√ Pengalaman Ngeri Di Vietnam Yang Takkan Dilupakan - Adarain

Pengalaman Ngeri Di Vietnam Yang Takkan Dilupakan

Saiful Bahari berkongsi pengalaman ngeri di Vietnam pada bulan di Febuary. Dan Hari ini baru berkesempatan untuk dikongsi selepas pulih dari perasaan trauma.

Kejadian berlaku Saiful dan rakan telah diculik, disamun, dan diugut bunuh semasa di sana bertarikh 22/2/2016 - 23/2/2016.

[caption id="attachment_5478" align="aligncenter" width="640"]Pengalaman Ngeri Di Vietnam Yang Takkan Dilupakan Pengalaman Ngeri Di Vietnam[/caption]

Kronologi - Pengalaman Ngeri Di Vietnam

Pada 22/2/2016 jam 10 malam saya dan rakan hendak pulang ke hotel. Kami menaiki teksi dan pemandu tersebut telah menculik kami dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Disana telah menunggu 6 orang warga vietnam untuk menyamun/merompak kami.

Kami telah dipegang dan dibawa ke satu bangunan 4 tingkat. Kami ditempatkan di satu bilik. Mereka telah menyelongkar beg, wallet dan badan untuk mendapatkan barang berharga seperti duit,hp, jam.

Semasa kejadian kami tidak dapat berbuat apa2 kerana diacu pistol dan pisau. Selepas itu, mereka mengugut untuk membunuh kami setelah diberitahu kami student.

Kami dimasukkan kedalam kenderaan iaitu teksi (menyamar) untuk dibawa ketempat yang tidak diketahui. Apabila diminta utk diturunkan pemandu tersebut berkeras utk tidak menurunkan kami dan memarahi. Takdir menyebelahi apabila kenderaan hadapan telah berhenti dan kami dapat melarikan diri.

Semasa dihotel keadaan tidak terkawal kerana terlalu takut dan trauma. Pada jam 1pagi 23/2/2016 kami telah diburu hingga ke hotel. Dan kami dapat melepaskan diri untuk ke airport bagi menjamin keselamatan nyawa kami.

Pesanan dari Saiful Bahari berhati hatilah semasa di negara orang.

===

Takut pula dengan keadaan di Vietnam sekarang. Dulu masa pergi ke vietnam ALHAMDULILLAH memang takde kes yang menakutkan macam ni. Cuma pesan kalau nak berjalan sakan kat sana make sure jangan naik sembarangan teksi just ambik teksi yang betul-betul ada nama syarikat sendiri atau naik bas. Always alert dengan keadaan sekeliling dan jaga segala document dan duit dengan betul ketika berjalan.

Get notifications from this blog

21 comments

  1. Ya Allah, bahaya ni tak kira di mana sahaja kan

    ReplyDelete
  2. ish bahayanya, alhamdulillah diorg selamat. kena jaga2 lah juga kalau nak melancong

    ReplyDelete
  3. Beringat dalam merancang pelancongan. Walaupun tempat yang biasa orang pergi, tapi malang tak berbau. Berhati-hati sentiasa.

    ReplyDelete
  4. bepergian harus dilihat keamanan negaranya

    ReplyDelete
  5. pastikan negara yang di kunjungi sangat aman

    ReplyDelete
  6. Belum pernah lagi menjejakkak kaki ke Vietnam.. bila baca cerita ni, rasa takut pula nak ke sana...

    ReplyDelete
  7. Manakutkan... mujurlah tuan selamat dan berjaya pulang... syukurlah.. t kasih atas perkongsian. Menjadi peringatan buat kami.

    ReplyDelete
  8. Kena pergi dalam grup yang ramai & minta perlindungan Allah selalu.

    ReplyDelete
  9. Hari tu rombongan tempat kerja saya berkunjung ke Vietnam. Alhamdulillah selamat, tapi dorang ramai2 la pergi

    ReplyDelete
  10. First time dgr kisah macam ni terjadi di Vietnam. Takutnya. Syukur la mereka sempat lari.

    ReplyDelete
  11. saya pun jadi pk 2 kali nak pergi ke sana.

    ReplyDelete
  12. perkongsian dari saudara lain. :D

    ReplyDelete
  13. ALHAMDULILLAH, kalau ramai risiko kena rompak skit sebab pergi dengan ramai orangkan.

    ReplyDelete
  14. bukan vietnam sahaja bahaya..mana-mana tempat pun sama..yang penting

    ReplyDelete
  15. Waduh, bahaya juga ni Vietnam, harus hati-hati lagi.

    ReplyDelete
  16. MURDAFI ITHNIN25 May 2016 at 16:17

    Assalam semua.

    Saya nasihatkan kepada sesiapa jua yang menghadapi situasi seperti Sdr Saiful supaya membuat laporan ke wakil malaysia ditempat tersebut (sekiranya ada).

    Di Ho Chi Minh City ada Konsol Malaysia disana. Sila semak dan kontek mereka sebelum kesana. (lebih baik)

    Bagi mereka yang telah kembali sila buat laporan ke Wisma Putra untuk makluman dan perhatian seterusnya.

    Terima Kasih

    Murdafi Ithnin
    Putrajaya
    0133867788

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas info yg berguna.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah semua selamat..
    Saya & famili baru saja balik dari vietnam 2 minggu lepas. Tapi kami ambil pakej & ada agen yg uruskn kami disana. Alhamduliah semuanya ok. Adalah lebih selamat menggunakan agen sekurang-kurangnya dia tahu tempat2 yg hendak dibawa. Teksi pun sudah ditempah. Kami da siap2 ambil semua contact no yg diperlukan.
    Sy juga buat research dulu sblm pergi ke sana. Bahaya mana2 ada. Cuma kita kena ambil langkah keselamatan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca di ruangan ini.

    Pesanan saya kepada mereka yang berniat nak melancong ke Vietnam harap berhati hati..jgan terus percaya harga yg dipamerkan atau ditawarkan, tanya betul betul..cause mereka ni akan kenakan charge sampingan yang tidak munasabah..salah satu kejadian yg keluarga kami terkena ketika melanggan beca disana...harga mula mula ditawarkan hanya RM15.00 bagi seunit beca untuk dinaiki sekitar bandar HoChin Minh..bila habis jer tempat yang nak dirayau, mereka akan bawak ketempat "samseng atau kaki mabuk berkumpul"..dan disitulah mereka menunjukkan belang minta additional charge yang tidak munasabah..waktu tu Allah jer yang tahu bagaimana perasaan saya sebagai seorang ayah tentang keselamatan anak anak yg berumur antara 1 tahun hingga 7 tahun(3 orang anak) dan ayah mertua yang berstatus OKU..mereka minta cas tambahan sebanyak RM500.00 bagi seunit beca,(x4 Unit Beca) mahu atau tidak saya terpaksa membayarnya walau didalam hati rasa betul betul geram dan sakit hati. Harap rakyat Malaysia yang ada perancangan hendak kesana berhati -hati, dan yang membuat saya benar benar terkilan dengan ayat dan simbol jari ditunjukkan oleh pembawa beca tersebut. " Malaysia Fuck, Malaysia Fuck"

    ReplyDelete
  20. Tengkujuh Bin Tengkuban22 February 2017 at 05:48

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca di ruangan ini.