Thursday, 1 October 2015

Sejarah Hari Kopi Sedunia

Hari Kopi Sedunia - aku sebagai penggemar kopi memang tak tahu menahu langsung pun pasal kewujudan Hari Kopi Sedunia. Apa yang aku tahu kopi ada macam-macam jenis kopi kemudian khasiatnya pun banyak juga ada keburukkannya.

Hari kopi sedunia telah diwujudkan bagi mempromosi dan menyambut kopi sebagai minuman di mana setiap negara akan mengadakan satu festival khas untuk kopi sahaja.

Tarikh rasmi pertama Hari Kopi Sedunia ialah 1 Oktober 2015, di mana ianya telah dipersetujui oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa.


selamat hari kopi sedunia

Sejarah hari Kopi Sedunia.


Bagaimana Hari Kopi sedunia boleh wujud? Sebenarnya kewujudan hari kopi ni tidak dapat dikenal pasti secara tepat bila ianya dilancarkan.


Satu event telah diperkenalkan di negara Jepun pada tahun 1983 oleh Persatuan Coffee Di Jepun. Ini merupakan acara yang terawal pernah dilakukan untuk minuman kopi. Kemudian ianya diikuti oleh negara-negara yang lain.

Di Amerika Syarikat "Hari Kopi Sedunia" telah di war-warkan kepada umum seawal tahun 2005

Nama "Hari Kopi Sedunia" pertama kali digunakan oleh Southern Food and Beverage Museum yang mengadakan sidang akhbar pada 3 Oktober 2009 untuk menyambut hari kopi dan mengumumkan buat pertama kali di Festivel Kopi di New Orleans.

Kemudian di Negara China, Pertubuhan Kopi Antarabangsa mula menyambut pada tahun 1997 dan menjadikan sambutan tersebut sebagai sambutan tahunan pada awal bulan April 2001.

Di Nepal pula, mereka menyambut Hari Kopi Sedunia buat pertama kali pada tahun 2005. Manakalah Indonesia pada 17 Ogos 2006, diikuti dengan negara Taiwan yang menyambut pada tahun 2009.


Malaysia pula pada 29 September 2015 sama seperti negara Australia, Canada, Scotland, Iceland, Japan dan banyak lagi. Sri Lanka menyambut hari kopi pada 1 Oktober 2015.

Tarikh Hari kopi sedunia berbeza dengan negara-negara yang lain.

Ada Apa Dengan Hari Kopi Sedunia?


Kebiasaanya akan ada festivel sempena minuman kopi sahaja di mana jualan murah serta pemberian kupon akan dilakukan untuk peminat kopi.

Usahawan kopi pula akan mengadakan jualan murah untuk minuman kopi seperti Wonda Coffee di mana memberikan harga se-tin kopi dengan harga Seringgit (RM1) sahaja berbanding dengan harga asal iaitu RM2 lebih.

29 Comments

sangat murah promo kopi wonda. tapi malangnya aku tak berapa minat kopi wonda

baru tahu ada hari kopi sedunia..tapi saya memang tak minum kopi..suami je minum..huhu

baru tau nih klo ada hari kopi sedunia hehe

Ini yang Radio Era yang sedang kuat promosi sekarang ni..

tak semua orang minum kopi kan. hehe

aku tak pernah lagi minum kopi wonda and baru tau kewujudan Wonda lepas tgk iklan dia yang tiba2x 'bersepah'.

Tak pernah juga minum Wonda coffee ni, hanya tengok iklan di TV sahaja

yang aku tahu
hari2 minum kopi

okeh.

gua memang suka minum kopi.

sila belanja gua secawan kopi sekarang.

sehari kalau takde caffeine dalam badan rase macam perokok tegar tanpa nikotin haha

owh baru tahu adanya hari kopi sedunia. hari2 kena kopi baru best

buat laki-laki senang ada hari besar kopi sedunia

ada kopi tentunya ada hari rokok sedunia nantinya

aku suka wonda kopi, boleh dapat murah kalau beli kat hospital kerajaan hehehe

nasib baik hari kopi tidak dijadikan hari cuti umum..

dah banyak sangat cuti kat Malaysia.

owh ye ke dapat murah kalo kat hospital. baru tau. :D

Terlepas promo kopi hari tu. Saya memang perlukan kopi sebagai pemula hari yang indah.

Saya rasa nescafe dengan wonda macam sama je :)

suka aroma dia.tak tegar untuk minum tapi sesekali bolehlah tu seteguk dua hiii

baru tahu.. kebetulan nak cari kopi yang best2 ni.. nak lanje ke? hahahaha

feverat aku kopi ais..nescafe ngan teh tak minum..selalu minum malam susah nak tido pulak..hehe

makasih nih buat info sejarah kopinya baru tau hehe