√ Apa itu MadLipz? Fungsi lebih kurang sama Dubmash - Adarain

Apa itu MadLipz? Fungsi lebih kurang sama Dubmash

Madlipz mungkin ada yang  belum pernah dengan dan mungkin ada yang baru tahu ekoran beberapa klip video kelakar instagram yang popular sekarang dengan short clip video dari spangebob dan doraemon diubah suara menjadi lebih kelakar.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Apa itu Madlipz?

Madlipz ini sebenarnya lebih kurang sama je fungsinya dengan dubmash

Cuma yang bezanya dubmash just provide audio sahaja tanpa video manakala Madplis provide video sekali dengan sound dan kita boleh turn off sound video yang asli pakai suara kita.

Video sudah tersedia ada pada App ini boleh di download melalui android dan IOS cuma tinggal alih suara kepada suara anda sahaja mengikut keadaan video tersebut.  Kiranya macam miming la kat video.

Ini mengikut kreaviti masing-masing mengunakan app ini supaya orang yang melihat jadi terhibur dengan video yang telah diubah suara.

Cara Menggunakan Madlipz


  1. Install Madlips kat Smartphone sama ada android dan IOS

  2. Pilih klip video dari Library app ini

  3. Rakam suara track anda pada setiap video untuk mencipta "Lip" sendiri

  4. Dah puas hati dengan miming yang direkod? Teruskanlah Share di Instagram atau whatsapp.

Video dalam app ini membolehkan anda untuk hidupkan or matikan suara pada video tersebut bergantung pada babak video tersebut.

Contoh video lawak yang direkod melalui Madlips boleh lihat [DISINI]

Kesimpulan tentang Madplis


Kalau dulu dubmash telah banyak buatkan pengguna instagramers jadi famous atau kita panggil instafamous or selebgram macam ucop, tam,  dan sekarang madplis pun mungkin boleh jadi instagrammers popular sekiranya video yang dibuat kreatif dan lawak

Nak followers intagram banyak inilah masanya buat la ayat kreatif kat app ini kompom meletop beribu-ribu follower dapat.

Get notifications from this blog

8 comments

  1. semuanya ada bakat lawak bila ada apps ni

    ReplyDelete
  2. kali pertama dengar pasal madlipz nih.

    tapi memang tak berapa minat lah.

    haha

    ReplyDelete
  3. Baru pertama kali dengar tentang Madlipz ni... Kalau Dubmash tu tahulah jugak..

    ReplyDelete
  4. dubmash tu best jugak tapi malu nak post. kita tgk madlipz ni cemana plak

    ReplyDelete
  5. saya baru tahu juga tentang madlipz..

    mungkin menarik juga nie.

    ReplyDelete
  6. madlipz ni pakai suara je. hehe. video tak payah buat sendiri just pakai video sedia ada. hehe

    ReplyDelete
  7. best info ni...boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  8. Geng anak muda memang suka lah buar madlipz ni

    ReplyDelete