√ Movie korea Along With the Gods The Two Worlds - Adarain

Movie korea Along With the Gods The Two Worlds

Along With the Gods The Two Worlds - Last movie korea yang aku tengok kat wayang adalah movie Train to Busan dan sampai sekarang masih terkesan dengan cerita zombie diselit pula dengan sad ending.. Memang meleleh habis..


Kali ini pula tengok cerita Along With the Gods The Two Worlds. Tengok tajuk pun dah gempak campur pula trailer macam awesome terus pergi tengok cerita ini...




[caption id="attachment_7692" align="aligncenter" width="980"]Movie korea Along With the Gods The Two Worlds Along With the Gods The Two Worlds[/caption]

Sinopsis Along With the Gods The Two Worlds


Mengisahkan seorang lelaki yang bernama Ja-hong seorang anggota bomba yang mati akibat jatuh dari bangunan ketika menyelamatkan mangsa kebakaran. Gang-Rim selaku ketua malaikat maut membawa Ja-hong ke alam barzakh di mana dia akan di dakwa sebanyak 7 kali ujian dalam masa 49 hari untuk dihakimi serta mengetahui bagaimana Ja-hong buat sepanjang dia hidup. Dalam pada masa yang sama Gang-Rim bersama teamnya akan membela Ja-hong ketika persidangan berlaku di setiap 7 ujian nanti.




[caption id="attachment_7693" align="aligncenter" width="1024"]Movie korea Along With the Gods The Two Worlds saat ketika dibicarakan[/caption]

Salah satu ujian yang perlu dilalui adalah di Neraka Pembunuhan, Neraka Pengkhianatan, Neraka penipuan, Neraka kemalasan, Neraka keganasan dan Neraka ketidaktaatan.


Sekiranya berjaya melepasi ke-semua ujian yang dilalui Ja-hong bakal dilahirkan semula ke dunia. Tapi adakah dia berjaya? Betul ke dia tak ada kesalahan masa lampau ketika dia masih hidup?



Ulasan Movie korea Along With the Gods The Two Worlds


Bila aku nak tengok cerita ini aku mmg tak expect yang tinggi pada movie ini just cukup sekadar menghiburkan.


Tetapi apabila start je cerita ini tetiba rasa wow! dengan pemulaan movie ini. Tetiba rasa kagum dengan scene yang dibuat oleh movie korea ni.. mula2x je dah ada babak best!.


Dan korang akan dapati setiap scene semakin menarik dan banyak persoalan yang dibuat.. 'apa yang berlaku sebenarnya' terus mencari jawapan... memang takkan bosan dengan jalan cerita ini..


Apa yang paling best ialah aksi kejar-mengejar malaikat maut dengan roh yang penuh dendam.. Roh yang penuh dendam ni nak balas dendam dekat member dia atas sebab tertentu..part ini dah macam scene final fantasy.. nampak real dan CGI movie ini memberangsangkan.


Movie ini tak ketinggalan juga akan membuatkan korang termasukla lelaki sendiri bakal menjatuhkan air mata tanpa sedar.. sebab apa? Kena tengok la sendiri. Serius memang sedih gilerrr..kalau tak sedih bukan korea la namanya..


Pengajaran dalam movie ini korang hargailah kehidupan korang ada sekarang bersama insan yang tersayang. Peluang hidup hanya sekali.

Rating aku bagi 10/10 Bintang untuk movie Along With the Gods The Two Worlds

Get notifications from this blog

4 comments

  1. Wahh, patutlah ada member sampai tengok 2 kali ye.

    ReplyDelete
  2. wow.. sampai 2 kali tengok.. dahsyat.. hehe

    ReplyDelete
  3. mesti tonton cerita nih... kalau bro pun dah bagi review 10 of 10..

    ReplyDelete