√ Review Novel Fixi Mereka - Adarain

Review Novel Fixi Mereka

Novel Fixi Mereka - Siapa tak kenal dengan Ariff Adly yang terkenal dengan karya yang seram dalam novel keluaran Fixi yang tertajuk Kacau dan Gelap. Setakat ini paling seram antara Kacau dan Gelap adalah Kacau.


Kali ini Arif Adly telah mengeluarkan karya terbaru iaitu bertajuk MEREKA.



Sinopsis MEREKA


Mengisahkan seorang yang bernama Joker mempunyai kelebihan dalam melihat perkara-perkara yang sepatutnya tidak dapat dilihat oleh manusia.


Kisahnya bermula setelah dia pergi ke majlis perjumpaan dengan kawan-kawan lama di sebuah kem di pahang. Pelbagai perkara misteri dilihatnya dengan begitu jelas walaupun sebelum ini agak samar-samar.


Apa yang berlaku setelah itu? Adakah mimpi yang sering dialami sebelum perjumpaan tersebut menjadi kenyataan? Apakah nasib Chunky dan rakan-rakan lain?


Novel Fixi MEREKA



Review Novel Fixi - MEREKA


Best ke Novel Fixi Mereka?


Ini adalah pandangan peribadi tentang novel ini mungkin ada yang bersetuju ataupun sebaliknya.


Novel MEREKA boleh dikatakan berbaloi untuk dibaca walaupun Novel Kacau paling seram berbanding Mereka. Jalan cerita pun senang untuk difahami dan dapat dirasakan seramnya jika dibaca sorang-sorang.


Kisah seram yang berlaku atas disebabkan pemujaan serta perjanjian yang membawa kepada kesesatan serta perlu mengorbankan rakan-rakan yang lain.


Bayangkan kawan korang melakukan perkara yang menyesatkan kemudian membabitkan korang dalam perjanjian dengan makhluk kemudian dibawa tempat yang menakutkan berhadapan pula dengan makhlus halus yang mengerikan.


Berjaya mereka melepasi halangan dari Makhlus halus untuk melepaskan diri? Nak tahu jawapannya macam mana mereka meloloskan diri dari dunia makhlus halus yang menakutkan kena baca buku ini.


Mesti baca buku ini time korang bosan dan keseorangan baru syok nak baca dan feel jalan cerita dalam novel ini.



Harga Novie Fixi Mereka


Harga pun berbaloi nak beli iaitu RM19.90. Novel ini mendapat tempat pertama terlaris Jualan setiap minggu.


Nampak tak?


Betapa hebatnya novel ini sampai laris jualannya di pasaran. Boleh beli kat kedai buku di cawangan MPH, Kedai Fixi, Beli online Fixi ataupun beli online melalui Bookstore android.

Get notifications from this blog

9 comments

  1. ho..ho..macam best je novel ini..masalahnya saya jarang membaca novel..asyik dengan blog,kerja dan keluarga..

    ReplyDelete
  2. okeh.

    nanti cari cerita yang ni plak.

    fixi ni memang layan gak kekadang. cerita memang bukan-bukan habis.

    imaginasi liar habis.

    ReplyDelete
  3. Bro buat teview novel maka saya pulak buat review blog..

    ReplyDelete
  4. sblm ni tak pernah baca cerita novel seram ni..selalu baca cerita novel cinta je..huhu..mungkin boleh cuba lepas ni..

    ReplyDelete
  5. penasaran jadi ingin baca novel fixinya

    ReplyDelete
  6. tak pernah baca pulak buku fixi. ramai ckp best.

    ReplyDelete
  7. Memang lama dah tak layan nove seram ni...

    ReplyDelete
  8. tak berapa pandai sangat nak pilih novel. Kena tunggu ada orang review baru tau nak beli novel yang mana :D

    ReplyDelete