Tips Untuk Menangani Isu Saudara Mara Pemalas Di Hari Raya - adarain

Tuesday, 21 July 2015

Tips Untuk Menangani Isu Saudara Mara Pemalas Di Hari Raya

Selamat hari raya kepada korang semua


Baru beberapa kita menyambut hari raya kecoh pula dengan seorang public figure sebagai chef yang sangat terkenal dengan masakan di Malaysia dan juga seluruh dunia.


Isu ini menjadi viral apabila chef tersebut berasa tidak puas hati dengan saudara yang bangun lambat sehingga pukul 9 pagi dan malas berusaha.


Sungguh aku respect dengan Chef tersebut dengan pengorbanannya mengharumkan Malaysia dengan masakannya yang memukau semua pelusuk dunia.



Sebar Aib Saudara sendiri bukan Jalan Penyelesaian


Menyebarkan aib saudara sendiri dengan semua orang bukan jalan penyelesaian kalau rasa nak MELETOP sekali pun.


Sebab benda kecil macam ni boleh jadi benda besar. Seperti contoh apa yang berlaku sekarang aib yang dikongsikan dengan semua orang telah mengundang kemarahan orang tertentu.


Isu ini mungkin tidak menjadi besar sekiranya yang diaibkan mengambil sikap berdiam diri atau tidak  berbalas-balas atau mungkin meminta maaf tentang apa yang berlaku.


Minta maaf bukan bermakna kita kalah tapi mengalah demi menjaga serta menyelamatkan sesebuah hubungan.


Tapi dah semua masing2x tak nak kalah memang BESAR la jadi isunya.




[caption id="attachment_4297" align="aligncenter" width="683"]Tips Untuk Menangani Isu Saudara Mara Pemalas Di Hari Raya sekadar gambar hiasan[/caption]

Tips Untuk Menangani Isu Saudara Mara Pemalas Di Hari Raya


Berikut adalah perkongsian dari Khairul Faizie Mohammad Kamar untuk menangani isu saudara mara yang pemalas di hari raya.




  1. Tegur baik baik secara bersemuka.

  2. Tak mampu secara bersemuka, guna orang ketiga / orang lain utk tolong tegur. Contohnya minta mak saudara yg lebih otai ( dan selalunya lebih di hormati) utk tolong tegur anak saudara ( cousin kita) yg malas tu.

  3. Kalau cara pertama & kedua pun tak mampu, maka pada saya, ambil lah sikap berlapang dada, belajar utk redha & ikhlas kan hati ( atas setiap kerja yg kita buat di kampung masa balik bercuti raya). Janganlah di luah di media sosial keburukan saudara mara sendiri ( x kira lah berapa geramnya kita).Dlm masa yg sama, jgn lupa gunakan kuasa DOA. Doa la pada Allah moga saudara mara/ ipar duai/ etc yg pemalas tu, berubah.Jgn guna kuasa FB.


Macam sia sia aja tau kumpul pahala/ minta ampun masa Ramadan, kalau baru 2-3 hari habis Ramadan kita buat dosa maki hamun saudara mara sendiri kat media sosial.


Masing2x buka aib masing2x, peminat dengan haters tepuk tangan.


Twitter hafiz Hamidun

Comments

6 komentar

mari terus memperbaiki diri menuju ke arah yang lebih baik, bunag jauh-jauh sikap pemalas dari diri kita dan keluarga

Yang kena tegur pun perlu berlapang dada, jangan sampai tidak boleh ditegur.. nak menegir pula, kenalah dengan caranya..

Bukan semua orang dilahirkan sempurna.. Setiap orang ada kelemahan masing-masing... Sekiranya kita berniat untuk memperbaiki kelemahan mereka, Tegurlah mereka secara berhemah.. Demi menjaga keharmonian sesebuah hubungan..

Jaga aib saudara lain, In sha Allah Allah jaga aib kita :)

menegur ni banyak cara. aku ni kadang malas nak menegur haha

Saya kurang setuju juga dengan cara Chef Wan tu..memang niatnya baik tetapi caranya dah salah..


EmoticonEmoticon