√ Apa itu Whatsapp Business dan Kelebihannya - Adarain

Apa itu Whatsapp Business dan Kelebihannya

Whatsapp Business - Jangan tak tahu whatsapp juga ada untuk versi business selain personal. Persoalannya apa perbezaan antara Whatsapp personal dengan business punya.

Untuk pengetahuan korang, negara Malaysia antara negara yang agak lambat menerima whatsapp business kerana Negara Indonesia, Mexico, Itali, United Kingdom dan Amerika Syarikat terlebih dulu mendapat versi whatsapp business

Apa itu Whatsapp Business


Whatsapp bisness merupakan salah satu versi terbaru yang direka khas untuk peniaga bagi memudahkan urusan jual beli dan perkhidmatan antara customer dengan lebih cepat dan efisyen. Terdapat banyak feature menarik pada app whatsapp bisnes ini..

Ini adalah beberapa kelebihan whatsapp business yang tak ada pada personal.

Kelebihan Whatsapp Business


1. Logo Whatsapp Business 

Logo Whatsapp bisness ada perkataan B manakala personal ada logo telefon.

Apa itu Whatsapp Business dan Kelebihannya

2. Business Profile

Business Profile yang boleh letak maklumat berkaitan perniagaan kita seperti nama perniagaan, waktu operasi, lokasi kedai, No telefon office dan nama Web! Memang memudahkan pelanggan mengenalpasti jenis perniagaan kita!

PENTING! Nama bisnes tidak boleh ditukar apabila kita sudah save profile. Pastikan pilih nama yang betul supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Selain itu kita boleh set catogery perniagaan..

Apa itu Whatsapp Business dan Kelebihannya

2. Reply features yang menarik seperti pages fb.

Antara fungsi reply features adalah seperti quick reply, away reply & greeting message.

  • Quick reply - berfungsi sebagai shortcut keyboard pada anda. Memudahkan anda menyediakan skrip untuk berurusan dengan pelanggan. Sangat terbaik ! Tak perlu type panjang panjang! Just copy dan paste. Jadi tak perlu la install third app seperti Copy Bubble, Clipboard action, Clipper dan sebagainya.

  • Away reply adalah auto reply yang akan dihantar kepada pelanggan yang message kita pada luar waktu operasi. Korang boleh setting skrip untuk dihantar pada customer. Awesome!

  • Greeting message membantu korang auto reply pada customer kita waktu operasi . Jika kita sedang busy memang sangat membantu ! So korang jangan risau customer tak bising lagi lepas ni 😂


3. Set Label khas untuk Customer 

Selain itu whatsapp bisness ini juga ada satu feature yang dipanggil label. Senang untuk kita sebagai peniaga untuk melabelkan customer mengikut label yang dicipta seperti paid, pending payment, order complete ataupun boleh create label sendiri.

Apa itu Whatsapp Business dan Kelebihannya

Buat masa ini, Whatsapp bisness hanya boleh di download untuk android sahaja manakala untuk IOS belum diketahui bila akan dilancarkan.

Boleh download Whatsapp Bisness Pada Android

Get notifications from this blog

9 comments

  1. saya belum pernah cuba lagi nie

    ReplyDelete
  2. feature baru kan. senang guna untuk seller yang guna medium ws untuk bis.

    ReplyDelete
  3. fitur baru W,A ini cara penggunaanya masih belum paham benar, kira-kira ada yang punya panduannya ngak ya?

    ReplyDelete
  4. kena rajin godek-godek selalu. hehe

    ReplyDelete
  5. Yeke dah xleh ubah kalau dah setup semua? Memang kena pikir betul2 la nak pakai nama company untuk setup profile

    ReplyDelete
  6. nama je tak boleh ubah.. yang lain boleh ubah..

    ReplyDelete
  7. Saya pun baru tahu ada rupanya whatsapp business ni. Bila tengok dari segi kelebihan yang ditawarkan... memang nampak menarik

    ReplyDelete