Thursday, 3 September 2015

Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U?

Alternatif untuk membayar balik PTPTN sangat senang dan mudah dilakukan di mana-mana sahaja tetapi peminjam sendiri yang menjadi masalah kerana masih liat untuk membayar balik PTPTN.

JIka sudah bekerja dan berkemampuan eloklah dipercepatkan menunaikan hutang-hutang yang tertunggak. Jangan tangguh dan bayar hutang sekarang.

Hutang bukan 'benda' yang boleh buat main-main sebab hutanglah boleh jadi terbantut untuk rezeki masuk dalam kehidupan seharian. Kalau tak ada kesungguhan nak bayar hutang makanya rezeki susah nak masuk.

Jangan mengeluh kalau rezeki susah nak masuk tapi tak bayar hutang.

Cara Bayar Balik PTPTN Guna Maybank2u

Cara Bayar Guna App MAE / Maybank2u

  1. Login aplikasi MAE by Maybank2u
  2. Tekan Pay & Transfer
  3. Pilih Pay Bills
  4. Cari dan pilih PTPTN
  5. Masukkan: No Kad Pengenalan / No Pinjaman dan Amaun bayaran
  6. Confirm & bayar.

Tempoh kemaskini mengambil masa 3 hari masa bekerja. Dan caj RM 1 akan dikenakan. 

Alternatif: Guna JomPAY

Kalau tak jumpa PTPTN dalam senarai:

  1. Pergi ke Pay & Transfer
  2. Pilih JomPAY
  3. Masukkan: Biller Code PTPTN dan Reference 1: No IC (Tanpa dash contoh: 900101101234) serta Reference 2: biasa kosongkan, kemudian masukkan Amount
  4. Confirm

Biller Code dan Ref-1 berbeza mengikut produk Pinjaman (Konvensional), Pinjaman (Ujrah), Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus

Biller code

34975 - Pinjaman Ujrah
96933 - Pinjaman Konvensional

Tempoh kemaskini mengambil masa 3 hari masa bekerja. Dan caj RM 1 akan dikenakan. 

Alternatif Terkini : Download App MyPTPTN

Lagi senang bayar kat app Myptptn. Boleh download kat Android dan Iphone. Kali pertama daftar kena mulakan langkah pertama korang dengan mendaftar MyDigital ID terlebih dahulu. 


Macam Mana Nak Bayar Balik PTPTN Melalui Maybank2U?
mudah sekarang skrang dah ada app berbanding dulu takde. 


Semak Baki Pinjaman PTPTN

Dibawah adalah penyata baki PTPTN. Kalau nak tengok baki PTPTN tinggal berapa, boleh cek log in kat [DISINI].

Kalau lupa kata laluan or password just klik lupa password nanti akan dihantar password baru melalui email.

Pelbagai Saluran lain kalau nak bayar hutang selain maybank2u antaranya ialah :


  1. Financial Processing Exchange (FPX) di laman rasmi PTPTN
  2. Kad atm atau kad debit di mana-mana kaunter PTPTN.
  3. Pengeluaran Akaun II KWSP
  4. Potongan Gaji
  5. Perbankan Internet
  6. Shopee
  7. Touch n Go - (TnG e-Wallet)
  8. Boost

Terpulang nak bayar balik pinjaman PTPTN kat mana tapi yang penting langsaikan hutang dengan segera. 

17 Comments

Dengan adanya kemudahan ni, memang mudah para peminjam nak bayar balik pinjaman. Tak perlu nak ke bank dah kan?

bayar lebih sikit.

kalau tak..memang lambat la nak habis.

yap, boleh dilakkukan secara online :D

Saya guna CIMB, pun boleh juga, senang, sebab gaji masuk CIMB. :)

syukurla hutang ptptn ni dah langsai, lega rasanya ;)

Memang guna cara ni senang dan mudah

walaupun aku ni tech savvy, selalu beli barang online dan sebaginya, tapi tengah ke napa, aku lebih suka ke kaunter.

Senang sangat nak bayar balik bila ada method pembayaran melalui M2U macam ni

tak ada complain susah nak bayar sebab tak banyak saluran nak bayar.

ni mesti takot salah masuk duit. hehe

dah semakin mudah..tak payah nak beratur kat pejabat ptptn kan

Saya ni dah beberapa bulan tak bayar..tak dan duit.. sekali ingat sedih pun ada,..saya selalu pakai bimb sebab gaji dulu masuk kot situ..senang transfer aje..

kalau cara dah semakin senang begini.. tak de baki yang cukup dalam akaun jer jadi masalahnya..

BRITFIRE Tshirt Band close 4 May 2017 at 00:24

betul2 senang je kemudahan online skrg ni... alhamdulillah byr online senang..

sapa nak buat duit sampingan jual tshirt band atau nak order tshirt band..

blh whatsapp 012 8529915 atau masuk link fb ni

www.facebook.com/britfiretshirtband