√ Beli Speaker komputer Brand Salpido siap boleh karaoke - Adarain

Beli Speaker komputer Brand Salpido siap boleh karaoke

Aku rasa ramai yang tak pernah dengan brand Salpido dalam dunia speaker.. macam aku sendiri ini first time aku dengar nama brand ini. .

Sebelum ini aku pernah beli speaker iaitu brand altec lansing dan kali kedua nak beli untuk komputer lain pula.. mula-mula beli speaker brand Vinnfier tapi tak sampai sehari dah buat hal speaker terus minta refund kat aeon.

Mungkin bukan nasib aku dapat yang tak berapa nak elok sangat.. Mungkin Vinnfier bagus cuma tak ngam dengan aku.. tu yang aku aku minta refund memandangkan dah buat hal.

Dan sekarang pakai brand Salpido hasil hasutan yang berjaya dari promoter kat low yat. Dia punya promote salpido siap bagi testimoni buka sound speaker dan karaoke sekali.

[caption id="attachment_7671" align="aligncenter" width="720"]Beli Speaker Brand Salpido siap boleh karaoke sumber gambar dari http://www.jayceooi.com[/caption]

Terus aku rasa yakin nak beli speaker brand salpido Ultimate G6...Harga boleh tahan berbaloi... masa itu beli time promosi RM240.. Harga asal RM256. beza puluh-puluh je lah.

Specs tentang brand salpido Ultimate G6



  • Frequency response 40Hz-150Hz 150Hz-20Khz

  • it will show channel frequenciaes on the led display

  • Speaker Unit Subwoofer 6.5" Satellite 3x2

  • Power ac230v/50hz

  • Ultra powerful audio

  • Built-in Bluetooth, SD card and USB interface

  • Digital display with FM radio function

  • Full function mini wireless control

  • 2 karaoke mic input

  • 1 Year Local Manufacturer Warranty


Kalau rasa nak dengar radio boleh tukar ke bahagian radio.. kalau rasa nak karaoke bolehlah karaoke dengan salpido ini tingal korang standby je microphone..comfirm syok.

Kalau korang rasa nak beli speaker yang advance 3 in 1 digalakkan beli speaker ini.. hehe

Aku pakai sampai sekarang masih berfungsi dengan baik walaupun setiap minggu karaoke dengan volume yang kuat masih lagi ok.

Jadi, tak payah nak risau tentang brand ini.. Aku tengok speaker brand ini pun dah meluas pasarannya kat Malaysia. Cuma aku je yang lambat ambil port tentang speaker. Bila ada keperluan beli baru nak cari mana yang berkualiti..

Selain itu, Ada pilihan lain kalau jenis suka dengar bass boleh beli speaker brand Eddfier, kalau jenis suka dengan trebel belilah speaker Logistech.

Get notifications from this blog

4 comments

  1. tak pernah dengan jenama ni.. sebab tak pernah ambik tahu sgt pasal speaker utk komputer

    ReplyDelete
  2. haha.. kalau tak ambil port memang tak pernah dengar. heheh

    ReplyDelete