√ Movie Tamil Aranmanai 2 Papar Seram Komedi Yang Menarik - Adarain

Movie Tamil Aranmanai 2 Papar Seram Komedi Yang Menarik

Movie Tamil Aranmanai 2 :  Sebenarnya tak merancang pun nak tengok movie tamil lagi-lagi tak pernah tengok cerita tamil kat wayang. Tapi memandangkan tak ada movie yang best masa tu dan kebetulan mak plak layan je kalau tengok Cerita tamil jadi tengoklah movie Aranmanai 2.

Belum tengok yang pertama dah main bedal tengok yang kedua. First time tengok movie tamil kat wayang ni.

Sinopsis Aranmanai 2


Cerita ni mengisahkan Roh jahat yang menganggu sebuah rumah besar di sebuah kampung. Dan mula merasuk seorang perempuan untuk menakutkan penghuni rumah tersebut.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Sebelum kejadian Roh jahat datang rumah tersebut ada seorang bisu yang menghalang tuan rumah dari memasuki rumah tersebut kerana si bisu tersebut terlihat roh jahat telah masuk ke rumah besar. Tetapi tuan rumah tidak mengendahkan si bisu tadi dan terus masuk.

Lalu berlaku kejadian tragis di mana tuan rumah tersebut koma akibat terjatuh apabila melihat hantu.

Kemudian, anak tuan rumah kembali datang ke rumah tersebut untuk menyelesaikan masalah tersebut selain menziarahi bapanya yang sakit.

Selidik punya selidik rupa2xnya roh jahat tersebut adalah kakaknya sendiri.

Persoalannya di sini kenapa kakaknya bernama Maya menganggu bapanya sendiri sehingga koma malah menganggu bapa saudara serta anak saudara? Nak tahu  kena tengoklah sendiri

Review Aranmanai 2


Permulaan cerita ni agak menarik dengan paparan kuil yang sedang dibina kemudian ditambah lagi dengan sesi menangkap hantu.

Movie ini takdelah seram mana namun ada sisi menarik dengan pelakon melakukan dengan lawak bersahaja dalam Aranmanai 2. Lawak yang ada dalam movie ni mampu membuatkan korang tertawa.

Movie tamil masih lagi dengan nyanyian itu sudah semestinya dan lagu pun sedap di dengar. :D

Takde rugi kalau tengok cerita ini sebab banyak babak yang menarik bukan sahaja lawak malah babak sedih pun ada disebabkan masih mengamalkan caste.

Ada pengajaran di sini kalau dapat dilihat di mana amalan caste perlu dihapuskan dan tidak releven kerana setiap manusia diciptakan untuk hak bersama tanpa mengira status.

Tak sangka tengok movie tamil kat wayang pun best gak. Hahaha. memang layan nanti kalo ada movie tamil yang best boleh tengok lagi. Best ke tak Aranmanai 2? Best! bagi 7/10 Bintang

Get notifications from this blog

21 comments

  1. filem tamil yang aku pernah tengok endhiran,lakonan rajini..pastu x tengok dah..hahah

    ReplyDelete
  2. okeh.

    cite tamil memang dah tak tengok sekarang.

    tak tau nape. haha

    ReplyDelete
  3. Ala. Nape x cerita smpai habis? Hehe. Macam best pulak cerita ni kan. Kena tunggu ade main kat tv la nanti.

    ReplyDelete
  4. boleh try tengok cerita endhiran ni? tak pernah tengok plak.

    ReplyDelete
  5. ala, kantoila nanti endingnya macam mana nanti.

    ReplyDelete
  6. Akak teka, mesti sebab kakak dia tu kena rogol dgn ayah dan bapa saudara dia. eheh. Agak je la. Awk tgk kat mana movie ni? Takut kang cerita tu sad ending nanti ada rusuhan pulak dalam panggung tu. Eheee...

    ReplyDelete
  7. salah, kasi spoiler khas tuk kak. haha, jawapannya kakak tu kena bunuh ngan bapa sendiri sebab malu anaknya kahwin dengan org suruhan sendiri.

    ReplyDelete
  8. aah, ya memang best. tak sangka first tengok cerita tamil jadi best plak. rasa nak tengok movie tamil yang lain.

    ReplyDelete
  9. Eh, dah lama tak layan Tamil la, hindustan pun tak ambik port dah...

    Tapi cerita Tamil sekarang pun dah banyak variasi kan?

    ReplyDelete
  10. serius, saya nak bagitahu, saya ni lagi suka layan citer tamil dari hindustan...
    cerita hindustan balik2 cerita cinta tak kesampaian...grrrr...
    tamil best walaupun hero dan heroin tak cantik mana, tapi jalan cerita selau buat saya melekat depan tv!

    ReplyDelete
  11. laki akak memang minat habis citer tamil ni, bolehla suggest kat dia ;)

    ReplyDelete
  12. tu la bila tengok movie ni terus saya jadi tertarik nak tengok movie tamil yang lain.

    ReplyDelete
  13. hmmm bila last time aku tengok cerita tamil ek...

    ReplyDelete
  14. cerita tamil ni sebenarnya best.. autaaa dia power betul. tumbuk sekali, berguling guling macam apa tah. hahaha

    mesti best kan cite ni. nk tengok tu bila la agaknya

    ReplyDelete
  15. bolehlah jadi pilihan selepas citer korea, hahah

    ReplyDelete
  16. aah auta dia tu nampak gempak walaupun merepek. haha

    ReplyDelete