√ Perkara Paling Sengal Pernah Buat - Adarain

Perkara Paling Sengal Pernah Buat

Aku ada terbaca salah satu page facebook, lupa plak apa nama page facebook dia n dia ada buat status pasal perkara paling sengal pernah buat. so, ramailah yang komen status tersebut berkongsi pengalaman tentang perkara bongok pernah buat sepanjang hidup.


Tengok dorang komen tu macam kena je dengan aku.. haha


Aku pun nak berkongsi juga perkara bongok juga pernah dibuat bila diingat balik tu memang klako giler.. Manusia mana pernah lari kesilapan kan..


Perkara Paling Sengal Pernah Buat


Perkara paling bongok kau rasa bila kau tengah rushing kau cari kunci motor tak jumpa then baru kau perasan rupanya kunci tu ada kat tangan. Kau rasa???


Perkara paling sengal ni..nak keluar beli barang..keluar separuh jalan baru perasan dompet tak bawa


Bila kau nak basuh muka tapi ko ambil ubat gigi nak basuh muka... pastu keesokkan harinya ko nak gosok gigi tapi ko letak pencuci muka kat berus gigi.. kau rasa?? Siapa pernah buat? Baik ngaku.. hahaha


Kau nak minum teo nak letak gula tapi kau ambil garam.. kau rasaaa??


Kau dah keluar rumah tetiba teringat kau tertinggal barang kat rumah dan kau balik la rumah sampai umah plak kau terlupa barang apa kau nak ambil? Siap boleh sembang dengan member dah kuar baru kau teringat kau terlupa lagi.. Kau Rasa...


Kau sebenarnya ada sesuatu nak buat tapi ko berehat buat don't know je bila member tegur bukan ada nak buat sesuatu baru ko teringat terus rushing..


Paling sengal bila kau dah buang hajat pastu kau terlupa nak tutup paip...


Paling tak boleh handle bila kau dah sampai tempat kerja dan kau tergesa2x nak ke office sebab tak tahan nak buang hajat sampai kau terlupa no pin office...n ko buat keputusan pakai kad office swipe kad kat pin office baru pintu boleh buka terus kau laju ke tandas... dah lega baru kau ingat.. hahaha


Sengal gak bila time skolah ada perhimpunan hari isnin, ko tahan nak membuang pastu dah habis perhimpunan sekolah terus kau laju pergi ke tandas... tengah melepaskan hajat tetiba kau terdengar suara perempuan.. ok ini start dah pelik.. dorang dah kuar, kau pun keluar tandas tengok kau salah masuk tandas perempuan.... sengal gilerr..


Ada tak yang sama pengalaman macam aku? Ke korang ada pengalaman sengal korang sendiri. ceh share skit. :D


 

Get notifications from this blog

19 comments

  1. tak boleh nak recall dah, sebab banyak sangat kut. hahaha, sebab banyak benda yang nak dibuat...sampai hilang fokus, tu yang boleh jadi kisah2 bongok tu.

    ReplyDelete
  2. banyak gak buat benda sengal dulu2, huhu. part tahan kencing tu selalu gakla

    ReplyDelete
  3. cari getah rambut. rupanya dah ada kat pergelangan tangan.

    ReplyDelete
  4. Banyak juga rupanya perkara paling sengal yg kita pernah buat dlm tak sedar.. bila teringat-ingat balik, rasa kelakar pun ada..

    ReplyDelete
  5. hampir separuh ape yang ko tulis aku penah terjebak buat haha... maybe otak kita time tu tengah slow loading... nak tambah RAM takleh lak haha...... antara paling tak best... boleh tinggal kunci moto seharian kat shopping mall... giloss nasib orang tak curi

    ReplyDelete
  6. Sama... makin tua, otak ni makin asyik buffering je...

    ReplyDelete
  7. Haha banyak juga perkara sengal yang kita buat tanpa sedar. Antara yang pernah saya buat, sibuk sangat nak cari cermin mata, padahal dah pakai kat mata. Ahahaa

    ReplyDelete
  8. biasalah tu.

    memang banyak wat benda sengal.

    kita aje yang selalu lupa.

    ReplyDelete
  9. yang ini selalu buat.. slalu sangat terlupa. hahah

    ReplyDelete
  10. kan.. tiba2x bila bro cakap mcm tu rasa dah tua sangat diri ni. hehe

    ReplyDelete
  11. Biasalah tu ...ada waktu kita boleh teralpha.
    Terlupa letak barang lah , terlupa bawa dompet lah dan yang pasti kekadang taktik terlupa bawak dompet tu orang susah nak percaya hihihi

    ReplyDelete
  12. perkara biasa..

    dah sifat manusia yang mudah lupa kot..

    ReplyDelete
  13. lupa nak ambik barang apa tu biasa je terjadi :)

    ReplyDelete
  14. Suami saya suka sangat letak kunci kat motor, lepas tu esok nak gi kerja tanya kita mana kunci moto dia..adoi

    ReplyDelete
  15. samala selalu terlupa kunci kat motor rupanya..

    ReplyDelete
  16. memang tidak pernah lepas dari kehidupan sehari-hari

    ReplyDelete
  17. perkara yang sudah biasa, saya juga pernah ngalamin hhehe

    ReplyDelete