√ Pengalaman di Aquaria, KLCC - Adarain

Pengalaman di Aquaria, KLCC

Teruja pula dapat pergi Aquaria KLCC. Siapa tak teruja kan dapat tengok ikan yang tak ada di Malaysia seperti ikan Jerung dan ikan Piranha. Aquaria KLCC merupakan salah satu tempat popular yang dilawati oleh tempatan dan juga dari pelancong asing.


Harga Tiket Aquaria KLCC:a
Dewasa : RM46
Kanak2x : RM35
Orang Tua : RM35
OKU : RM16

First kena beratur lah kan tunggu giliran nak beli tiket. Pergi time weekend memang ramai la orang. Bila dah sampai turn tu belilah tiket dan tiket dia pula bukan jenis kertas dia lebih kepada touch n Go. So, bila dah dapat tiket tu terus pergi tempat scan kad tu nanti bolehlah masuk sebelum tu nanti ada kakak cun melecun yang akan tolong touch n go kan kemudian dia akan ambil kad tersebut.

First korang masuk nanti korang akan nampak Aquarium ikan Piranha. Gila tak jakun tengok ikan eksotik macam tu. Time tengok ikan tu semua tak bergerak lgsg kalau gerak pun sikit je dah macam patung. Tengok dia punya description pasal ikan ni dia agak malu rupanya. Ganas2x ikan ni pun ada sifat malu beb.

Pastu jalan sikit ada show skitlah di mana korang boleh lah pegang tapak sulaiman. Masa tengok Tapak Sulaiman pk dua kali nak pegang ke tak nak sekali tgk budak sebelah aku pegang tapak sulaiman mana boleh jadi kena penganglah juga. Rasa mcam pegang bantal kecik. hehe


Gambar di bawah ni antara tank yang paling cantik dengan ikan yang berpusing2x. :D


Masuk lagi sampai ada banyak ikan tak teringat semua ikan dan sampai la satu terowong yang paling dinantikan.


Terowong ni lah korang boleh lihat di atas dan di sisi belah kanan dan kiri di mana dalam aquarium ni terdapat ikan jerung, penyu, pari2x besar pun ada.


Di penghujung Aquaria, korang akan nampak Obor2x yang unik. Unik tapi berbahaya. Pastu nampak kuda laut, katak, lipas dan macam2x lagi. kalau korang nampak semua ni maknanya korang dah berada di penghujung Aquaria KLCC

So, dah habislah destinasi korang kat Aquaria KLCC.

Best Tak Aquaria KLCC?


Kalo korang minat ngan ikan2x ni memang best la dan sesuai la korang datang sini tengok ikan2x kat aquaria KLCC sambil tu dapat input2x tentang ikan yang kita tak tahu selama ini. Ikan pelik pun nanti korang akan jumpa.

Pusing2x Aquaria KLCC dah ambil masa 1 jam lebih kalau datang dengan family lagi la ambil masa 2 jam lebih. Nak bergambar sana sini lagi kan.

Yang penting memang BEST! Cuma harga agak mahal skit. :D

Get notifications from this blog

20 comments

  1. pertama kali pergi aquaria masa tahun 2012. masa tu tiket rasanya baru RM20++ ..Wah, sekarang dah naik sekali ganda ye..

    ReplyDelete
  2. kenapa saya tengok gambar2 ni nampak macam lukisan? atau adakah mata saya yg tersilap pandang..

    ReplyDelete
  3. aah nampak macam gambar, gambar edit. :D

    ReplyDelete
  4. mak ain kemain naik harganya sekarang..haiwannya bertambah dari kepelbagaian jenis spesis tak? Klu student bertuah la dapat diskaun.

    ReplyDelete
  5. Aquarium terletak di kawasan keemasan di KL. Pasti harga tiket tidak dapat jadi murah.

    ReplyDelete
  6. saya pi zoo semalam, memang teruja juga. tiket dalam rm44. alhamdulillah banyak juga tempat kita boleh bawa anak2

    ReplyDelete
  7. Pernah bawa anak ke sini malangnya mereka takut sebab gelap.

    ReplyDelete
  8. One day saya akan bawak anak ke sini.. bagi tengok ikan.. ehehe

    ReplyDelete
  9. Pernah pergi tapi pastu rasa ala.. kenapa cepat habis hehe

    ReplyDelete
  10. Kalau ikutkan info yang bro tulis ni,
    sesuai lagi harga dengan apa yang bakal dipertontonkan kepada pengunjung...

    okla tu aktiviti dengan family, takde la nanti kenal ikan hanya di TV saje :D

    ReplyDelete
  11. tak pernah pergi. sebab tiket mahal sangat. haha

    ReplyDelete
  12. Pernah pergi tapi xperasan plok ikan pirahna

    ReplyDelete
  13. Sangat setuju.. berbaloi gi Aquaria.. hehe..

    ReplyDelete
  14. best dah 3,4 kali masuk sini... berbaloi bawa anak-anak masuk sini

    ReplyDelete
  15. paling senang kalau liburan ke aquarium big

    ReplyDelete
  16. liburan sekeluarga ke tempat itu sangatlahmenyenangkan

    ReplyDelete
  17. sumua arena ruanmg di bawah aquarium pemandangannnya menyejukkkan

    ReplyDelete
  18. anak-anak pasti seronok kalau bawa kat sini

    ReplyDelete