√ Angelina Jolie Tulis surat kepada Donald Trump Tentang Larangan Muslim - Adarain

Angelina Jolie Tulis surat kepada Donald Trump Tentang Larangan Muslim

Donald Trump - Pelakon berprofil tinggi iaitu Angelina Jolie telah menulis surat kepada Donald Trump berkenaan dengan isu yang penuh kontroversi tentang larangan Muslim ke US.

Masyarakat seluruh dunia telah memberi reaksi tidak puas hati berkenaan dengan Trump yang menandatangani perintah eksekutif yang melarang muslim dari masuk ke negara Amerika Syarikat.

Tujuh Negara Islam Yang Dilarang Masuk ke Amrika Syarikat .

Berikut adalah negara yang telah dilarang masuk ke US atas sebab faktor negara yang berbahaya.
  1. Syria
  2. Iraq
  3. Iran
  4. Libya
  5. Somalia
  6. Sudan
  7. Yaman.
Larangan itu termasuk program pelarian Syiria yang diberhentikan serta melarang pelancong dan pendatang dari tujuh negara Islam selama 90 hari.

sekadar gambar hiasan
Atas sebab itu, Jolie yang merupakan duta kemanusiaan sedunia telah mengambil langkah untuk menulis surat kepada Presiden Trump

Dalam surat tersebut, jolie meminta pembaca untuk mempertimbangkan kata-kata bekas Presiden Amerika Konservatif iaitu Ronald Reagan yg berkata " Amerika sangat komited kepada dunia ini kerana banyak dunia dalam negara Amerika"

"Pelarian adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam peperangan, ' Jolie juga telah menulis "Amerika telah menumpahkan darah untuk mempertahankan idea bahawa hak asasi manusia mengatasi budaya, geografi, etnik dan agama.

"Keputusan untuk menggantung penempatan semula pelarian ke Amerika Syarikat dan melarang tujuh negara  Islam untuk memasuk ke US telah memberi satu kejutan oleh rakan-rakan kami di seluruh dunia kerana isu ini," kata beliau.

Jolie juga merujuk anak-anaknya di dalam surat yang lahir di negara asing dan rakyat Amerika bangga dengannya," dan sebagai menyatakan hasrat untuk keselamatan mereka "Saya sangat mahu negara kita berada dalam keadaan selamat untuk mereka, dan semua kanak-kanak negara kita. "

Get notifications from this blog

5 comments