Hampir Buta Tonton Drama Korea Tanpa Henti
Tonton drama Korea tanpa henti boleh jadi buta? Itulah yang terjadi baru-baru ini penglihatan seorang wanita Cina dari Beijing rosak teruk selepas menonton drama korea tanpa henti di tabletnya.
Wanita yang dikenali sebaga Huang baru berusia 20-an itu telah menonton 18 episod sejam setiap satu tanpa henti dan hanya bereehat dua kali untuk makan.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Walaupun mengalami rasa tidak selesa pada matanya, dia tetap menghabiskan tontonan drama maraton itu. Kelmarin, Huang bangun pagi dan berasa sakit teramat pada mata serta loya.
Selepas membuat pemeriksaan di jabatan oftalmologi Hospital Nanjing, doktor mendapati keadaan wanita muda itu lebih teruk berbanding tekanan biasa pada mata.
Huang didiagnosis dengan glaukoma akut, keadaan di mana tekanan meningkat dalam mata menyebabkan seseorang itu boleh menjadi buta.
Hampir Buta Punca Jarak Terlalu Dekat dan Lama
Menurut Pusat Mata Nasional Singapura, gejala lain glaukoma akut termasuk mata merah, pening kepala dan loya. Sina News melaporkan, penglihatan Huang terjejas akibat terdedah kepada tempoh lama melihat skrin tablet pada jarak dekat.
Lebih buruk lagi, dia tidak menyalakan lampu ketika menonton drama itu pada waktu malam.
Sementara itu, penemuan terbaharu Universiti Toho mendapati, seseorang individu yang melihat skrin komputer lebih sembilan jam sehari berisiko dua kali ganda mendapat glaukoma berbanding individu lain.
Mereka yang mengalami rabun jauh (miopia) juga didapati mendapat risiko meningkat keadaan itu.
Bahagikan Masa Tengok Drama Korea
Ada berani lepas ni tengok Drama korea tanpa henti? Bukan drama korea je drama english pun sama. Aku pun sendiri minat dengan drama korea kalau boleh satu hari nak habiskan satu drama korea time hujung minggu sebab dia punya jalan cerita makin buat kita nak tengok untuk next episod. Tapi pandailah aku bahagikan masa dan rehatkan diri dari tengok drama korea sepanjang masa.
Sama-samalah kita menjaga mata dengan merehatkan mata iaitu memperbanyakkan tidur dihujung minggu. haha :D
Sekarang ni, dah mula addicted dengan drama Game Of Porn. eh.. Game of Throne. Makin lama makin best jalan cerita GOT.
Get notifications from this blog
issyyhhkk...!! bahayanyaaa...
ReplyDeletesaya suka tengok movie hindustan.. satu movie dekat 3 jam.. kalau marathon 3 movie dah jadi 9 jam.. ohhh no...!! lepas ni kena susun balik jadual dan senarai movie.. hehehehehe.. :)
apa nak jadi dengan manusia sekarang..semua perkara menjadi terlalu obses
ReplyDeletetakde kerja, cari kerja.
ReplyDeletenasib tak buta lagi.
agak-agak la nak tengok kann..
Ya Allah fanatiknya sampai macam tu sekali
ReplyDeleteAmboi melampau sangat ni, tak ada kerja lain nak buat ke selain tengok drama je hahah
ReplyDeletedah bosan sangat tu sampai tengok drama memanjang tanpa henti
ReplyDeletedrama korea memang boleh jadi fanatik kalo sekali dah tengok.
ReplyDeleteALHAMDULILLAH, mata ok lagi :D
ReplyDeletememang kalo dah tengok drama korea mesti nak tengok lagi tapi tulah cuba kena kawal kalo tgk drama ni
ReplyDeletedrama hindustan jarang orng tengok drama berpanjangan.hha biasa tengok movie hindi je. tupun 3 jam. :D
ReplyDeletebagaimana dengan saya 5 jam -6 jam sehari apakah masih wajar
ReplyDeleteyang membahayakan adalah menonton malam hari tanpa lampu
ReplyDeleteterpulang kepada individu masing2x yang penting mata kena istirehat.
ReplyDeleteya, itu sangat merbahaya
ReplyDeleteamboi hardcore sangat tengok drama korea sampai dapat glaucoma. sayangi mata anda
ReplyDeleteAhad memang layan Running man & Law of the Jungle..
ReplyDeletekalau ada bola, rekod dulu kemudian sambung marathon :D
Sangat berbahaya, jangan la terlalu maniac.
ReplyDeleteomaigod bahaya betul.. saya pun suke sgt drama korea tp xdelah manjang hadap cerita tu..aduu parah2
ReplyDelete