√ Kad Debit Maybank Invalid ketika Mahu Beli Online - Adarain

Kad Debit Maybank Invalid ketika Mahu Beli Online

Kad Debit Invalid :  Beberapa hari yang lepas selepas tukar kad Maybank yang baru, kemudian nak buat pembelian secara online kat playstore sekali tak berjaya or transaction not valid jadi terkejut bila berlaku macam ni.

So, message fb official Maybank tentang pembelian online yang tak berjaya dan dibawah meruapakan jawapan oleh pihak Maybank sendiri.

Kad Debit Maybank Invalid ketika Mahu Beli Online
sekadar gambar hiasan

Jawapan Maybank Kenapa Kad Debit Invalid ketika mahu beli Online


Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Anda tidak perlu bimbang, kami akan bantu memberikan penerangan kepada anda berkaitan perkara ini.

Sila pastikan perkara berikut telah dikemaskini terlebih dahulu bagi membolehkan kad debit digunakan secara atas talian:

1) Pastikan had pembelian harian mencukupi untuk amaun transaksi. Jika had pembelian tidak mencukupi, penambahan had belian boleh dilakukan menerusi Maybank2U di bahagian Card Management > Debit Card Purchase Limit.

2) Pastikan kad debit telah aktif untuk penggunaan luar negara/ PLUS jika pembayaran anda kepada syarikat/ laman web luar negara. Pengaktifan luar negara/ PLUS boleh dilakukan menerusi Maybank2U di bahagian Card Management > Oversea ATM Facility.
[Tempoh pengaktifan maksima yang boleh dipilih adalah 1 tahun]

3) Kad debit Maybank tidak boleh digunakan di laman web yang berunsurkan permainan online(gaming)/ perjudian(gambling) atau urusniaga 'Forex'.

4) Waktu penyelenggaraan harian platfom Visa/ Master lazimnya dalam lingkungan 3:00pagi - 6:00pagi setiap hari. Sila elakkan penggunaan dalam tempoh penyelenggaraan.

5) Efektif 01.01.2016, akses untuk urusniaga online bagi kad debit akan terbatal secara automatik.
Sekiranya anda belum hubungi bank untuk pengaktifan semula kad, anda boleh mengaktifkan kad debit anda dengan mengikuti langkah berikut:

SMS : ONCNP (jarak) 12-Digit No Kad Pengenalan Baru ke 66628.

(Contoh: ONCNP 850575005555)

*Pengaktifan adalah percuma dan akan diproses dalam tempoh 48 jam.
*Harap maklum bahawa pengaktifan kad debit bagi tujuan kegunaan secara atas talian adalah pengaktifan kekal. Sekiranya anda ingin kembali membuat sekatan kad debit daripada penggunaan secara online, anda boleh kembali berhubung dengan kami atau talian khidmat pelanggan Maybank di 1-300-88-6688.
Oleh itu, pelanggan adalah bertanggungjawab terhadap setiap urusniaga yang berlaku menggunakan kad debit.
*Anda boleh membuat laporan sekiranya terdapat urusniaga yang meragukan, untuk pihak bank melakukan siasatan. Sila pantau urusniaga kad debit untuk tujuan keselamatan.

Kesimpulan


Mungkin lepas tukar kad baru, no kad semua bertukar lain dari no sebelumnya, jadi kena aktifkan kad debit kembali dengan call pihak maybank sendiri untuk aktifkan kembali ataupun datang ke office Maybank.

Get notifications from this blog

18 comments

  1. ok noted, thanks info sharing

    ReplyDelete
  2. Belum pernah lagi guna kad debit maybank untuk pembelian secara online... Lepas baca artikel ni baru tahu kad tu boleh digunakan untuk transaksi online... Terima kasih di atas perkongsian info..

    ReplyDelete
  3. saya baru tukar kad debit ceri yang baru.last2 guna yg lama jgk..maybank suh aktifkan di atm maybank..xdpt pulak.xtahu mslhnye.belom call maybank lg

    ReplyDelete
  4. sy pengguna kad PB, nasib baik boleh guna bila beli online kat shopping website hari tu :D
    thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  5. tiada transaksi yang tak pakai elektronik kecuali di pasar tradisional

    ReplyDelete
  6. semakin praktis saja jual beli barang

    ReplyDelete
  7. ketinggalan kalau tak punya tuh kartu

    ReplyDelete
  8. Betul tu sebab kad debit ni sensitif..ye lah bila bab duit mesti kena secure kan

    ReplyDelete
  9. Thanks untuk informasi! Sebab baru-baru ni ada lah jugak cuba buat transaksi kad debit tapi asyik failed je. STRESS!

    ReplyDelete
  10. NI la sebabnya saya takut nak replace kad debit maybank baru. Tunggu dah bulan baru, next month saya tukor. Skang ni banyak urusan so kalau failed camni takut tak dapat berurusan..

    ReplyDelete
  11. Tapi thanks for sharing! Jadi tak takut la kalau penyelesaian dah ade :D

    ReplyDelete
  12. oh.... gitu, lepas ni kalau dah tukar baru, kena maklumkan ke
    bank dahulu.... tq ya atas infonya

    ReplyDelete
  13. thanks for sharing. dulu masa mula2 guna debit kad kena set kat ATM untuk limit pengeluaran / pembelian sehari

    ReplyDelete
  14. Pernah kad debit kena sekat untuk bayar bil, rupanya baki tak cukup hehehe

    ReplyDelete
  15. kalau guna kad debit Public Bank mcm mna pula caranya ya?

    ReplyDelete