√ Kecuaian Punca Tragedi Berlaku - Adarain

Kecuaian Punca Tragedi Berlaku

Kecuaian - Baru-baru ni banyak kes tentang kehilangan budak, kes penculikan, kes ragut, kes kemalangan yang melibat kanak-kanak, kes kemalangan jalan raya dan banyak lagi.

Nak sebut semuanya memang tak terhitung banyaknya kes-kes tragedi buruk macam ni yang berlaku di negara kita sendiri.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Macam mana tragedi buruk boleh berlaku?

Kecuaian Yang Mengundang Padah


Seperti kemalangan kereta atas pemandu yang cuai dan leka bermain smartphone ketika memandu mengundang padah yang mengakibatkan kematian penumpang yang lain. Perkara ini banyak berlaku ketika musim perayaan atau musim cuti sekolah.

Contoh lain dapat dilihat isu terkini kecuaian ketika ibu bersama anak, di mana anak sedang bermain eskelator manakala ibu pula sibuk bermain dengan hp. Akibat kecuaian ibu, anaknya telah mengalami kecelakaan yang jatuh dari tingkat (5) lima sehingga mengundang kematian.

Jika ditegah oleh si ibu awal-awal sudah pasti tidak berlaku tragedi seperti berikut. Nasi sudah menjadi bubur. Kes kecuaian ibu bapa menyebabkan kematian anak semakin serius sekarang.

Ibu bapa atau penjaga yang cuai atau membiarkan anak mereka tanpa pengawasan boleh didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001. Jika disabitkan kesalahan mengikut peruntukan itu, ibu bapa dan penjaga boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang tidak melebihi RM5,000.

Kecuaian Diri Sendiri


Aku pun tak terlepas dari kecuaian sama ada sekecil-kecil sehingga sebesar-besar kecuaian.

Sebagai contoh cuai bila bab nak tutup air. Lupa nak tutup air habis air melimpah ruah dah satu hal pembaziran kat situ. Lagi satu tertinggal barang berharga kemudian lupa letak barang kat mana.

Nasib barang tu tak hilang kena curi. Kalau hilang menyesal tak sudah la jawabnya.

Berdoa agar terhindar dari Musibah gara-gara kecuaian.


Memanglah takdir ditentukan Allah, tetapi kita tidak harus memahami takdir dalam pengertian segala sesuatu telah ditetapkan perincian kejadiannya oleh Allah, sehingga manusia tidak dapat mengelaknya. Takdir adalah ketentuan terhadap sesuatu berdasarkan sistem yang ditetapkan-Nya.

Siapa bersandar di tembok yang rapuh akan ditimpa runtuhannya, dan siapa yang menjauhi tembok itu akan terselamat.

Salah satu usaha tersebut adalah doa. Justeru kita dapat berkata bahawa ada ketetapan-Nya yang telah pasti dan ada pula yang bersyarat. Siapa tahu salah satu syarat itu adalah doa, sehingga apa yang diperolehi mereka yang berdoa, sudah tentu berbeza dengan apa yang dialami oleh mereka yang tidak berdoa.

Manusia memang tak perfect at least kcuaian itu jangan sampai berulang-kali.

Get notifications from this blog

14 comments

  1. sebab itu kita harus beringat dan berpesan-pesan sentiasa, kadang2 kita perlu bersangka negative terhadap suasana.

    ReplyDelete
  2. pernah berlaku depan mata sendiri accident akibat main handset. live di depan mata. hanya jarak beberapa meter sahaja dari aku. aku memang ternampak pemandu dan penumpang main handset sebelum terbabas

    ReplyDelete
  3. MV dulu pun pernah cuai..tinggal anak sekejap dalam walker..anak terbalik..bincut kepala...menyesal tak sudah....

    ReplyDelete
  4. selagi boleh elak, kita elakkan ye...

    ReplyDelete
  5. dunia dah rusak,siapkan diri tuk mesa depan akherat

    ReplyDelete
  6. lihat orang pandu kereta zaman sekarang seperti bernyawa dua

    ReplyDelete
  7. duit hilang boleh cari, nyawa hilang mana nak ganti?

    ReplyDelete
  8. selagi mampu elakkan kecuaian daripada berlaku.

    ReplyDelete
  9. hope for the best...plan for the worst...

    ReplyDelete
  10. sebab itu kena lebih berhati-hati.

    malang memang takde baunya.

    ReplyDelete
  11. sentiasa berdoa moga dijauhkan dari kejadian tak diingini, sesal kemudian memang tiada gunanya

    ReplyDelete
  12. itulah, saya pun selalu berdoa Allah lindungi anak2 dan keluarga saya

    ReplyDelete
  13. selagi dapat dielak maka cubalah elakkan kecuaian begini..

    ReplyDelete
  14. kita harus jaga orang - orang di sekitar kita dengan aman

    ReplyDelete