√ First Time Beli Online Mesin Basuh Kat Lazada - Adarain

First Time Beli Online Mesin Basuh Kat Lazada

Serius tak sangka beli Mesin basuh secara online kat Lazada. Nak cari web shop online lain macam malas alang2x pilih je Lazada lagi mudah.

So mulalah operasi mencari mesin basuh kat lazada, kalau boleh nak cari mesin basuh auto punya, murah dan yang paling penting berkualiti. Then terjumpa satu jenama ni tak berapa nak terkenal tapi harga sangat murah iaitu dalam RM415 tak termasuk kos postage. Jenama plak dari Midea 7kg MFW-701S . Korang pernah dengar ke? Sbb macam ak ni first time dengar nama jenama ini.

sekadar gambar hiasan

Tengok orang review ramai yang complain penghantaran lambat sampai ke rumah melalui Skynet. Dulu aku pun pernah guna skynet sampai kena ambil sendiri kat skynet kalau dekat takpe tapi ni jauh menapak ke serdang dari Bangi..

Tak kisah la lambat ke apa yg penting nak tengok kualitinya macam mana...

Then terjumpa satu blog cerita pasal pengalaman guna mesin basuh Midea.. postive feedback..

Terus aku beli mesin basuh Midea kat Lazada total harga dalam RM456 dah termasuk kos postage. Aku order hari jumaat malam so aku assume isnin or selasa mungkin sampai. Paling lambat pun hari khamis or jumaat.

===

Sabtu ahad pun berlalu, tiba lah hari isnin dan mak aku dapat call dari KTM katanya nak hantar mesin basuh hari ini (isnin). First time dengar ada pos by KTM. So, kira cepat lah juga dorang buat penghantaran. Nasib tak tak hantar by skynet yg dapat bad feedback dari customer.

Macam beli hari ini esok dah sampai.. Sabtu ahad comfirm cuti..

So hope bertahan lama sehingga 5-6 tahun.

Korang boleh baca review dari Fatthaura [DISINI]

Get notifications from this blog

10 comments

  1. pos pakai KTM le murah..selalu orang pos motosikal..:D

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi saya beli barang2 besar ni secara online.. Mungkin kena cuba try test ni..

    ReplyDelete
  3. Pengalaman yang baik... Dulu masa kerja pernak juga dengar pos pakai KTM.... Cepat je penghantarannya..

    ReplyDelete
  4. Pernah guna mesin basuh ni. Setakat ni ok. Tapi cuma lama2 nanti body cepat berkarat. Kalau dapat coating anti-karat boleh lah tahan lama bodynya. Cuma nak coating tu mahal.

    ReplyDelete
  5. fuh, ni pengalaman menarik. biasa barang camni orang tak beli online la kan

    ReplyDelete
  6. dahsyat juga ...mesin basuh pun boleh beli online..

    ReplyDelete
  7. how's the machine? Sbb ingat nak beli gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas 2 bulan tu ada masalah bunyi kuat sangat.. pastu nak claim warranty macam jauh sangat dekat kilangnya.. suruh kedai biasa repairkan..lepas tu tak de masalah sampai sekarang.. salah diri sendiri sebb overdos basuh baju terlebih muatan. haha

      Delete
  8. Courier man Tu Angkat bawa masuk dlm rumah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Curier tu datang umah kita time tu dia antar depan umah je.. yang bawa masuk mesin umah tu saya angkat sendiri.. curier tolong hantar je. hehe

      Delete