√ Restaurant Sopoong Saji Makanan Korea - Adarain

Restaurant Sopoong Saji Makanan Korea

Dah lama tak makan makanan korea, kebetulan member ajak try makan restaurant Sopoong yang baru buka kat Ioi Mall City Putarajaya. So, pergi je la orang dah ajak takkan nak tolak plak kan.

Restaurant Sopoong Di IoI Mall City Putrajaya


Ini first time dangar nama restaurant tersebut, selalu dengar nama restaurant dubu-dubu, Soul Garden dan Bulgogi Brothers.

Sebelum makan kita terjah dulu dekorasi restaurant tersebut. Dekorasi restaurant tersebut sangat simple dengan mengambil tema natural putih dan hijau. Kira sedap mata memandang.

Restaurant Sopoong Saji Makanan Korea
nice warna tema hijau

Masuk sahaja restaurant tersebut kami disambut baik dengan senyuman oleh seorang pakcik yang mungkin pemilik restaurant tersebut dengan berkata dalam bahasa korea. Tetiba feeling korea jap. :D

Menu restaurant lebih kurang sama dengan restaurant korea yang lain cumanya pilihan minuman dan sushi tak banyak dan terhad. Tapi dengar kata akan up to date menunya pada masa akan datang nanti. 

Harga standard restaurant la tetapi berbaloi untuk mencuba di restaurant tersebut sebab sedap dan banyak. Paling murah RM13 untuk pakej pelajar kalau biasa paling rendah RM15+

Restaurant Sopoong Saji Makanan Korea
Bibimbap
Yang bestnya Wifi ada disediakan. So, sambil korang nak makan sambil tu korang boleh share gambar makanan korang kat Instagram. :D

Siapa yang nak try makan kat sini boleh la ke tingkat atas sekali Ioi city Mall Putrajaya di bahagian hujung sekali dekat dengan eskalator.

alamat : L2-D21-R2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor

Get notifications from this blog

18 comments

  1. dengar nama macam kelakar tapi masakannya tak mengecewakan.

    ReplyDelete
  2. nama restoran ala-ala jawa....

    ReplyDelete
  3. untung bro dapat pergi..makanan korea memang best..

    ReplyDelete
  4. Makanan korea memang mengenyangkan. :D

    ReplyDelete
  5. suasana alami yang enak buat dating

    ReplyDelete
  6. Assalam.. salam perkenalan.. thanks sharing.. takut nak naik kapal terbang boleh la g sini je nak merasa ala2 kat korea.. :)

    ReplyDelete
  7. Wassalam, salam perkenalan juga. Makanan korea bolehla merasa tapi nak merasa suasana korea tu kena terbang ke sana. :D

    ReplyDelete
  8. pehh..

    dah lama gak try makanan korea nih.

    cuti nanti nak cuba la.

    ReplyDelete
  9. Belum pernah try lagi makanan korea..

    ReplyDelete
  10. Hiasan dalamannya menarik perhatian :D

    ReplyDelete
  11. memang menarik dan menyamankan :D

    ReplyDelete
  12. sedap nampaknya tu.. peminat korea la katakan.

    ReplyDelete
  13. […] 2F – Ioi City Mall  Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Berhampiran dengan Boat Noodle dan Soopong […]

    ReplyDelete