√ Ada Gaji Tapi Tak Pernah Cukup Untuk Sebulan? - Adarain

Ada Gaji Tapi Tak Pernah Cukup Untuk Sebulan?

Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ditambah pula dengan bermacam-macam kenaikan di negara kita, dari kenaikan harga minyak berterusan dengan kenaikan pengangkutan awam KTM.

Siapa yang tak marah kalau semua barang dan perkhidmatan dinaikkan secara mengejut. Sudahlah banyak cukai dan gst telah dilaksanakan kini rakyat menerima berita bermacam-macam kenaikan harga.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Perkara seumpama ini sangat membimbangkan dan berkemungkinan sebahagian daripada kita akan terus jatuh miskin.

Gaji Sebulan Tak Cukup?


Gaji sebulan RM 3500 menurut orang atasan dianggap miskin kalau menetap di bandar lagi-lagi yang sudah berkeluarga. Gaji tersebut pula perlu menampung segala kemampuan seperti sewa rumah, bil api dan air, minyak dan hutang kereta, barang dapur, barang keperluan anak-anak belum masuk lagi duit simpanan atau duit untuk kegunaan kecemasan.

Bagi mereka yang bujang gaji seumpama itu mencukupi untuk sebulan dan cuba bayangkan mereka yang bergaji yang RM1500 pun ada lebihan untuk simpanan sendiri.

Kawan saya gaji 4k sebulan tapi langsung tak teringat nak menghulur kat mak ayah di kampung. Gaji banyak tapi tak pernah rasa cukup. Baru nak ada duit lebih sikit, kereta rosak la, terlanggar kereta orang la, komputer meragam la, phone jatuh berderai la.

Seorang lagi kawan saya gaji hanya 1.5k sebulan kerja biasa-biasa. Lepas tolak hutang kereta segala, ada la tinggal tiga empat ratus untuk kegunaan sendiri tapi masih tetap hantar duit kepada ibu bapa di Kampung ikut kemampuan yang ada. Kadangkala RM100, kadangkala RM50 yang dia hantar tanpa diminta dan tak pernah miss. Dengan lebih duit yang ada, dia sentiasa rasa cukup dan kadangkala rasa berlebih tak tahu nak buat apa.

Betapa berkatnya hidup seorang anak yang tidak pernah melupakan kedua ibu-bapanya melebihi keperluan diri sendiri. Moga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang begini.


Sebenarnya bergantung pada kita menguruskan kewangan kita dalam memenuhi keperluan dan kehendak. Jangan kita memboroskan diri dengan memenuhi kehendak dari keperluan. Dan paling mustahak sekali pada Ibu Bapa kita. :D

Buat lebih dari satu kerja


Sebahagian dari kita pula membuat kerja sambilan melihat gaji tetap tidak dapat menampung keperluan untuk sebulan.

Ada banyak gaji sambilan yang boleh dibuat antaranya jual kuih, buka kedai burger, buka restoran dan sebagainya. Ada modal Jalan terus. Ilmu, Usaha dan motivasi tu perlu ada.

Terpulang mahu berniaga apa yang penting HALAL caranya.

Tapi ada yang lagi mudah ialah dengan melakukan perniagaan secara online.

Mudah tu tak adalah nak kata mudah sangat tapi cukup untuk kita faham basic tentang perniagaan secara online. Berminat nak berniaga secara online tapi tak tahu macam mana nak buat? Modal tak banyak?

Semoga dapat membantu meringankan beban kita untuk menjana pendapatan secara berterusan pada masa akan datang. :D

Get notifications from this blog

10 comments

  1. Hidup pada zaman sekarang ni kena ada multi income.... Tak boleh berharap kepada satu gaji semata-mata...

    ReplyDelete
  2. banyak cara nak tambah income. antara nak atau tak je. huhu

    ReplyDelete
  3. Dunia sekarang yang semakin mencabar.

    ReplyDelete
  4. pasti bingung kalu kita dalam kondisi seperti itu

    ReplyDelete
  5. nak ikutkan kena tengok balik komitmen dan cara berbelanja :)

    ReplyDelete
  6. kalau tak cukup sebulan, usaha cari duit untuk 2 bulan :)

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum... adarain,

    cabaran masa kini adalah kos sara hidup yang semakin meningkat kan..

    mselim3

    pls: apa yang penting tak lupa nk bagi rezeki yang ada kat ibu-bapa. yer tak...

    ReplyDelete
  8. Usaha lah Untuk cari rezeki lebih. Allah Maha pemurah. Betul. Macam macam jenis perniagaan ada sekarang ni.

    ReplyDelete