from this blog

10 comments

  1. bagi pengikut setia filem terbitan Marvel Studios lebih-lebih lagi siri Marvel Cinematic Universe memang kena layan movie Ant-Man...style kot cara dia fight...kejap boleh shrink...kejap jadi normal balik...Hulk pun kalah kalau macam ni...hehe

    ReplyDelete
  2. aku sedang mencari lego Ant-Man hehe

    ReplyDelete
  3. bagi peminat filem ini memang feel ..dan wajib tengok sekarang di pawagam yang terdekat.

    ReplyDelete
  4. Marvel best tu, macam menarik je Ant-Man 2015 ni! hehe

    ReplyDelete
  5. tengok trailer biasa je.. tak pe nanti ada masa nak pi tengok

    ReplyDelete
  6. Macam menarik jer jalan cerita ni. Selalunya cerita aksi luar negara jarang mengecewakan.

    ReplyDelete
  7. tengok traile biasa je maknanya kat wayang mmg gempak :D Sebab ada benda tak tunjuk semua

    ReplyDelete
  8. Macam best jer crita ni. Tetapi anak2 memilih Jurassic World la pulak.

    ReplyDelete
  9. Ramai juga yang dah tonton cerita Ant Man ni yea..baca artikel pun macam dah best, tapi bila la nak boleh pegi ni...

    ReplyDelete