#MyTravelokaEscapade : Inilah Impian Saya Ke Tokyo Sekiranya Menang Dari Traveloka
#MyTravelokaEscapade Kalau diberi peluang untuk melancong ke luar negara selain negara terdekat seperti Indonesia dan Thailand ialah Tokyo. Inilah cabaran paling berani saya buat untuk merantau lebih jauh. Lagi jauh lagi banyaklah pengalaman dapat dikutip sebagai kenangan.
Sebab apa saya pilih Tokyo adalah melalui pengalaman rakan saya sendiri yang sudah pergi Tokyo dan kebetulan pula saya ada rakan dari Jepun namanya Hiroton yang kini sudah pulang ke Jepun kerana baru sahaja selesai menamatkan pelajarannya di UKM.
Menurut rakan, kalau tinggal seminggu di bandar yang sentiasa sibuk ini memang takkan cukup untuk berjalan pusing2x di Tokyo yang sangat mengagumkan serta menjadi kebanggaan negara Matahari Terbit
Dari situ perasaan membuak2x nak pergi ke sana semakin kuat, nak tahu juga apa yang bestnya kat sana, apa feelingnya bila merantau jauh melebihi 2 jam di udara, nak tahu juga suasana dan orang macam mana kat sana.
[caption id="attachment_6225" align="aligncenter" width="720"] Gambar pemandangan Tokyo[/caption]
Tentang Tokyo Yang Mungkin Kita Tak Tau?
Tokyo merupakan salah satu bandar metropolitan yang paling dikenali seluruh dunia dan siapa yang tak tahu kewujudan bandar ini agak mustahil.
Tokyo sebenarnya kalau nak diikutkan bukanlah sebuah bandar tapi lebih kepada sebuah wilayah yang terdiri daripada 23 daerah khas, 26 bandar, 5 pekan dan 8 desa. Betapa besarnya geografi bandar Tokyo.
Sebelum nama ditukar kepada Tokyo ialah "edo" pada abad 12. Merupakan daerah metropolitan terbesar kedua di dunia dan dari segi populasi pula Tokyo menduduki tempat pertama.
Mengikut statistik yang dikeluarkan Tokyo adalah negara mempunyai rekod jenayah yang sangat sedikit malah lebih selamat dari Paris, New York dan London.
Tokyo mempunyai ratusan bangunan shopping mall yang besar dan ribuan kedai2x kecil. Tempat yang sangat bagus untuk berbelanja pakaian.
Banyak festival yang diadakan di bandar ini hampir setiap bulan akan ada event atau festival yang dianjurkan.
Bentuk bangunan Tokyo Tower yang diinspirasi dari Menara Eiffel yang ada di Paris. Tokyo Tower dicat dan bertukar lima tahun sekali.
Tempat Terkenal Tokyo Yang Wajib kena Pergi
- Meiji Jingu
Bangunan Meiji terkenal dengan kehadiran pelancongan serta penduduk sekitarnya. Bangunan yang masih kukuh menunjukkan kemegahan masa lampau serta taman yang sangat luas. Bangunan yang dijaga dengan baik dan sangat mempesonakan. Juga boleh berkunjung Imperial Palace. - Asakusa
Tempat ini merupakan kuil khas Tokyo yang harus dikunjungi, beberapa pelancong datang ke sini dengan menggunakan kimono yang telah disewakan kerana tempat ini mencerminkan tradisional Negara Jepun. - Tokyo Tower
Belum lengkap rasanya kalau pergi ke Jepun, tetapi tidak mengunjungi Tokyo Tower. Kita akan dapat menikmati pemandangan bandar Tokyo dari atas - Muzium Tokyo
Sesiapa yang suka dengan kisah sejarah dan seni mesti kena pergi tempat ini. Muzium ini sangat luas dan banyak memaparkan berkenaan dengan budaya & sejarah dari benua Asia termasuklah sejarah Jepun sendiri. - Tokyo Central Railway Station
Bangunan stesen Tokyo yang sangat klasik dan cantik. Merupakan stesen yang besar dan sentiasa padat. Kemudahan yang ada di dalamnya ada bermacam-macam, juga ada tempat tukar duit dan berbagai cafe dan restaurant. - Ginza
Merupakan kawasan kedai2x yang berjenama yang terkenal dan mahal di tokyo. - Odaiba
Banyak tempat menarik seperti patung raksasa gundam, patung liberty, juga dapat melihat rainbow bridge, dan bangunan fuji tv. - Shibuya's Crossing
Kesibukan Shibuya yang betul2x berada di tengah Tokyo ini telah menjadi salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke Tokyo. Shibuya Line Crossing merupakan simpang jalan paling sibuk di dunia, di mana terdapat banyak kereta dan ramai orang menyeberang jalan.
Inilah tempat impian saya sekiranya menang dari Traveloka. :D
Mudahkan Percutian dengan Traveloka
Traveloka merupakan salah satu platform untuk buat tempahan penerbangan dan hotel di Asia Tenggara, telah berkhidmat lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik. Traveloka sentiasa berusaha dengan memberikan harga yang terbaik untuk hotel dan penerbangan setiap hari,
Untuk operasi Traveloka di Malaysia, ejen yang telah dilantik adalah: CNH Travel Sdn Bhd (Lesen Malaysia Travel No. KPK / LN 6427).
Kalau korang yang nak bercuti ke luar negara ke lagi2x di negara Asia bolehlah tempah penerbangan siap hotel sekali dengan traveloka. Memang sangat memudahkan urusan untuk korang bercuti nanti.
Sebarang tempahan boleh dilakukan di sini -> http://www.traveloka.com/
Get notifications from this blog
Wah menariknya Jepun ni kan. Saya pun minat nak mengembara dan melancong ke Jepun selepas Turki. Paling saya nak tengok adalah sikap dan perangai orang Jepun yang dikatakan sangat sangat berdisiplin.
ReplyDeleteBestnya kalau dapat peluang bercuti ke Tokyo..
ReplyDeleteGood luck semoga berjaya menang hadiah percutian tersebut... ;)
Ramainya yang nak gi Jepun. Detail tu tentang Tokyo. :-)
ReplyDeletewah,,keren bisa jalan-jalan sampai ke Tokyo pastinya, apalagi kalau gratis tambah asyik. :)
ReplyDeletewah,, sangat menyenangkan bisa jalan-jalan sampai ke Jepang pastinya, apalagi kalau gratis tambah asyik. :)
ReplyDeletewahh, memang ramai nak g melawat jepun nih kan dengan ekonominya maju and terkenal dengan sifat disiplin mereka tuh.
ReplyDeleteBestnya kalau boleh ke.Jepun. Saya pun teringin nak ke sana
ReplyDelete