√ Pengalaman pergi G2G Animal Garden kat Maeps - Adarain

Pengalaman pergi G2G Animal Garden kat Maeps

G2G Animal Garden bila ada orang post pasal ni kat Facebook tetiba rasa macam nak pergi sebab suka tengok binatang. Dengar katanya baru jje buka tahun ini dan boleh kata tak sampai setahun la tempat ni beroperasi..

Nak tahu best ke tak kenalah datang sini rasai pengalaman sendiri baru boleh kata best ke tak?

Harga tiket G2G animal Garden memang tersangatlah murah dan boleh kata berbaloilah bagi pendapat aku sendiri.

  1. RM15 untuk dewasa

  2. RM7 untuk kanak-kanak

Mengikut penglaman aku sendiri harga tiket mini zoo or zoo besar akan sentiasa berubah dari harga murah ke harga yang mahal. Mengikut harga isu semasa katanya.

Sementara tiket masih murah kenalah pergi g2g animal gardern.

Kat bawah ini adalah kira macam pintum gerbang masuk ke tempat ini.. Pastu baru ada nampak kaunter untuk korang bayar nanti. Harga seperti tertera kat atas..

Pengalaman pergi G2G Animal Garden kat Maeps
Pintu masuk G2G Animal Garden Maeps

lepas dah bayar tiket baru nampak pemandangan animal garden-nya..

korang akan nampak macam rumah kecil seperti dibawah.. tu tempat arnab dan haiwan eksotik macam ular dan iguana.. korang boleh sentuh dan belai haiwan2x kat dalam rumah tu.

Tapi sangat-sangat sayang rumah tu kecil dan orang pula ramai memang berhimpit-himpit dalam rumah tu..


gambar kat bawah pula adalah tempat sangkat burung, ayam juga terdapat racoon kat situ.. pun ramai juga kat dalam tu.. nak masuk tu memang ramai orang tapi tak adalah sampai berhimpit-himpit kat sini sebabnya dorang pun faham dah selesai dorang keluar dari sangkar tu..

sangkar khas untuk burung

boleh tengok lebih dekat dgn burung kakak tua.. jangan kacau plak



gambar kat bawah adalah kandang kambing.. siapa belum pernah jumpa or belai kambang pergilah belai sana. :D. budak-budak mesti jakun..


kandang kambing..

kat bawah ini adalah penghujung jalan korang iaitu kandang kambing yang sebenar cuma kat sini ada macam-macam baka kambing kat sini.. kambing biri-biri pun ada.. nampak macam tak sihat tp sebenarnya haiwan ni penat tu yang duduk rehat.

Kesimpulan tentang G2G Animal garden

Jangan expect yang tinggi kalau datang sini. kalau nak puaskan hati budak2x boleh la datang sini.. nama pun animal garden..

haiwan katanya 200 jenis. Tapi bila aku pergi tengok balik-balik haiwan sama je.. Paling banyak Kambing, arnab dengan burung.. Burung macam burung kakak tua, burung nuri yang dah biasa kita tengok..

harga pun memang kenalah dengan tempatnya yang bertemakan animal garden je.

Yang bestnya kat sini korang boleh sentuh haiwan kat sini macam burung, kambing, arnab, ular dan iguana..boleh naik kuda pony..

Lokasi g2g animal garden

G2G Animal Garden Jalan Mardi, 43400 Serdang, Selangor. Kalau google maps ada je location ini.. senang cepat sampai..

Selain tempat di sini, korang boleh juga terjah Farm in The City kat seri kembangan.. tempat pun tak jauh mana dan lagi banyak haiwan menarik kat sana.  boleh lihat review kat [DISINI]

Get notifications from this blog

6 comments

  1. budak2 mesti suka datang tempat mcm ni

    ReplyDelete
  2. memang suka.. lagi2x kalau pegang haiwan. hehe

    ReplyDelete
  3. tunggu aku balik banting la baru leh singgah.

    kat johor tak jumpa lagi kot tempat macam ni.

    ReplyDelete
  4. bes bila anak-anak pun boleh pegang dan tengok dari dekat

    ReplyDelete
  5. g2g animal garden lain. link tu link ke farm in the city. tempat lain ler

    they're different.

    ReplyDelete
  6. link tu memang ke farm in the city. Pillihan selain dari g2g animal garden ada lagi tempat lain yg menarik macam farm in the city

    ReplyDelete